Sahabat

Kiriman samad sdpb8788

Hari berganti hari tanpa terasa.
Usia kita semakin bertambah, namun serasa masih terus muda seperti dulu.
Waktu terus berjalan.

Dulu otot dan badan kita kencang, kini kendor.
Dulu kita gagah, kini mulai goyah.
Dulu kita kuat, kini beransur lemah.

Ingatlah kata-kata bijak :
•Besi itu kuat, tapi api dapat meleburkannya.
• Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya.
• Air itu kuat, tapi matahari mampu mengwapkannya.
• Matahari itu kuat, tapi awan bisa menghalanginya.
• Awan itu kuat, tapi angin mampu memindahkannya.
• Angin itu kuat, tapi manusia mampu mengendalikannya dengan layar perahu.
• Manusia itu kuat, tapi dosa dan nafsu duniawi dapat melemahkannya.
• Dosa itu kuat, tapi Iman bisa mengatasinya.
Maka, yang terkuat adalah :

IMAN dan KEBAIKAN, kerana TAK AKAN HILANG SETELAH KEMATIAN …
Dan yang paling indah dalam hidup ini adalah :
– Saat kita pergi ada yang mendoakan.
– Saat kita jauh ada yang merindukan.
– Saat kita sedih ada yang menghibur.
– Saat kita bertemu ada senyum yang Indah.
Tapi yang terindah dari segalanya adalah :

Ketika Allah masih berkenan memberikan NAFAS untuk kita hidup di hari ini & boleh bersilahturrahim, walaupun tidak bertatap muka tapi bersyukurlah kerana kita masih mampu bertegur sapa……
Mari kita senantiasa BERSYUKUR kepada NYA…

Yang perlu kita ingat setiap hari…kita dengan Alam Barzakh semakin dekat hari demi hari…
Selamat menikmati hari-hari tua yang indah

poster fb

WAHAI SAHABAT

Kiriman ida Sdpb8788

KITA akan bergelar arwah .
KITA akan dikafankan .
KITA akan diusung ke liang lahad .
KITA akan dikebumikan ..
KITA akan disoal oleh Mungkar Nakir .

Ingatlah kematian ..
Pesan memesan antara kita
Saat kelalaian menyelubungi diri
Ingatkanlah aku pada Pencipta,
Saat aku asyik bermain cinta,
Ingatkan aku pada mati,
Saat leka bertapak di hati,
Ingatkan aku pada yang Maha Pengasih,
Saat aku gila menagih kasih,
Ingat kan aku tentang Rahmat,
Saat aku kecewa teramat
Imam Asy Syaafi’ie pernah berkata

Berapa banyak orang sihat yang meninggal tanpa sakit…
Dan berapa banyak orang sakit namun tetap hidup bertahun tahun..
Berapa banyak anak muda yang ketawa.. terbahak bahak ketika petang dan pagi..
Padahal kain kafan untuknya sedang dijahit dia tidak menyedarinya…
Bila kita menuju kepada Allah, maka dunia di belakang kita. Jika kita mencintai dunia maka ia akan membawa kepada kebinasaan….

🦋Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya . Tetapi , manusia tahu betapa indahnya ia .

Seperti kamu ,

Kamu tak tahu betapa indahnya dirimu , tetapi Allah maha tahu…
Kita belayar dengan iman dan keyakinan
kerana hidup adalah hukuman di atas lautan.
Bila takut hendak melangkah.
Kita tak akan berjumpa arah.
Bila bersabar menahan marah.
Kita mendapat keredhaan Allah.
Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
Segala perbuatan menjadi ibadah.
Buatlah sesuatu kerana Allah.
Segala nya akan menjadi indah.

Bila banyak berbuat salah.
Hati tak tenang resah gelisah
kami berdoa padamu ya Allah

segenap kejujuran

agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimpi-mimpi kami
akan terselamat
menemui destinasi…

Jangan mengalah terus melangkah..
Hamba yang tabah tak pernah kalah.
Kita kembali kepada ALLAH.

IN SHAA ALLAH

Kekasih sahabat pasangan ibu bapa

Cikgu mazni YPY kongsi


Org yg cinta anda dgn mata dipejam ialah kekasihOrg yg cinta anda dgn mata dibuka ialah sahabat

Org yg cinta anda dgn mata berkelipan ialah pasangan
Org yg cinta hingga anda menutup mata ialah ibu
Org yg cinta anda dgn tiada ekpresi mata ialah bapa


Ibu – Memperkenalkan anda kpd dunia.
Bapa – Memperkenalkan dunia kpd anda.


Ibu : Membawa anda kpd kehidupan.
Bapa : Membawa kehidupan kpd anda.


Ibu : Menjaga anda supaya tidak lapar.
Bapa : Membuat anda tahu makna lapar.


Ibu : Memberi anda kasih sayang.
Bapa: Memberi anda tanggungjawab.


Ibu : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
Bapa : Mengajar anda bangun bila terjatuh.


Ibu : Mengajar anda berjalan.
Bapa : Mengajar anda perjalanan hidup.


