
sambutan hari guru
Mim Dr: Tapi nak tanya dato N sifu pendidikan:
Adakah lecturer itu guru?
Azman Arifin KGUTM: Soalan Yg bagus… soalan kbat..dato tolong jawap nak juga tahu😊😊

sekolah berok
Dr Muzammil FP : termasuk yg 👆
Prof Dato’ Najib Fp: Maaf Dr MIM, Man baru baca.. takde sifu2nya..
Prof Dato’ Najib Fp: Tapi cuba bagi juga pandangan lecturer itu guru ke.
Ianya hanya semantik, bahasa.
Guru tu ngajar sekolah, lecturer tu ngajar universiti IPT. Di UK, lecturer tdk melibatkan researck tapi tahap lebih tinggi perlukan research n writing iaitu senior lecturer (di USA=ass prof), reader (assoc prof), dan profesor. Prof dr bahasa perancis=teacher..
Prof Dato’ Najib Fp: Tugas guru secara konsepnya mengubah tingkahlaku manusia, contoh dr tidak tahu kepada tahu, iaitu melalui pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya, iaitu pengajaran/teaching. Bila berlaku perubahan tingkahlaku, maka adanya pembelajaran/learning.
Prof Dato’ Najib Fp: Kaedah mengajar adalah dr yg paling simple, iaitu lecture/one way communication, kepada yg paling inovatif seperti flip classroom atau elearning.
Prof Dato’ Najib Fp: Learning diukur bersandarkan objektif, dgn itu adanya mcm2 kaedah seperti OBE.
Prof Dato’ Najib Fp: Di univ pelajar tdk hanya diajar tahu ilmu tetapi juga diajar untuk tahu tambah ilmu iaitu melalui research dan juga tahu sebar ilmu kpd masyarakat, iaitu melalui penulisan artikel, buku dan pembentangan seminar dan perbincangan konferens. Dengan itu kaedah pengajaran lebih rencam, tdk seperti disekolah. Iaitu pelajar hanya perlu tahu baca tulis kira dan fakta2.
Prof Dato’ Najib Fp: Dgn itu lecturer adalah guru, cuma kaedah berbeza mengikut konteks.
Prof Dato’ Najib Fp: Guru lecturer professor trainer tutor ustaz educator fellow academician .. dll same aje tugasnya
Prof Dato’ Najib Fp: Sifu
Prof Dato’ Najib Fp: Di UK, semua tenaga pengajar IPT=lecture, senior lect, reader dan prof.
di USA, semua adalah professor, contoh, assistant prof, assoc prof, prof, distinguish prof
Prof Dato’ Najib Fp: Begitulah secara ringkas tuan2,, jgn boring dgr lecture, hehe,, 1:47
Dr Nazri Kamsah: Terbaik Dato’ Najib 😊
Azman Arifin KGUTM: 👍👍👍dato
Peserta forum hari GURU;
- Profesor Dato’ Najib – Pensyarah Fakulti Pendidikan
- Prof Madya Dr Muhamad Ibrahim (MIM) – Pensyarah FKA
- Prof Madya Dr. Nazri Kamsah – Pensyarah FKM
- Dr. Muzammil – Pensyarah FP
- Azman – Pensyarah FGHT
- Pembaca tanpa soal – 50 ahli wasap UTM GOLF CLUB