Kalau haiwan ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki aku malam ni…
CICAK : isteriku tersepit pintu…menduda lagi kali ke 24..
KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sbb I sendiri lupa bapaknya siapa.”
AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh…
NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
KHINZIR : Aku bengang betol la…dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye…wei bro!! lain kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw…agak-agah laa weyy😖😖
09/06/2016, 12:11:42 PM: X Sdpb Fadzil: JANGAN DAHULUKAN BUKA PUASA DENGAN KURMA
Memulakan makan kurma semasa berbuka adalah tidak sihat. Baru dengar ceramah agama, masa buka puasa kita makan kurma dulu sebelum ni kan? Ustaz cakap tadi kurma tak boleh, yang boleh Rutab atau Tamar. Ustaz cakap, buka puasa tu kita buka makan la Rutab atau Tamar dulu dengan air suam. Lepas itu kita solat dulu
Jangan makan kurma, sebab kurma ni macam-macam kurma ada, ada kurma ayam, kurma daging, kurma kambing.
DIAM TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA
Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata “Ternyata diam boleh membatalkan puasa”.
Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya :
Diam-diam sarapan pagi
Diam-diam minum cendol
Diam-diam makan maggi
Diam-diam merokok
Diam-diam makan dalam kereta
Senarai kuih di bln ramadhan yg perlu anda cuba..rugi x cuba..
Kuih paling gangster → Lompat Tikam
Kuih paling sexy → Puteri Mandi
Kuih paling keji → Taik Itik
Kuih bajet cute → Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda → Seri Muka
Kuih paling alim → Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik → Batang Buruk
Kuih suka pukul → Kuih Lompang
Kuih dalam zoo → Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri → Kuih Bangkit
Kuih org tak mandi → Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram → Kuih Makmur
Kuih paling jauh → Kuih Almond London
Kuih kaki ah long → Kuih Pau
Kuih paling lembab → Kuih Siput
Kuih paling munafik → Kuih Talam Dua Muka…..🌾🌾
Pilihan d tangan anda😂😂😂
SELAMAT BERPUASA…mohon ampun & maaf.
kiriman kamsaini- pertisas
Assalammualaikum.🌺
Al-kisah ada seorang Raja yg memiliki 10 anjing ganas utk menghukum yg bersalah.
Jika sang Raja tidak berkenan maka org yg bersalah akan dilempar ke kandang agar dicabik oleh anjing2 ganas tersebut.
Suatu hari seorg Menteri membuat keputusan salah & murkalah Sang Raja. Maka diperintahkan agar sang Menteri dimasukkan ke kandang anjing ganas.
Menteri berkata: “Tuanku, saya telah mengabdi padamu selama 10 tahun, tapi Tuanku tegas menghukumku begini. Atas pengabdianku selama ini saya hanya minta waktu penundaan hukuman 10 hari saja”.
Sang Raja pun mengabulkannya. Sang Menteri bergegas menuju ke kandang anjing tersebut & meminta izin kepada penjaga utk mengurus anjing2nya.
Ketika ditanya utk apa? Maka dijawab: “Setelah 10 hari nanti engkau akan tahu”.
Selama 10 hari itu sang Menteri memelihara, mendekati, memberi makan bahkan akhirnya boleh memandikan anjing2 tersebut hingga menjadi sangat jinak padanya.
Tibalah waktunya. disaksikan Sang Raja dimasukkanlah Menteri ke kandang anjing, tetapi Raja terkejut ketika melihat anjing2 itu jinak padanya.
Maka dia bertanya apa yg telah dilakukan Menteri pada anjing2 tersebut?
Jawab Menteri: “Saya telah mengabdi pada anjing2 ini selama 10 hari & mereka hanya binatang tapi tidak melupakan jasaku.
Terharulah Raja, meleleh airmatanya lalu dibebaskanlah sang Menteri dari hukuman & dimaafkan.
Sahabatku,
Hikmah dari cerita di atas adalah:
Agar kita tdk mudah mengingkari & melupakan kebaikan2 yg kita terima dari org terdekat kita.
Jgn mudah menghapus kenangan yg telah terukir dan persahabatan yg telah terjalin bertahun lamanya hanya krn hal2 kecil yg kurang kita sukai darinya saat ini.
