Selamat Hari raya qurban

Kiriman cikgu mislin telok kerang
SEKADAR RENUNGAN

Untuk Renungan Kita sebelum menyambut Idul Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separh umur sedang memperhatikan jualan kami,

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan”
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
“Harga paling diskaunnya berapa?”
“RM250 bolehlah kak”. harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak…”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah… Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa”. Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak.”

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya….

Ya Allah…Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!” panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung”

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya….

Semoga Allah menginsafkan kita…

kiriman Hisham

kiriman Hisham

gotong royong di Kg Sg Bunyi – Hari raya korban 2013 (keluarga Ali, Nandong, Bangladesh)

15 Oktober 2013, Masjid Kg Sg Bunyi.

Posted from WordPress for Android

Malam pertama – kiriman rosalin

image

Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama didunia iaitu selepas kita bernikah.. pesanan untuk kita semua. Nasihat Kubur: 
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7).  Maka peringatan untuk diriku dan sahabatku persiapkanlah diri kita dengan amal dan semoga kita dikalangan hamba yang berjaya mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH” di penhujung nafas nyawa terakhir kita..

Posted from WordPress for Android

PAHALA BUAT SEORANG ISTeRI

Tazkirah pagi. – kiriman cikgu Mislin

  1. “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  2. “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  3. “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  4. “Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  5. “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  6. “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  7. “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!

Posted from WordPress for Android

Syukur alhamdulillah – kiriman hanafiah

Tazkirah…
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
———————-
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
————————–
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
———————–
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
—————–
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
——————-
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
———————
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
————
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 

Laa ilaa ha ilallah 3x

Muhammadur Rasullullah”

 sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Insya’Allah anda Akan Membuat Beribu  Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 

Posted from WordPress for Android

No telifon ustaz – kiriman cikgu Fadilah rock

No tel Ust yg bagus2 utk rujukan jika perlu:

Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 019 – 944 1881
Ustaz Hanafi Abdul Malik.      013 – 668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim.           019 – 336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed.  019 – 353 8554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 019 – 260 2700
Ustaz Mohamad Abdullah.     019 – 3641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 019 – 2202355
Ustaz Dr.Danial Zainal.          019 – 456 6580
Ustaz Rohidzir Rais.               019 – 545 2750
Ustaz Roslan Mohammad.      012 – 383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah.    013 – 3735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri.         012 – 481 9378
Ustaz Halim Din.                    012 – 270 1066
Ustaz Fauzi Mustafa.              019 – 266 1484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri.        012 – 682 2797
Ustaz Sabri Omar.                  017 7060489
Ustaz Shukri Ali.                    013 – 9222670
Utz Mohd Nazri Mat Zin.         013 – 920 7121
Utz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP.               014-969 3959
Utz Zaharuddin Abd Rahman 013-257 0400
Utz Zamri Zaunuldin.      019-270 7303
Utz Dato Zawawi Jusoh.         019 – 329 2757
Utz Zul Ramli.                        013 – 226 0018
Utz Syed Abd Kadir.         017-777 0282
Utz Syed Nor Hisyam.            019 – 331 0719
Utz Wan Akashah.                 019 – 357 6445
Ustaz Hasnil 013-397 4600
Utz Haslin 012 – 692 6446
Utz Jazlan 019-700 7667
Utz Adlan abd Aziz.          019-710 5167
Utz Badlishah.   013 – 933 0660
Utz Dr.Lokman Ibrahim.          013 – 935 5277
Utz Dusuki Ahmad.                 013 – 321 – 3775
simpan no2 ini utk rujukan tuan2. mana tau nak panggil crmah ker forum ker… Boleh kongsi kpd mana2 AJK Masjid/Surau tempat masing2…
Tambahan: Ustaz Don 01944 62724

Posted from WordPress for Android

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! 

Kiriman Hisham – group smkdpb

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar) Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan terjadi padanya kini?Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?Jawab Malaikat “Ya:.Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, “Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian”Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.Sahabat :

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.♥ jangan lupa  SHARE selepas baca ♥insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua…

Posted from WordPress for Android