Bahasa Jawi Kebangsaan

Kiriman M hamidon – A&Y inc
Seriously funny!

Oh My Jawi

Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

  1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, “Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu ‘mutafancirin’ “. Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘mata pencarian.’ “متڤنچرين”
  2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, “…dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi…”. Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘keldai’. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. “كلدي”
  3. Di sebuah mesjid di Perak, “…maka ‘birobbikum’ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘birobbikum’…”. Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘berbekam’. “بربكم”
  4. 4. Di sebuah mesjid di Kelantan, “…sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘katikuri’ orang2 yg tidak bersyukur…”. Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘kategori’.”كاتيكوري”
  5. Di sebuah mesjid di Terengganu, “… maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘fainnahu’.” Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘panah’. “فانه”
  6. Di sebuah mesjid di Perlis, “…dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘kemetod’…”. Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘komited’. “كميتد”
  7. 7.Di sebuah mesjid di Pahang, “…maka hendaklah kita berada di atas ‘bom’ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari “bom”.setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya’bumi’.”بوم”
  8. Di sebuah mesjid di perak,”…terdapat banyak ‘paku lantai’ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya ‘fakulti’ “فاكولتي”
  9. Tajuk khutbah hari ini ialah “puas dan pedih”….. Rupa2nya “puasa dan fidyah”… فواس دان فديه

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib… selamat hari raya maaf zahir batin.

Posting “Copy and Paste” #MuizAfnan

Formula `win win’ bahasa jawa – suami isteri

Cikgu Azeman Sailin Kongsi kepaada ex sksb

5 ng.. – suami

NGOMAHI – Maknanya kalau lepas kawin jangan duduk bawah jambatan.
NGINGONI – Mesti mampu beri nafkah zahir.
NGELONI – Mesti ada ngeloni mampu beri nafkah batin.
NGAYEMI – Kemudian boleh berikan kedamaian.
NGAYOMI – Beri pendidikan.

5 e – isteri

  1. BAKTIE – Bukan badan kebajikan isteri-isteri menteri. Dalam bahasa jawa halus maknanya PATUH kepada suami.
  2. ATI-ATIE – Ni maknanya WASPADA dalam menjaga kehormatan diri seorang wanita.
  3. GEMATIE – Memberi Perhatian dalam melayani suami. Mengaturkan rumahtangga itu sifat seorang isteri.
  4. GEMIE – Pandai mengurus Ekonomi keluarga, sebab itu falsafah orang tua tua `kalau nak kawin carilah wanita yang ringan disumur, khidmat didapur, hangat di kasur. Maknanya ringan disumur rajin bekerja – tak ada bang! bang! bang! boleh buat kerja. Khidmat di dapur…… hangat di kasur…… kasur tu KATIL la. Tak boleh ulas lebih lanjut TV nasional ni..
  5. ULES ASIE – Ada rasa kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Kalau 5 ni ada dapatlah isteri tadi menjalankan peranan yang sempurna sebagai tulang rusuk yang paling kuat kepada kerjaya suami.

skema pemarkahan

  1. 5/5 = A+ Jangan Riak
  2. 4/5 = A+ Perlu tambah 1 markah
  3. 3/5 = A+ Perlu tambah 2 markah
  4. 2/5 = A+ Perlu tambah 3 markah
  5. 1/5 = A+ Perlu tambah 4 markah

Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk

photo credit mamin

Noridin sksb7883 kongsi

Skg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.
Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan

membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis

Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada

pelajar kaum Cina dan India.

Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara

bomoh Melayu dan syaitan.
Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya …… mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang

tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau

wahai syaitan yang direjam”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun

menjawab…
“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan…

Tak Menarik Hati, Tiada Memikat…

Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik…. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh… Aduhaiii …… Lemah lembut gayanya……
Keh keh keh ……

Berikan apa yang kita idamkan

Pahringalib rengkel kongsi

SIAPA KATA HARTA TIDAK BOLEH DIBAWA MATI ??
Haji Osman. Pemilik salah sebuah pengusaha kilang batik & pakaian terkemuka di Semenanjung, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta tidak begitu berharga baginya. Seakan dunia ini telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin pandangan mata dari orang yg dunia di tangannya & akhirat di hatinya.

Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.

“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka.. “bagaimana caranya agar kami seperti Haji Osman. Boleh berniaga maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan… Hingga seperti Haji Osman, bersedeqahnya terasa ringan”.

“Wah”, sahut Haji Osman tertawa, “Antum salah alamat!”

“Mengapa?”…

Kalian datang pada orang yg salah…. Saya ini SANGAT SAYANG PADA HARTA DAN SUKA PADA HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki “.

“Sebab apa?”..

“Oleh kerana sangat cinta & sayangnya saya pada harta, SEHINGGA SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Sebenarnya saya TIDAK MAHU BERPISAH dengan kekayaan saya. Makanya sementara saya masih hidup ini saya titipkan dulu.

  • Tumpangkan pada masjid,
  • Tumpangkan pada anak yatim,
  • Tumpangkan pada fakir miskin,
  • Tumpangkan pada surau,
  • Tumpangkan pada pondok pengajian,
  • Tumpangkan pada pejuang fii sabilillah.
  • Tumpangkan pada Guru2 Agama
  • Tumpangkan pada karyawan yg rajin Ibadah.
  • Tumpangkan pada saudara-mara dan sahabat handai yg sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah ada yg berkenan mahu ditumpangi, saya senang sekali.

Alhamdulillah ada yg sudi diamanahi, saya bahagia sekali.

InsyaAllah… DI AKHIRAT NANTI SAYA BOLEH AMBIL BALIK, APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.

Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur & di akhirat”.

“Jadi..!” Siapa bilang harta tidak dibawa mati….?

Harta itu dibawa mati….!!! Caranya ? …

JANGAN BAWA SENDIRI… Minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, orang-orang yang berjuang di jalanNya dan lain-lain..

kerana anak & keluarga, saya cuma bagi pakai kain putih sahaja..

Terus sahaja SHARE jika bermanafaat.

*BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING..*

Cikgu Sam Jek sksb kirim

IMG_9136

Menurut kajian terbaru, byk meminum air kosong blh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dgn makan daging kambing…
Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, blh dpertikaikn..
Ujikaji tlh dbuat selama 3 màlam trhdp 2 org peserta yg dpilih secara rambang.
Mlm 1:

Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B dberi 2 botol air mineral 500ml.

  • Reaksi keduanya Normal.
    Mlm ke2 :

Peserta A dberi kari kambing dn peserta B dberi 3 btl 500ml air mineral.

*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.
Malam terakhir :

Peserta A dberi kambing bakar dn B, 2 botol air mineral 1 liter.

• Reaksi A masih Normal manakàla B emotional.

Peserta B telah mengamuk dgn membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata ‘Kalau hari2 air kosong, mati la aku!!
Kesimpulan ujikaji:

Dgn hanya meminum air kosong shj, boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dpt dikawal jika dibandingkn dgn memakan daging kambing..

*HATI-HATI SEMOGA TIDAK TERJADI PADA KELUARGA KITA…!!!*

Suhana sksb kirim

Pagi td kejadian yg dialami oleh saudara Mansur.. sebelum bangun tidur dia tidak punya firasat buruk sedikitpun & setelah bangun tidur dia menjalankan aktivitinya seperti biasanya :
Bangun pagi, mandi, sarapan nasi lemak kerang nya lalu bergegas siap untuk berangkat dengan Motornya,..
Namun tiba-tiba slps ia naik dan hendak menghidupkan motornya.

Semuanya menjadi ‘Gelap gulita.., dia tidak dpt melihat apa2pun.

benar-benar gelap..

Dia hanya boleh mendengar…
Nafas terasa singkat, seperti kekurangan Oksigen & peluhnya mulai bercucuran…
Apakah Ajal sudah mendekat..???

