Stress

kiriman ejen hanif –

Mungkin kita rasa kita dah stress tapi ramai lagi yg lbh stress dari kita….😒
Pak We Stress


Pak We pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak We menghantarnya ke Hospital.

Pak We sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak We. Pak We mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Welah ayah bayi itu.

Pak We bertambah Stress!!

Pak We meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak We pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak We semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak We mandul sejak dari lahir. Pak We pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK WE BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Sambungan PAK WE STRESS..

Pak We balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang. Isterinya ajak Pak We jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak We mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

SEKARANG ISTERI PAK WE MENJADI STRESS BILA TENGOK PAK WE STRESS.

😂😂😂😂😂😂

serius madu asli

herdi sdpb 8788 kirim lawak seram

Rehatkan Minda dulu 

Petua…boleh cuba 
1. Tuang madu dlm gelas dan masukan dlm freezer. Kalau ia beku, itu madu tiruan. 

2 Tuang sikit madu atas lantai. Kalau semut hurung, itu madu tiruan.

  1. Bawa madu ke rumah dan tunjukan pada isteri. Kalau dia baling pinggan/gelas pecah- sah madu tulen.

😂😂😂

Kawan Saleh (sdpb 8788) pos cerita dari Sabah

(Sabahan Version)
Seorang pemuda sedang menjalani kes perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidakkkk!! Saya tidak bersalah, mana ada saya yang curi tu basikal!
Hakim: Jangan kau mau menipu sana, tu sumandak (gadis) buat laporan kau yang curi basikal dia.
Pemuda: Tambirang dia itu, dia yang bagi saya free bah!
Hakim: Apa maksud kau?
Pemuda: Macam ini bah hakim, masa saya mau pulang dari sekolah tadi, ada tu gadis minta tolong saya kasi tap (bonceng) dia pakai basikal dia sendiri. Pastu on the way, kami limpas (lalu) la di samak-samak (semak). Dia minta saya berhenti sana, saya pun berhenti la. Terus dia buka baju sama seluar dia. Lepas tu dia cakap, “ko bulih ambil ‘barang’ saya free of charge”. Jadi saya fikir-fikir, kalau saya ambil baju dia, baju perempuan pula, mana la saya bulih pakai, saya kan lelaki. Lepas tu mau ambil seluar dia pun macam tu juga. Seluar fit lagi tu, mana saya mau pakai. Kasut dia pun bukan saya ngam. Jadi saya pun ambil la dia punya basikal, macam tu pun kira mencuri ka?
Hakim: Buduh kau… bagus kau mati.. lambat pick up betul..

WAJIB BACA UTK KESIHATAN KITA SEMUA – roti gard….

frenz group sdpb 8788
Sebenarnya ramai yg belum tahu kemudaratan ttg roti gardenia ni. Saya malas nk pnjg2 kan. Tapi sbb ramai yg suka puji boleh mkn begitu saja pun dikatakan enak. Apatah lagi cicah kari dgn sambal ikan bilis dikatakan berganda3 keenakkannya.

Utk pengetahuan semua saya tak pernah kerja dikilang gardenia pun. Tapi dari org yg bercerita, ada satu bhgian dari roti gardenia yg boleh menyebabkan tersumbat saluran pemakanan kita dan menyebabkan kematian.
Tolong jgn mkn bhgian tersebut sama sekali.

Iaitu plastik pembalut roti gardenia.

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN drpd tuan presiden

  

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN dengan menggunakan KANGKUNG….
Caranya:

1 .petik kangkung yg masih segar dikebun

ambil yg masih muda…

  1. Cuci dengan air bersih,

bersihkan kotorannya….

  1. Ikat batangnya satu persatu dengan baik…

Kemudian

bawa dan jual ke pasar.

wangnya belikan sabun mandi untuk mandi..

SELAMAT MENCOBA…!!!

Cerita sini habis sini..

Presiden KGUTM

Assalamualaikum..

……………mohon jgn terasa. . Nk tnya sket..pasal ahli dlm group ni.. macam ada yg x kena..tapi sebelum tu klau ada sapa2 yg tahu beri lah pendapat dgn seikhlas hati..dah lama tp masa x sesuai..mungkin ahli dlm group ni tahu kot..x pe laa, cuma nk bincang.. Harap cerita ini habis di sini..takut juga nk tnya..kadang2 semua cakap x tahu.. Kadang2 kita tnya serius, tapi mereka jawab main2.. cammana pun utk selesai kan, kena tanya juga..harap ahli group jawab dgn sebetulnya.. Jgn tipu2..takut huru hara. .. ada yg kecik ati pulak nanti.. jangan ada antara kita yg bermasam muka pulak nanti.. Sebenar nya nk tanya, betul ke roti gardenia sungguh enak kalau dimakan begitu saja..??  

Ni citer JANDA 18 tahun.

kiriman kamsaini UTMGC

Ni citer JANDA 18 tahun.

