suara takbir
Alhamdulillah….Selosai ghayo petamo & keduo
Dapek duit ghayo
Akak den boei den RM1000
Along boei den RM 2,000
Tok wan boei duit ghayo kek den RM 5,000
Lain2 duit ghayo den dapek RM 2,000..
Orang umah den lak dapek duit ghayo RM 5,000 lobih ….
Mak aiiiiii…Sodap boto mimpi malam tadi menyosa den bangun koncing….
😂😂😂
timbalan presiden kgutm mendoakan
ASSALAMU’ALAIKUM
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Untuk hati yang pernah terluka oleh tajamnya lidah ini. Untuk jiwa yang tersakiti oleh buruknya sikap dan perilakuku, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin. SELAMAT ‘ IDUL FITRI.