Hikayat Antah Berantah – SM Hassan


landscape sunset twilight park

Photo by Zukiman Mohamad on Pexels.com

Ingatan Mesra Sejarah Lama

Tersebutlah kisah di zaman purba, Antah Berantah negeri bernama, Rajanya adil dan bijaksana, Tetapi lemah dan tiada berdaya.

Ramailah menteri lupa daratan, Sehingga rakyat menjadi bosan, Sehingga rakyat menjadi benci, Keluarga DiRaja dan para menteri.

Bertambahlah lagi hasad dan dengki, Cela mencela Caci mencaci…, Kekanda Raja yang pernah bertahta, Turut menghasut rakyat jelata.

Satu hari musuh pun datang, Ketuanya panglima yang telah dibuang, Dikumpul segala musuh yang ada, Tak kira saitan atau manusia.

Musuh menyerang negeri yang lemah, Tentera dan rakyat berpaling tadah, Antah Berantah rosak binasa, Rakyat jelata menjadi hamba.

Antah Berantah Tinggal Sejarah, Negeri termasyhor hilanglah sudah, Bangsa yang mulia menjadi hina, Yang tinggal hanya Hikayat Lama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s