Mentalunyai

MiM golfer UTM hantar

otak-manusia

UBAT STRESS HARI INI:

Ada seorang pesakit mental berenang dan tiba2 lemas di swimming pool. Kebetulan Ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat2 berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu. Keesokan hari nya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: saya ada berita baik dan buruk untuk awak.
Pesakit Mental: apa dia?

Warden: pertama tahniah kerana menyelamatkan rakan anda Dari lemas. Anda akan di berikan medal keberanian kerana usaha anda itu.
Pesakit mental: terima kasih

Warden: berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan menggantungkan dirinya semalam dibiliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam…
Pesakit mental: oh taaakkk. Bukan macam tu. Semalam lepas saya keluar kan dia dari swimming pool tu, dia basah kuyup, saya gantung dia supaya cepat kering..

10603043_10203782401092843_2090600987_n

Lawak Gajah

Kiriman Hisham SDPB

lawak petang…
#Kisah seorang murid pintar#
Dlm sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya

Guru: murid2…binatang apa yg bermula dr huruf ‘G’?
Dgn pantas seorg murid berdiri dan menjawab…Gajah cikgu…lalu dia dipuji oleh cikgu.

Guru: soalan seterusnya..binatang apa yg bermula dgn huruf ‘D’?
Semua murid diam………lalu murid td berdiri dan menjawab…” Dua gajah cikgu”….murid2 lain mula ketawa…cikgu mulai marah..

Guru: awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya…binatang apa yg bermula dgn huruf ‘M’?

Semua murid diam…….lalu bdk td jawab lgi….”Mungkin gajah”…..

Guru: awak keluar dan berdiri di pintu…….…
Soalan terakhir…binatang apa yg bermula dgn huruf ‘J’ ?

Semua murid2 diam…guru menunggu murid menjawab tp semua hanya diam….lalu murid tadi menjawab……” Jangan jangan gajah”….

Comel 

20140714-182603-66363450.jpg

Kisah penumpang tua di lebuhraya

Kiriman Suhaimi watan

orang tuaAwas, jika ada org tua nk tumpang kita!

Kejadian di l/raya PLUS sewaktu si Ikhzal (bkn nama sebenar) dlm perjalanan menaiki kereta utk pulang ke KL drpd JB melalui l/raya PLUS, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka dtglah kpdnya seorg tua yg berpakaian agak compang lalu menegurnya,

“Anak nak ke mana?”.
Si Ikhzal menjwb ringkas, “KL”

Org tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” & dijawab oleh si Ikhzal tadi “Ehm… bolehlah”. Lantas org tua itu msk & duduk di dlm keretanya. Dlm hati si Ikhzal berkata, “Hai, siapalah org tua nii, org ke atau…” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, org tua tadi bertanya,
“Anak nak kaya tak?” Si Ikhzal tersentak & berkata dlm hati,

“Dah buat dah org tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Org tua ni nak bagi aku nombor kot.  Atau nak menguji aku?”
Si Ikhzal pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”
Org tua tu tak bertanya lagi. Dlm hati si Ikhzal berkata mungkin jwpnnya adalah yg terbaik takut2 itu hanya ujian drpd org tua tadi.

Kemudian org tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”
Si Ikhzal jwb serupa yg tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.
Sampai di Pagoh, org tua itu minta diturunkan lalu berkata,
“Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin KAYA cap Yeo’s utk anak sebagai tanda t kasih kerana tumpangkan pakcik. T kasih, ya nak.” lalu org tua tu turun dari kereta.

Si Ikhzal tersipu2 malu lalu menjwb, “T kasih pakcik!”

Kih Kih Kih…

Batal puasa

Kiriman Yambi watan

image

Antara perkara yang boleh membatalkan puasa

MELUDAH
Meludah boleh membatalkan puasa jika air ludah itu jatuh di atas sepinggan mee goreng. lantas anda membersihkannya menggunakan lidah.

MENJERIT
Menjerit juga boleh membatalkan puasa sekiranya jeritan itu bertujuan untuk memesan sepinggan mee bandung lantas anda makan mee bandung itu ketika berpuasa sambil menikmati segelas air tebu.

MEMBERUS GIGI
Memberus gigi boleh membatalkan puasa sekiranya anda memberus gigi selepas gelincir matahari (selepas pukul 12:00 tengah hari) sambil berkumur dengan air sirap bandung sehingga habis dua gelas.

BERLARI
Berlari juga boleh membatalkan puasa sekiranya anda berlari sambil minum air kotak perisa Mango. Selain itu berlari sambil minum air kotak perisa coklat juga boleh membatalkan puasa.

MENGURAT
Mengurat juga boleh membatalkan puasa apabila anda mengurat seorang gadis cantik sambil mengorek hidung,  kerana menyangka telah masuk waktu berbuka.

Kod etika Bolasepak piala dunia

Kamsaini mengingatkan peminat ; Pesanan para isteri kepada suami sempena World Cup 2014.

Abang, saya ambil maklum atas syarat-syarat abang kenakan sepanjang bulan Jun dan Julai sempena Piala Dunia. Berikut pula adalah terma dan syarat dari saya :-

1. Abang nak tengok bola silakan. Tapi tolong jangan nak emosional kalau pasukan abang kalah. Profesional sikit, dorang bukan kenal abang pun so jangan nak ye ye sangat.

