Emak Bapak & Anak

Kamsaini cerita motivasi keluarga KGUTM

Seorang anak nak kawin tapi dimarahi ibunya kerana masih belajar…tggu dah kerja…kata ibunya…Dia mengadu pd bapa nya….

Bapanya menjwb…”mak ko tu memang mcm tu,,

Bapak ni yg dah kerja pong mak ko tak kasi kawin…😄😄

Seloka Kian Tua

Pmdr razali kgutm hcp13 kirim

Seloka Kian Tua

Rasa seperti baru bersanding
Rupanya berjalan paut kat dinding
Dulu tubuh badan kurus ceding
Sekarang gendut tiada tanding.

Masa berjalan begitu cepat
Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat
Diam tak diam cucu dah empat
Makan yang lembik seperti lepat.

Bercakap tersasul perkara biasa
Tak ingat hari Isnin ke Selasa
Gigi dah kurang makan tak rasa
Berulang hospital untuk periksa.

Duduk di rumah tinggal berdua
Saling memandang sebab dah tua
Anak-anak bekerja jarang bersua
Rumahpun sunyi seperti gua.

Berjalan pun susah urat dah tegang
Tangan pun kebas susah nak pegang
Terkasar gerak tangkap di pinggang
Terkejut kucingpun tonggang-langgang.

Apa nak buat dah hukum alam
Bagaikan muda baru semalam
Pandangan matapun asyik kelam
Buatlah ibadat siang dan malam.

img_2007

*Wang Nafkah Bulanan Isteri:* *Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua*

Bos Hj Abdul Malik  ingatkan staf USE

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu. 

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham. 

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham. 

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya. 

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku. 

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU. 

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB. 

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa. 

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya. 

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan. 

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga. 

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga. 

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi. 

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. 

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu. 

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan? 

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada. 

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah. 

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis. 

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita. 

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah. 

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan. 

#DrMahyuddin!

WARKAH GURUBESAR KEPADA IBU BAPA

nota kiriman cikgu dan murid lama sekolah itu;

Ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.
Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik. Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu,

  1. adalah seorang *artis,* yang tak perlu memahami matematik.
  2. Ada juga yang *berjiwa usahawan*, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.
  3. Ada juga berkemungkinan *ahli muzik*, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.
  4. Ada *ahli sukan*, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah.
Namun jika tidak..

  1. tolonglah *jangan rampas keyakinan & maruah* diri mereka.
  2. Katakan pada mereka, *tak mengapa*, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup.
  3. Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, *anda tetap sayangkan mereka*, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini & setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia.
Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.
Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,

Guru Besar
★★★★★★★★★★★
Semoga ALLAH sentiasa permudahkan urusan anak-anak kita utk mengadapi periksaan. Aamiin.

 

nota:
**** SETELAH USAHA DAN IKHTIAR **** (nota ini saya tambah)

img_2762

Roti Hangit

Usop Sadimon Kirim – 5sc4

Seorang anak menceritakan:

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: “Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit.”

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

“Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.

Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.

Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
Selamat bertugas 😊

AllahuAkbar

husin ismail 5sc4 sdpb 8788 kongsikan

Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu. 

Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.

Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.

Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain…
Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata. 
Inilah manusia… Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang “Hamba”.
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik. 
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.

Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 
Ingatlah…

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan…