who am i – video Johari bengkel pengurus pasukan

Today gentleman’s, I am honored to coach you more honored to take you onto the field of battle.  There  another honor  to be best owed upon you, that is the answer that comes with that question. Siapakah  saya? Saya adalah juara!

Benar. Inilah yang perlu anda ingat. Sepanjang perjuangan ini.

  • Saya akan takluki, apa yang belum pernah saya takluki sebelum ini.
  • Kekalahan tidak ujud dalam kamus hidup saya.
  • Saya akan percaya  apa yang orang lain rasa ragu ragu.
  • Saya akan sentiasa berjuang demi kehormatan, kemuliaan dan keutamaan kumpulan saya.
  • Saya telah melatih minda saya dan jiwa saya bergerak seiringan.
  • Siapakah saya? Saya adalah juara!
  • Saya tahu bahawa pihak lawan tidak menjangka bahawa saya akan menang.
  • Tetapi saya tidak akan menyerah kalah.
  • Kelemahan tidak ujud dalam hati saya.
  • Saya akan menyanjungi rakan seperjuangan saya, dan orang orang yang merupakan sebahgian daripada saya di dunia ini dan mereka yang mendorong saya.
  • Saya akan membina kekuatan dari semua ini.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

  • Saya akan bertempur di medan juang dengan rela hati.
  • Saya akan maju kehadapan, lakukan yang terbaik dan lakukan yang terbaik dan lakukan yang termampu, saya akan berjuang dengan hingga ketitisan darah yang terakhir. Dan apabila saya Berjaya, saya akan muncul dengan ganas, saya akan merobek jantung musuh saya dan biarkan dia mati berlumuran darah. Kerana dia tidak mampu menahan saya.
  • Siapakah saya? Saya adalah juara!
  • Rakan seperjuangan yang bersama saya dalam susah dan senang. Berkorban dengan darah keringat dan air mata. Saya tidak biarkan mereka jatuh, tidak biarkan mereka kecewa, dan saya tidak akan biarkan musuh terus bernyawa kerana pihak lawan tidak tahu isi hati saya.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

  • Tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan saya, tidak ada sesiapa juga boleh tentukan masa depan saya. Tidak ada sesiapa akan beritahu saya adalah siapa? Dan apa yang boleh saya lakukan.
  • Kepercayaan akan mengubah dunia saya. Ia telah menggerak benua, ia telah menggerakkan Negara, ia telah menghantar manusia ke bulan. Dan ia bersama saya dalam perjuangan ini.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

  • Kekalahan, berundur diri tidak hadir dalam diari hidup saya, saya tidak faham definisi tersebut, saya tidak faham berlaku kesilapan, saya tidak faham apa itu kesilapan. Hanya satu sahaja yang saya tahu, saya tahu apa itu kenangan, saya faham bagaimana tidak menyerah kalah biarpun sehebat mana cabaran mendatang. Minda saya akan membawa jiwa saya mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

  • Hari ini penentu segala galanya, bukan esok, bukan minggu depan. Tapi saat ini, di sini, di stadium anda, di tempat anda.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

  • Sejarah akan mengenang dan mengingati saya. Saya tidak bimbang kebaikannya, saya akan mengubah diri saya. Saya akan mencorakkan diri saya dan bukan orang lain yang mencorakkan diri saya.
  • Saya tidak akan pulang tanpa mengorbankan apa yang saya miliki.

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Siapakah saya? Saya adalah juara!

Bacaan DOA – Ayujuhana sdpb

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Hari Khamis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posted from WordPress for Android

Selamat Hari raya qurban

Kiriman cikgu mislin telok kerang
SEKADAR RENUNGAN

Untuk Renungan Kita sebelum menyambut Idul Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separh umur sedang memperhatikan jualan kami,

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan”
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
“Harga paling diskaunnya berapa?”
“RM250 bolehlah kak”. harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak…”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah… Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa”. Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak.”

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya….

Ya Allah…Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!” panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung”

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya….

Semoga Allah menginsafkan kita…

kiriman Hisham

kiriman Hisham

gotong royong di Kg Sg Bunyi – Hari raya korban 2013 (keluarga Ali, Nandong, Bangladesh)

15 Oktober 2013, Masjid Kg Sg Bunyi.

Posted from WordPress for Android

Malam pertama – kiriman rosalin

image

Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama didunia iaitu selepas kita bernikah.. pesanan untuk kita semua. Nasihat Kubur: 
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7).  Maka peringatan untuk diriku dan sahabatku persiapkanlah diri kita dengan amal dan semoga kita dikalangan hamba yang berjaya mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH” di penhujung nafas nyawa terakhir kita..

Posted from WordPress for Android

PAHALA BUAT SEORANG ISTeRI

Tazkirah pagi. – kiriman cikgu Mislin

  1. “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  2. “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  3. “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  4. “Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  5. “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  6. “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  7. “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!

Posted from WordPress for Android

Syukur alhamdulillah – kiriman hanafiah

Tazkirah…
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
———————-
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
————————–
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
———————–
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
—————–
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
——————-
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
———————
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
————
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 

Laa ilaa ha ilallah 3x

Muhammadur Rasullullah”

 sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Insya’Allah anda Akan Membuat Beribu  Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 

Posted from WordPress for Android