Apakah sudah siap pergi dengan tiba2..???

Dia sempat berfikir & berdo’a sebolehnya didalam hati Ya Allah;
Cobaan apa ini..!!!

Dosa apa yang telah di perbuat, “Apakah ini sudah memasuki Alam kematian..???

Sempat dia berfikir….

Apakah tekanan darah & kadar kolesterolnya tiba2 naik gara2 sarapan Nasi lemak kerang…!!!

 

salur darah jantung

Apakah Kandungan Sarapan paginya yang salah..!!!
Setelah lama merenung diri, tapi tidak menemukan Jawapan atas Takdir ini……
Ia pun pasrah & hanya mampu berdoa…
Namun akhirnya Allah berkehendak yg lain & menyedarkan dia…..
Ternyata helmet yang dia pakai terbalik..

DOA antara dua sujud

Kiriman cikgu Zai SG bunyi

Dahsyatnya Doa
“Duduk Diantara Dua Sujud”

Ketika orang ditanya,
“do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”,

Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a. Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah
DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maksudnya :

1⃣√ ROBIGHFIRLII,
Wahai Tuhan ampunilah dosaku.

👉Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redhaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

2⃣√ WARHAMNII,
Sayangilah diriku.

👉Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.

3⃣√ WAJBURNII,
Tutuplah segala kekuranganku.

👉Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

4⃣√ WARFA’NII,
Tinggikanlah darjatku.

👉Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.

5⃣√ WARZUQNII,
Berikanlah aku rezeki.

👉Sebagai hamba Allah kita memerlukan rezki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

6⃣√ WAHDINI,
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.

👉Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.

7⃣√ WA’AAFINII,
Berikanlah aku kesihatan.

👉Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”

8⃣√ WA’FUANNII,
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

👉Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.

Allah memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah mencontohkan kepada kita, menurut logiknya do’a tersebut pasti dikabulkan.

TAPI PERSOALANNYA
“DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?”

RASULULLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA,
“ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DO’A YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.”

SEMOGA BERMANFAAT
#Tazkirah

duduk antara dua sujud

nisrin pertisas menambah

CUBALAH SEMAK DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD BILA KITA HAYATI MAKNANYA:

√ ROBIGHFIRLII,

√ WARHAMNII,

√ WAJBURNII,

√ WARFA’NII,

√ WARZUQNII,

√ WAHDINI,

√ WA’AAFINII,

√ WA’FUANNII

Ketika orang ditanya, “do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”, 

Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a.

Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maknanya :

√ ROBIGHFIRLII.

Wahai Tuhan ampunilah dosaku. 

Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redho اللّهُ Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII.

Sayangilah diriku. 

Kalau kita disayangi اللّهُ hidup kita akan terasa bahagia, kerana dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ, nafsu kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII.

Tutuplah segala kekuranganku. 

Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, susah menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII.

Tinggikanlah darjatku. 

Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang ingin menghina kita.

√ WARZUQNII.

Berikanlah aku rizki, 

Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rizki, اللّهُ mampu mendatangkan rizki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI.

Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. 

Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.

√ WA’AAFINII.

Berikanlah aku kesihatan.

Apabila kita sihat, kita mampu menambah kebaikan dan manfaat, serta tidak menjadi beban kepada orang lain.

√ WA’FUANNII.

Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan dari catatan. 

Dari do’a tersebut diawali do’a dengan mohon ampun, dan kita akhiri dengan permohonan keampunan utk menghapus dosa. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.

ALLAH SWT memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita.

TERKADANG YG JADI PERSOALAN DI MANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?

DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MENGERTI MAKNANNYA.

Padahal dahsyat doa tersebut, dan masih banyak orang, entah dia imam atau pun makmum…, sering tergesa-gesa membacanya. Seharusnya toma’ninah dgn menghayati, dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.

Assalamualaikum wbt…

Marilah segera menghayati dan toma’ninah, semoga kita dapat merasai dahsyatnya do’a tersebut.