Prof Dr Rosman YPY Kirimkan – SEJARAH DAERAH PONTIAN
Daerah dikenali sebagai #Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.
Pada zaman dahulu kawasan pantai barat #Johor dari Kukup hingga #Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudian dikenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.
Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya Selat Kukup masa itu adalah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang terserempak didapatinya dengan senangnya.
Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementerara itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.
Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan #Arab dari #Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.
Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke barat daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari #Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya kepada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketika itu berpusat di Tanjung Kupang.
Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jerqam Batu.
Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari #Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besar atau estet di #Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke #Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat menghubungkan Kukup dengan Singapura belum ada.
Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnay kepada pengusaha=pengisaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dari hasil yang dikeluarkannya.
Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatinya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun kepada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telah diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.
Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini.
Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.
Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat #British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.
Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato’ Ali Haji Ahmad).
Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
B.R. Whitehouse: 1921 – 1923.
F.K. Wilson: 1923 – 1924.
Sheehan: Jun 1924 – Julai 1924.
Sbden: Julai 1924 – November 1924.
Miller: 1 Disember 1924 – 31 Disember 1924.
J. Huggin: 1924 – 1926.
Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secara membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Consession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.
Pada tahun 1921, usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.
Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapat pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besar. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.
Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.
Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke #BatuPahat dan #Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.
Akhirnya Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi pusat bandar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebagai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegawai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.
Assalamua’laikum wrhwbrkth
Perkongsian ilmu pagi ini – anita sksb kirim(cerita d sekolah seberang)
SAMPAH HATI
( sebuah sikap )
Seorang laki-laki yang berbeda fahaman dengan seorang Guru Spiritual mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, dan meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru yang bijak.
Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata sepatah kata pun.
Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu dengan penasaran bertanya: “Mengapa Sang Guru diam saja tidak membalas makian lelaki tersebut..?”
Sesaat kemudian Sang Guru pun berkata kepada si murid:
“Apakah jika seseorang memberimu sesuatu, tetapi kamu tidak mau menerimanya, lantas menjadi milik siapa kah pemberian itu..?”
“Tentu saja menjadi milik si pemberi,” jawab si murid dengan tegas.
“Betul…… begitu pula dengan kata-kata kasar tersebut,” balas Sang Guru.
“Karena aku tidak mau menerima kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri.
Dia tidak menyedari, karena nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia atau pun akhirat; karena energi negatif yg muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup kepada dirinya sendiri.”
Kemudian, lanjut Sang Guru: ”Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri.”
“Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepadamu… biarkan saja … karena mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka: “Jika engkau diam saja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau tanggapi, berarti engkau menerima sampah itu…..”
“Hari ini begitu banyak orang di jalanan yg hidup dengan membawa sampah di hatinya ( sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, dan lainnya ) … maka jadilah kita orang yg BIJAK”
Sang Guru melanjutkan nasihatnya:
“Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil” “Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci” “Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya sedih” “Jika engkau tak boleh memuji, janganlah mengecam” “Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina” “Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”
Inilah saatnya – kita melatih diri untuk membuang semua sampah yg ada di hati kita…
Tadi sya g jmpa doktor, bila dia pegang tapak tangan sya dia tnya sya kerja apa? Sya jwb tak kerja, doktor ckp, u tak boleh mkn lobster, ketam, udang, tiram dan tak boleh minum air bergas serta jgn mkn anggur dan jgn mkn ikan salmon..daging kambing..ikan terubok…goreng cempedak… sya tnya kenapa? sakit apa sy ni? Dia jwb selamba..” u kerja pun xde, lg mau mkn sedap²…
Lahir : ditolong oleh Orang lain Nama : diberi oleh Orang lain Pendidikan : dapat dari Orang lain
Gaji : terima dari Orang lain Keuntungan : hasil pembelian oleh Orang Lain Kehormatan: diberikan oleh Orang lain
Mandi pertama: dilakukan oleh Orang lain. Mandi terakhir: dilakukan oleh Orang lainHarta setelah meninggal: menjadi hak Orang lainPengebumian : dilakukan oleh Orang lain
Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan Orang Lain.
Kita patut sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain… DI MANAKAH KEHEBATAN KITA?
Ternyata, kita bukanlah sesiapa tanpa “ORANG LAIN”
Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita memerlukan bantuan mereka di masa hadapan.
😬😊👌
Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:
Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, “Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu ‘mutafancirin’ “. Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘mata pencarian.’ “متڤنچرين”
Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, “…dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi…”. Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘keldai’. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. “كلدي”
Di sebuah mesjid di Perak, “…maka ‘birobbikum’ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘birobbikum’…”. Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘berbekam’. “بربكم”
4. Di sebuah mesjid di Kelantan, “…sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘katikuri’ orang2 yg tidak bersyukur…”. Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘kategori’.”كاتيكوري”
Di sebuah mesjid di Terengganu, “… maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘fainnahu’.” Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘panah’. “فانه”
Di sebuah mesjid di Perlis, “…dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘kemetod’…”. Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘komited’. “كميتد”
7.Di sebuah mesjid di Pahang, “…maka hendaklah kita berada di atas ‘bom’ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari “bom”.setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya’bumi’.”بوم”
Di sebuah mesjid di perak,”…terdapat banyak ‘paku lantai’ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya ‘fakulti’ “فاكولتي”
Tajuk khutbah hari ini ialah “puas dan pedih”….. Rupa2nya “puasa dan fidyah”… فواس دان فديه
Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib… selamat hari raya maaf zahir batin.
NGOMAHI – Maknanya kalau lepas kawin jangan duduk bawah jambatan. NGINGONI – Mesti mampu beri nafkah zahir. NGELONI – Mesti ada ngeloni mampu beri nafkah batin. NGAYEMI – Kemudian boleh berikan kedamaian. NGAYOMI – Beri pendidikan.
5 e – isteri
BAKTIE – Bukan badan kebajikan isteri-isteri menteri. Dalam bahasa jawa halus maknanya PATUH kepada suami.
ATI-ATIE – Ni maknanya WASPADA dalam menjaga kehormatan diri seorang wanita.
GEMATIE – Memberi Perhatian dalam melayani suami. Mengaturkan rumahtangga itu sifat seorang isteri.
GEMIE – Pandai mengurus Ekonomi keluarga, sebab itu falsafah orang tua tua `kalau nak kawin carilah wanita yang ringan disumur, khidmat didapur, hangat di kasur. Maknanya ringan disumur rajin bekerja – tak ada bang! bang! bang! boleh buat kerja. Khidmat di dapur…… hangat di kasur…… kasur tu KATIL la. Tak boleh ulas lebih lanjut TV nasional ni..
ULES ASIE – Ada rasa kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Kalau 5 ni ada dapatlah isteri tadi menjalankan peranan yang sempurna sebagai tulang rusuk yang paling kuat kepada kerjaya suami.
Skg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.
Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan
membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada
pelajar kaum Cina dan India.
Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara
bomoh Melayu dan syaitan.
Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya …… mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau
wahai syaitan yang direjam”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun
menjawab…
“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan…
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat…
Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik…. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh… Aduhaiii …… Lemah lembut gayanya……
Keh keh keh ……