Mencari teman itu lebih mudah daripada mendapatkan sahabat.
Jagalah persahabatan yang ada dengan baik karena menjaga persahabatan itu jauh lebih sulit dari mendapatkannya..
Doa yang terbaik selalu untukmu saudara2 ku, semoga silaturrahim ini ttp terjaga… Insya Allah
Aku Mohon Maaf Zahir Batin sempena tiba Ramadhan yang mulia tidak lama lagi.Kemaafan dan Terima Kasih atas segalanya
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
“Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya…
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka…
Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan…
🐧Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan…
🐛Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri…
☺Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah ujian lah yg makin mnguatkan kita 🙂
TA’ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.
TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.
AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti golf, moto,
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya
.
AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita… Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.
Seperti firman Allah SWT :
“Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati…”
(Surah Ali Imran 3:120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
“Allahumma Ya Allah… selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”
HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya.
Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta’ala.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan LENYAP di Akhirat.
Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :
“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan”
“Jika engkau punyai teman – yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat, dan jangan se sekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
Sahabatku fillah, luangkanlah waktu sejenak untuk membaca hadith yg mulia berikut ini….!!!
Diriwayatkan bahwa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia. Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada اللّهُ سبحانه و تعالى ..
“Yaa Rabb… Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami…?
“Maka اللّهُ سبحانه و تعالى berfirman:
“Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.”
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).
Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah sahabat-sahabat mu’minmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari kiamat”.
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:
“Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada اللّهُ تعالى tentang aku:
“Wahai Rabb Kami… Hamba-Mu fulan bin fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu”
Sahahabatku fillah …
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang اللّهُ تعالى. Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dengan redha-Nya.
Yaa Rabb…
Aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku
sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di Akhirat dengan-Mu…
Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: Wang RM100 bertanya kepada RM1; “Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?” RM1 menjawab; “Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis.” Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; “Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?” RM100 menjawab; “Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet.” Lalu RM1 bertanya lagi; “Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?” RM100 menjawab; “Belum pernah” RM1 pun berkata lagi; “Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.” Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.
Syaitan berkata: Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah ‘saudaraku’
Orang islam yg suka berkongsi
msg ini dengan saudara islam yg lain
adalah ‘MUSUHKU’ . maka mari lah kita jadi ‘musuh’ syaitan dengan berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain..semuga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin
☑
Ada 2 pilihan untuk anda.
1. Biarkan didalam wechat anda tanpa bermanfaat buat org lain.
2. Anda sebarkan pada semua
kenalan anda..
Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa yang menyampaikan
1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh
pahala.. SUBHANALLAH..!selamat beramal…
dah brpa banyak mesej wassap kita baca harini…dan dah brpa banyak mesej Allah yg kita dah baca harini?
renung2kan dan selamat beramal. .
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Karena hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami,
Yang kesulitan rezki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rizki nya ya Allah..
Karena hanya Engkau Sang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu…
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh karunia-Mu..
Karena janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terdzalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami…
Mohon Maaf Zahir dan Bathin pada semua
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini bisa menjadi Ramadhan kita yang terbaik..
John worked at a cold storage. One day, when he finished with his work schedule, he went into the cold room (Freezer) to inspect something but in a moment of bad luck, the door closed and he was locked inside with no help in sight. Although he screamed and knocked with all his might, his cries went unheard as no one could hear him. Most of the workers had already gone and outside the cold room (freezer), it’s impossible to hear what was going on inside. Five hours later, whilst John was on the verge of death, the security guard of the factory eventually opened the door and saved him. John then asked the security guard what he came to do there as it wasn’t part of his work routine.
His replies: “I’ve been working in this factory for 35 years. Hundreds of workers come in and out every day but you’re one of the few who greets me in the morning and says goodbye to me every night when leaving after working hours. Many treat me as if I am invisible. So today like every other day, you greeted me in your simple manner “Hello” at the entrance when resuming for work, But curiously after working hours today, I observed I’ve not heard your “Good bye see you tomorrow”. Hence I decided to check around the factory.
I look forward to your greetings every day because to you, I am someone. By not hearing your farewell, I knew something had happened. Then I Sought and found you!
Moral Lesson:
Be humble, love and respect those around you because life is too short. Try to have an impact on people in ways we can’t even imagine especially the people that cross our path daily. Stay blessed!