Ibu : Mengajar anda melalui pengalamannya.
Bapa : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.


Ibu : Memperkenalkan ideologi
Bapa : Memperkenalkan realiti.


Kasih Ibu diketahui semenjak anda dilahirkan.
Kasih Bapa diketahui bila anda menjadi seorang bapa.


Kasihilah akan bapa anda.
Sayangilah akan ibu anda.


Beautiful Message

Kamsaini Shared

Beautiful Message

💬 If You Are Right Then There is No Need to Get Angry …

💬 And If You Are Wrong Then You Don’t Have Any Right to Get Angry.

💬 Patience With Family is Love …..

💬 Patience With Others is Respect.

💬 Patience With Self is Confidence And Patience With GOD is Faith.

💬 Never Think Hard About The PAST , It Brings Tears…

💬 Don’t Think More About The FUTURE , It Brings Fear…

💬 Live This Moment With A Smile , It Brings Cheer.

💬 Every Test in Our Life Makes Us Bitter Or Better …..

💬 Every Problem Comes To Make Us Or Break Us !

💬 The Choice is Ours Whether We Become Victims Or Victorious.

💬 Beautiful Things Are Not Always Good But Good Things Are Always Beautiful ……

💬 ” Happiness ” Keeps You …. Sweet But Being Sweet Brings Happiness.

Reunion 

REUNION
Soalan favourite bila geng2 lama bertemu semula…

 

SKSB DARJAH2 1979

2C SDAHA 1985

2C SDAHA 1985

Champion u23 watan35 1987

LIGA PONTIAN 2000

5SC4 1988

USA 1990

Umur 30+
“Anak brapa orang bro?”

Umur 40+ :
“Bini ada brapa orang?”

Umur 50+ :
“Cucu hang dah brapa orang?”

Umur 60+ :
“Geng kita yg dah tak dak brapa orang?”

Umur 70+ :
“Geng kita yg ada lagi tinggai brapa orang?”

Umur 75+ :
“Laaa… Hang ada lg..”

Umur 80+ :
“Hang sapa ?” 😁

 

sapa2 nak tgok gambar masa dia skolah dulu buleh tgok di sini. semua skolah seluruh dunia ada dlm ni. cuma masukkan detail sekolah, nama kita dan tahun kita skolah situ.

cer try tgok……heran tul la camna dia org ni bleh dpt gambar2 lama kita semasa d zaman persekolahan dulu…..
Inilah kehebatan dunia IT. Klik sini

teringat secret admirer, boyfren girlfren taip aje nama dia

Nasihat Alibaba

kiriman rosalin utk anak anaknya

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..  Wilson Jack Ma

Pengasas Alibaba

Jack Ma berkata:
“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

  1. Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.
  2. Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
  3. Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.
  4. Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
  5. Bila smartphone guna 4G(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.
  6. Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah…

Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”
Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.

Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

  1. Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.
  2. Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.
  3. Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*.
  4. Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.
  5. Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*.
  6. Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*.
  7. Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*.
  8. Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.
  9. Kalau kamu habiskan *masa dengan keluarga*, kamu akan mewujudkan *kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi*.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.

Baik ke aku ni..! Kau macam mana.. !!

Kiriman Mama Lin ANR Family
SAHABATKU YANG TERSAYANG..

KENAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?

Kerana Orang Baik Selalu Mendahulukan Orang Lain. Itulah Baginya Kebahagiaan.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?

Kerana Orang Baik Selalu Memandang Orang Lain Tulus Seperti Dirinya.Tak Pandai Berprasangka Buruk. Dia Percaya Orang Takkan Tergamak Menganiayanya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DI HINA?

Kerana Orang Baik Tak Pernah DiBeri Kesempatan Membela Dirinya. Ia Hanya Menerima, Miski Bukan ia Yang Memulai Perkara.

KENAPA ORANG BAIK SERING MENANGIS?

Kerana Orang Baik Tidak Ingin Membuat Orang Lain Juga Dalam Kesedihan. Dia Dah Biasa Mengubati Sendiri Lukanya, Dan Percaya Bahawa Suatu Masa Allah Akan Mengganti Kesedihannya Jadi Kebahagiaan.

TAPI,

KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?

Kerana Orang Baik Selalu Memandang Bahawa Di Atas Semua Itu,Allah lah Yang Menyimpan Rahsia Terbaik Untuknya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DIAM BILA DIPERSALAHKAN?

Kerana Orang Baik Tidak Mahu Berhujah Dan Berdebat Dengan Orang Yang Sememangnya Berniat Untuk Menyalahkannya Dan Sebetulnya Dia Tahu Orang Yang Mengajaknya Berhujah Adalah Orang Yang Mahu Menang.

Wahai Saudaraku…

Menjadi Orang Baik Tidak Menjanjikan Kalian Sentiasa Baik-Baik Tapi Menjadi Orang Baik Sentiasa Di Pandang Allah Dan Allah Sentiasa Memberikan Syurga Dunia Padamu Iaitu Sebuah Ketenangan Di Sudut Hatimu.

Allahuakhbar…