(X de kena mengena dengan yg hidup atau yg mati.. kesah teladan semata2)
.
.
Aku ringkaskan citer la.. penat la nak menaip panjang2. Abang2 yg dah putih uban tu pon dah tak sabo bebenor nak dengo citer ni.
Al kisah seorang duda 36 tahun (Mael kangkung namanya) yang kematian isteri 3 tahun lepas termenung panjang di anjung rumah.
Pak Mat Broker lalu didepan umah Mael.
Tegur Pak Mat, “Naper ko ni.. Mael? Macam orang tak terurus dah aku tengok”.
“Biasa la Pak Mat.. Hidup bujang ni x de sapa nak uruskan makan minum..” kata Mael.
“Kesian aku tengok ko ni.. ko ada hajat nak kawen lagi ke Mael?” Tanya Pak Mat.
“Ada ke orang nakkan saya Pak Mat.. Kalau ada boleh jugak….” ujarnya dengan nada miang tak jadik.
“Kalau kau setuju ada sorang janda 18 tahun sedara dengan bini aku.. sian aku tengok dia sunyi sorang diri..” kata Pak Mat.
Serta merta wajah Mael terus ceria gelojoh sambil menjawab.. “Boleh gak Pak Mat eerrr..😬😬.”
“Kalau macam tu.. esok kita pegi tengok sambil merisik.. amacam?”
“Tak payah risik2 la Pak Mat.. kira jadik jer la..
Pak Mat uruskan jer.. berapa kos saya bayar.” Nada gelojoh Mael.
“Sabor.. sabor.. Mael.. issskk ko ni.. tak menyesal ke tak tengok dulu..”
“Saya percayakan Pak Mat 200%”.. ujar Mael.
“Err.. sapa nama dia Pak Mat?”
“Midah..” jawab Pak Mat ringkas.
“Fuhhh.. JANDA 18 tahun.. mana nak dapat weeii..” jerit Mael gumbira.
.
.
.
.
2 minggu kemudian..
.
.
Majlis akad nikah diuruskan oleh Pak Mat dengan sederhana shj.
Mael Kangkong melafazkan nikah dengan sekali lafaz dan senafas sahaja. Memang hebat.
Selesai shj akad nikah.. Mael pon masuk bilik untuk berjumpa dengan Midah “isteri” barunya untuk solat sunat bersama2.
Tiba2 hadirin terdengar Meal menjerit sambil menerpa Pak Mat yg sedang minum kopi O kampong..
“Pakk Mattttttttt… ko tipu aku”.
“Nanti Mael.. sabo.. sabo.. naper marah aku pulak ni..”
“Pak Mak tipu saya.. Dulu Pak Mat kata Midah ni JANDA umur 18 tahun..
Kenapa Midah yg ni dah macam NENEK saya?”..
“Mael.. aku x pernah cakap midah ni JANDA umur 18 tahun.. Yang aku cakap Midah ni JANDA 18 tahun, masa laki dia mati dulu umur dia dah 63 tahun.. dah 18 tahun dia menjanda.. kesian kat dia Mael..”
“Huaarrrrrr… .”
######

Pelajaran penting:
1. Fahamkan SOALAN sebelum menjawab.
2. Jangan jawap soalan ketika tengah “Excited”.. nanti kita buat “silly mistake”.

Hantu Bukan Nama Sebenar

Kiriman – Amorzam sdpb
SIFAT-SIFAT HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI ;

Toyol ; Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak menyusahkan mak bapak.

Pontianak ; Susah senang sentiasa tertawa, ini menunjukkan kepribadian pontianak ini optimis dan sentiasa berfikiran positif.

Pocong ; Dari dulu bajunya xpernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fasyen, sangat bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan pd zaman barangan serba mahal ini.

Hantu air ; Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yg menggiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri.

Jerangkung ; Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dlm almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat kesederhanaan yg tulus ikhlas.

Jebon ; Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya tak hensom,  dan menakutkan tapi
sifatnya sangat penyabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis…….
..
aku pun kena gak. .hahaha…
                                                                                                                                                     
……………………..forward lah. . .jangan kena sorang….

lawak neghori

kiriman Hisham SDPB

 

Mak :tolong ambik gulo tu..
Anak : kek mano??
Mak : dapur tu la.. ateh gobok, dlm bokeh warno koko tu..
Anak : bokeh warno koko ado, tapi tulih gagham..
Mak : mak sajo tulih gagham, tak boghi somut ughong..
Anak : laa..
😂😂😂😂

1415698_10201634105066785_1008869259_n

 

Sambongan eh:
Anak: apo mak cakap kuek2 td…
Mak: kenapo pulak…
Anak: Somut dah tau dah, dio dongar omak cakap td…
Mak: Laaa iyo ko?

Dr Kedah Buat Lawak

Kiriman Shahril USE

Sketsa petang ini..

RELEASE TENSYEN SEMENET…😉

 

Ada sorang pomen hat xdak reja. Xdak pasai, dia p bukak klinik. Nak suruh orang mai, dia buh iklan ‘Mai berubat sini, bayaq 30 ringgit saja, kalau xbuleh nak berubat, jangan segan mai kelim 100 ringgit’…

Si pomen dapat pekerja sorang misi cun. Nak jadi cerita, ada la sorang doktor terbaca. Doktor apa lagi, nak cuba la pekena si pomen, kot2 buleh kelim 100 ringgit…

Pomen: Ya tuan, ca cerita mai sakit apa ni?

Doktor: Tawaq mulut, xberasa langsung waktu makan.

Pomen: Misi, bok mai sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.

Doktor: Wei! Minyak petrol ni!!

Pomen: Ha, buleh rasa dah? Alhamdulillah, satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.

 

Doktor xpuas ati. Selang seminggu, dia p pulak jumpa si pomen.

 

Pomen: Sakit pa, tuan?

Doktor: Saya hilang ingatan.

Pomen: Ok! Misi, ambik sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.

Doktor: Aik, bukan ka tu minyak petrol?

Pomen: Ha, ingat dah? Alhamdulillah, satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.

Doktor mula serabut kepala. Lepaih seminggu, dia p lagi.

 

Pomen: Tuan sakit pa pulak ni?

Doktor: Mata rabun. Xnampak pa langsung.

Pomen: Ya ka? Maaf la, hat ni saya xbuleh nak berubat. Nah ambik 100 ringgit ni.

Doktor: Aik? Ni 50 ringgit ja?

Pomen: La, nampak jelas dah ka? Alhamdulillah, mai balik 50 ringgit ni. Satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.

Nak duit sangatkan? Jangan buat main dengan si pomen…😆