Ucapan Tydp Kelab Golf – sempena bulan puasa

Tn hj wan mohd Zawawi

image

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Selamat menyambut Ramadhan al mubarak. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yg sengaja mahupun tak sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat.

Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat spt mana yg dijanjikanNya.

Marilah kita sama-sama mengimarahkan Ramadhanini. Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik drp Ramadhan sebelumnya.

Sahabat2ku, Syurga merindui empat golongan manusia. Pertama manusia yg sentiasa membaca al Quran. Kedua ialah manusia yg memelihara lidahnya. Ketiga ialah manusia yg sentiasa memberi makan org yg lapar. Keempat ialah manusia yg sentiasa berpuasa. Sahabat2ku, keempat2 amalan itu terkumpul dlm bulan ramadhan yg mulia ini. Marilah kita sama2 melaksanakan amalan2 tersebut.

Munajat ramadhan

niat puasa ramadhanKiriman Rohaya Ithnin SDPB

syahdu doa bangi perdana mlm tadi.
Meh kita guna n aminkan kwn2

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami…kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami…kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Copy paste

Kuliah nisfu syaaban

Kiriman hj wan – Pendaftar utm

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

nisfu syaaban

Tajuk ‘ Ramadhan Pesta Makanan…..Jom Ubah ke Pesta Ibadah ‘

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
– Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;–

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang….bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar……

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma….60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis…..ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan

pesan Kapten Norudin May 14 at 6:40am ·

Sila share :

Buah-buahan Tempatan

Pernah buat tak camni? Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa xpuas hati kat sesiapa, then ‘ter’mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x?

Tau tak sebenarnya air tu ‘perakam’ yang terbaik? Ia akan ‘rakam’ semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak ‘rakam’ vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan  kan ‘bersatu’ dalam badan kita. Ce bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air, lepastu minum pulak air yang di’rakam’ dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah ‘rakam’ benda2 negatif dan masukkan
dalam badan kita. Wallahualam.

nak SHARE silakan

Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.
󾭺 Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
󾭺 Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
󾭺 Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
󾭺 Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.
󾭺 Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
󾭺 Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
󾭺 Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
󾭺 Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.
󾭺 Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

ikhlaskan ibadah hanya kerana Allah semata mata

 

petikan # UNOFFICIAL # NASIHAT ISLAM # DAKWAH KAPTEN
Page ini bukanlah dikelola oleh Kapten Norudin, menyokong dakwah Islam yang dimulakan ole Kapten

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

Kiriman Hisham & hanafiah – sdpb

1. belilah beberapa buah kerusi/bangku, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah n madinah).

2. Inisiatif – sedekah:
letakkanlah d jendela bilikmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.

3.Inisiatif – sedekah:
sisihkanlah dri hasil upah jerih payahmu, sedikit untuk d sumbangkan kpd anak yatim.

4.Inisiatif – sedekah:
belilah sekantong plastik sarung tangan n kaki, agar bisa d berikan kepada para pekerja.

5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu n besedekahlah dengan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga n kerabat atau sahabat), belilah 1/2 buah karton air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kmudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif – sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, terkhusus kpd mereka2 yg sedang d timpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Inisiatif – sedekah:
jngan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat kjhatan kpdmu dri menggibahi, mengadu domba, n mendzalimimu.

10. Inisaitif- sedekah:
kirimkan brodcast ini ke semua sahabatmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan d beri pahala kerana nya. ..

dr zakir

dr zakir

20140124-074335.jpg

Pemadam dgn pensil

Tazkirah jumaat – Hisham SDPB

image

Perbualan antara pemadam dan pensil :

……….
الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
📏Apa khabar kawan?

القلم: لستُ صديقكِ!

✏Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا
📏Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.
✏Kerana aku benci kamu.

الممحاة: ولمَ تكرهني
📏Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!

✏Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .

📏Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!

✏Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .

✏Engkau salah dan sombong!

الممحاة: لماذI

📏Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

الممحاة: أما زلتَ تكرهني

📏Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

فرحتِ الممحاة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

أحبتـــي

Sahabat-sahabatku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

📄📄📄📑📑📑

TAZKIRAH JUMAAT..RODA KEHIDUPAN.

Kiriman Hisham SDPB

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu,

datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

“Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”

Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata:

“Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku.”

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.

Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,

tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.

Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis.

image

Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang:

“Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!”.

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas.

Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan”.

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda bermaksud:

“Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya,

barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan

barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya”.

Wallahu a’lam

MISTERI LAGU AL-HAQ (Mawi dan Dato AC Mizal)

Kiriman Fadilah SDPB

Di dalam liriknya terdapat terdapat satu doa yang bagus untuk diamalkan.

“Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi”
(Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)

“Bismillahi Jibril”
(Dengan nama Allah, Jibril)

“Fi Yamini”
(Pada kananku)

“Bismillahi Mikail”
(Dengan nama Allah, Mikail)

“Fi Shimali”
(Pada kiriku)

“Bismillahi Israfil”
(Dengan nama Allah, Israfil)

“Fi Amami”
(Pada hadapanku)

“Bismillahi Izrail”
(Dengan nama Allah, Izrail)

*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9.
*Antara kelebihannya, adalah doa pelindung dari syaitan dan hasad dengki.

# copy ye biar ramai yg bace.. 

DOA & sedekah – Hisham & Yazid

Kiriman hisham
Ada seorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid..sikap budak tu dilihat oleh
imam, dan imam tu berasa hairan..Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut..
“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”
Budak tu pun jawab.
“Cikgu saya pesan,senyum itu sedekah.
saya takda duit nak sedekah,jadi
saya senyum jelah kat tabung tu
~senyum itu sedekah~

image

DOA banyak banyak

Kiriman Yazid – Group sdpb
Kisah Doa Termakbul
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.

Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.

Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. “Aku buat beginilah yang jadi begini.” “Doa aku makbul!” “Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.” Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha.

Halal suci dan bersih

Kiruman ari
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal…
Mari fikir-fikirkan..

“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu… pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam utk kepentingan diri sendiri,melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa… bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.”

Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja…

KEBERKATAN YANG DICARI