saiz sebenar
Tag Archives: UTM
Kuliah 2 Jam – YBhg TNCP UTM
Bicara pentadbir 27 okt 2014, Dewan Senat UTM. Kuliah disampaikan oleh ybhg Prof Azlan sangat menarik minat peserta yang hadir. Beberapa hasil kajian yang dilakukan oleh sarjana di tunjukan dalam pesembahan tersebut. Isu perang dingin antara pensyarah dengan pentadbirnya dan panduan pembentukan DNA yang dicita citakan oleh UTM.
Program yang dianjurkan oleh HCD UTM ini akan diteruskan sebagai mengisi keperluan memperkasa modal insan dengan menyuntik dan membekal ilmu ilmu terkini berkaitan pengurusan dan pentadbiran.
Kolokium Pentadbir ProfAzlan 271014
Pasukan Bolasepak UTM sebelum 2013
KOLEKSI 10 TAHUN DULU – cuma untuk ingatkan Alumni UTM
- wadi zahid fadli azim hilmi khairudin, shahmi azman ku hisham rasydan izaan
- pusat pentadbiran negara
- pasukan bola UTM 2005/06
- 1999 ukm
- 2000 uia
- 2001 usm
Team Pegawai
rakaman aktiviti ko kurikulum pegawai. Bolehkan juga … Malaysia BOLEH
Photo Credit : Redwan Adman, Dato Supandi and friends
Bakat bakat luar biasa yaang ditunjukkan oleh pemain pemain membuatkan pasukan ini sentiasa dihormati disebabkan jawatan jawatan yang disandang oleh mereka dalam sektor pekerjaan.
Kesanggupan untuk bersama dengan staf lain lain kategori menjadikan permainan bolasepak sebagai pentas untuk membina semangat berpasukan..
Armadi bin Ahmad
strategi berpasukan – bolasepak
1) Strategi Menyerang
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Menghasilkan gol
c) Kaedah latihan menggunakan simulasi dan perlawanan-perlawanan percubaan.
d) Analisis kekuatan diri pasukan contohnya pasukan UTM mempunyai peyerang yang berkaliber iaitu akan menggunakan peluang yang dapat untuk menjaringkan gol. Jadi latihan yang ditumpukan hanyalah untuk menajamkan lagi keupayaan penyerang itu menggunakan peluang. Formasi latihan 4 lawan 4, 2 lawan 2 akan menjadikan penyerang itu dilatih secara khusus dan bertubi-tubi untuk meningkatkan kemahiran menjaringkan gol.
e) Sekiranya kekuatan pasukan UTM mempunyai barisan pemain pertengahan yang mampu menghasilkan gol. Keadaan ini akan menjadi kelebihan kepada pasukan sebab jentera serangan pasukan UTM adalah lebih ramai iaitu 2 penyerang dan 4 pemain pertengahan yang boleh menjaringkan gol juga.
f) Saiz yang baik juga berfungsi untuk keadaan-keadaan tertentu contohnya saiz yang tinggi boleh digunakan untuk menerima hantaran bola tinggi seperti dalam situasi sepakan penjuru, lontaran bola kedalam hantaran silang dari tepi padang. Penyerang atau pemain yang tinggi adalah mempunyai kelebihan untuk mejaringkan gol berbanding pemain yang rendah secara fizikal dalam situasi bola di udara. Manakala bola diatas padang peluang yang dimiliki adalah sama brgantung kepada kelincahan dan ketangkasan penyerang berkenaan.
2) Strategi Bertahan
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Mempertahankan gol dari dibolosi lawan
c) Prinsip pertahanan ialah bertentangan dengan prinsip menyerang. Situasi latihan boleh digabungkan dalam sesi latihan bersama pemain penyerang. Pemain pertahanan akan diuji sesama sendiri dalam latihan-latihan yang diaturkan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
d) Pemain pertahanan biasanya dikaitkan dengan saiznya yang lebih gagah berbanding posisi lain
e) Kekuatan fizikal dan kebijaksanaan menjagka tipu helah pasukan lawan adalah cirri-ciri penting seorang pertahanan yang baik.
3) Strategi Khusus
a) Kebijaksanaan percaturan jurulatih pasukan dan pemain-pemain sendiri
b) Objektif – mempelbagai peuang dan menyelamatkan keadaan
c) Kaedah Formasi pasukan contoh 4:3:3, 4:4:2, atau 3:5:2 boleh diaplikasikan berdasarkan kekuatan pasukan lawan. Pemilihan `set piece’ yang sesuai bergantung kepada situasi permainan seperti sepakan percuma, sepakan sudut, kaedah serang balas, lontaran bola ke dalam adalah contoh yang boleh dibuat dalam sesi latihan. Latihan yang bertubi-tubi akan memastikan kemahiran strategi ini dapat diterjemahkan dalam permainan yang sebenar.
d) Kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang bolasepak dapat membantu seseorang pemain menggunakan advantage dari kelemahan undang-undang itu. Contohnya undang-undang ofsaid, undang-undang ini boleh dimanipulasikan menjadi strategi kepada pasukan untuk menyerang pasukan lawan.
e) Peraturan am kejohanan yang menetapkan format tertentu pertandingan dijalankan. Selalunya peraturan ini mempunyai ruang kelemahan yang mendorong pasukan bertanding dapat menentukan siapakah pasukan lawannya dipusingan seterusnya. Kelemahan peraturan pertandingan ini perlu dianggap sebagai peluang kepada pasukan untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagai mana pun keadaan ini jarang-jarang berlaku dan hanya pegawai pasukan dan sebahagian kecil pemain sahaja yang berminat menggunakan kelemahan ini sebagai peluang.
Pasukan Bolasepak UTM 2013
Bolasepak adalah sejenis sukan yang dianggap sebagai sukan emas
golden sport’ kerana kesan sampingan sukan ini dapat mempengaruhi iklim ekonomi sesebuah tempat. Banyak peluang-peluang pekerjaan seperti pemain, pegawai, pengkritik, penyelidik, peminat setia, penerbit buku dan telivesyen.
Sukan yang paling popular ini juga berdepan dengan cabaran dengan kaki judi dan perasuah. Mereka mengambil kesempatan populariti sukan ini untuk menambah nila-nilai negetif seperti bertaruh dan mengatur perlawanan. Akibatnya sukan ini menjadi popular dikalangan mereka yang suka berjudi atau bertaruh.
Adalah menjadi tanggungjawab peminat tulen sukan ini memastikan unsur-unsur negatif dalam bolasepak dapat dicegah dan dihindarkan. Nilai-nilai kebersihan dalam permainan iaitu
fair play’ di dalam dan luar padang sentiasa ditekankan oleh pegawai dan penggiat sukan ini.Di peringkat university di Malaysia sukan ini merupakan sukan yang masih popular dan menjadi pilihan pertama dikalangan pelajar-pelajar lelaki. Bolasepak boleh dianggap alat yang dapat meningkat harga diri seseorang pelajar di universiti. Tambahan lagi apabila pasukan itu mencapai kejayaan dalam pertandingan dalam kejohanan yang disertai.