2. Oleh sebab game pada tengah malam, konsep self-service digunapakai di dapur. Saya nak tido.

3. Nak tengok bola takde masalah. Tp tolong senyap sikit bila gol ke, tak gol ke. Abang bukan kat stadium. Anak terjaga, abang yang gol nanti.

4. Nak tengok bola tengok betul-betul. Pastikan bukan TV yang tengok abang. image 5. Tolong sediakan kotak tisu semasa dan selepas perlawanan. Jangan nak pinjam bahu saya bila pasukan abang kalah.

6. Gunakan ashtray yang betul. Sebarang kesan abu rokok amat mengecewakan.

7. Jangan asyik nak MC dan EL je. Berani buat, beranilah tanggung jadi zombie kat pejabat. 8. Akhir sekali dan yang paling penting. Bola bola jugak. Malam jumaat jangan lupa. Sebelum tengok pasukan abang score, why not abang score dulu? Namun, sebarang gol awal amatlah mengecewakan pasukan lawan. Sekian. Ikhlas dari, Isteri Piala dan Syurga Dunia abangwpid-wp-1403161045937.jpeg

Wabak Terbaru

Kiriman tuan dr. Rahim

Info oleh JABATAN KESIHATAN MALAYSIA.

Seorang remaja berusia lingkungan 20an telah melapor sakit di Hospital sultanah bahiyah, alor setar, kedah pada awal pagi tadi. Setelah membuat pemeriksaan, remaja tersebut telah dijangkati wabak yg dikenali sebagai DB1D. Antara tanda² terkena wabak ini seperti:-

1.MATA MERAH DAN BERAIR
2.KEPALA RASA BERAT
3.SUHU BADAN TAK NORMAL
4.HILANG SELERA MAKAN
5.BADAN RASA LESU
6.KULIT KERING
7.TEKAK RASA KERING

Dimaklumkan kpd semua warga Malaysia, Jabatan Kesihatan telah membuat pemeriksan kesihatan di kawasan bandaraya alor setar, Kedah dan didapati 10 kanak², 40 remaja, 30 dewasa dan 10 warga tua yg dijangkati wabak tersebut dan semua pesakit diletakan di wad khas di Hospital sultanah bahiyah. Jabatan Kesihatan turut mengambil air liur pesakit sebagai sempel ujikaji. Dengan kajian tersebut, Jabatan Kesihatan mendapati wabak tersebut sangat bahaya dan boleh membahayakan nyawa. Wabak ini dikenali DB1D dengan kata penuh
D-demam B-bola 1-satu D-dunia. Jabatan Kesihatan menggalakkan semua warga Malaysia menonton 64 perlawanan Piala Dunia tersebut sebagai penawar wabak DB1D.

Aduyai  kena lagii aku..😆😆😆😆😆

Bapa Mertua Yang Sabar

Kiriman hj hassan golfer utm P/S:JANGAN GELAK SAMPAI TERKENCING APABILA ANDA BACA ツ Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni. So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. ada telo rebus! apelagi….. aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn. Buke je pintu rmh, bini aku ckp “abg, ada ‘surprise’..” smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan ‘surprise’ bini. Aku pn tahan je le dulu.. Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi. Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das! PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!’ Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong.. ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku pn tanya la bpk mertua aku, ‘dah lama ke bapak smpai?’ Slamber je bpk mertua aku jwb ‘”dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!”

aku perhati je perangai kau

aku perhati je perangai kau

Baca yg ini bole hilang stress!!!!  Scrol blk ke ats dan bc lg utk gelak lg.. hahahahaha. Sme sebarkn untk hlang stress kwn2. Hahahaha

Kemalangan mengerikan semua

Kiriman Fadilah SDPB

Karangan budak darjah 4 dari sek keb… bertajuk: “Kemalangan ngeri yg pernah saya lihat” Copy paste dr kiriman rakan guru Very funny n enjoy to read ……….

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya pengsan. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke 8 kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu pengsan.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya pengsan.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan pengsan. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan pengsan juga.

 

20140124-075043.jpg

saya tukar beberapa perkataan yang lebih ringan timbangannya

 

Resipi lesong batu

Kiriman hj wan golfer utm

Seorang Motivator berkata:

“Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku.”

Hadirin terkejut dan terpaku.. Beliau kemudian menambah,

“Dia adalah ibuku.”

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah.

Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

“Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku.”

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator.

Ketika matanya terbuka, dia tersedar dirinya terbaring di katil hospital, pengsan akibat dihentak dengan batu lesung..

Moral of the story:

image

Don’t copy, if you can’t paste.
photo credit yat sdpb

20140502-200101.jpg

Bila BOSS Mood Baik

Kiriman m LAH pertisas

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.

Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

[+]Mula,seorang kerani biasa.
Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

[+]Kemudian, datang pula seorang supervisor.
Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

[+]Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati…Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

10153939_338875169600652_1473721453_n

sometimes

[+]Tiba pula giliran Mat Peon
Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!!