Harimau beriman


Kiriman Kamsaini golfer utm

tieger_streckt_seine_zunge_raus
Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.Harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.”Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah …makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang memburu aku, seekor harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..”Tiba-tiba guruh berdentum! Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit …Harimau tersebut pun berdoa: “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s