WARKAH GURUBESAR KEPADA IBU BAPA

nota kiriman cikgu dan murid lama sekolah itu;

Ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.
Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik. Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu,

  1. adalah seorang *artis,* yang tak perlu memahami matematik.
  2. Ada juga yang *berjiwa usahawan*, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.
  3. Ada juga berkemungkinan *ahli muzik*, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.
  4. Ada *ahli sukan*, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah.
Namun jika tidak..

  1. tolonglah *jangan rampas keyakinan & maruah* diri mereka.
  2. Katakan pada mereka, *tak mengapa*, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup.
  3. Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, *anda tetap sayangkan mereka*, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini & setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia.
Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.
Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,

Guru Besar
★★★★★★★★★★★
Semoga ALLAH sentiasa permudahkan urusan anak-anak kita utk mengadapi periksaan. Aamiin.

 

nota:
**** SETELAH USAHA DAN IKHTIAR **** (nota ini saya tambah)

img_2762

Roti Hangit

Usop Sadimon Kirim – 5sc4

Seorang anak menceritakan:

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: “Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit.”

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

“Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.

Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.

Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
Selamat bertugas 😊

AllahuAkbar

husin ismail 5sc4 sdpb 8788 kongsikan

Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu. 

Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.

Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.

Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain…
Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata. 
Inilah manusia… Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang “Hamba”.
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik. 
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.

Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 
Ingatlah…

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan…

Kuiz Ayah & Ibu

klik, jawab, kira share soalan utk ayah ibu

IMG_0866

image

koleksi Poster FBN 2015

Peringatan mesra kpd saya dan anda juga

Kiriman kamsaini

💥KPD YG MASIH MUDA BUKAN TERLALU AWAL MEMBACA PESANAN PROF INI.  
PADA YG 50, 50++, DKT2 50

S U D A H M E L E B I H I ?
S E D A N G M E N G H A M P I R I ?
M A S I H J A U H L A G I ?

Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG
Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI
Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN
BERLAPANG DADALAH
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

lawak neghori

kiriman Hisham SDPB

 

Mak :tolong ambik gulo tu..
Anak : kek mano??
Mak : dapur tu la.. ateh gobok, dlm bokeh warno koko tu..
Anak : bokeh warno koko ado, tapi tulih gagham..
Mak : mak sajo tulih gagham, tak boghi somut ughong..
Anak : laa..
😂😂😂😂

1415698_10201634105066785_1008869259_n

 

Sambongan eh:
Anak: apo mak cakap kuek2 td…
Mak: kenapo pulak…
Anak: Somut dah tau dah, dio dongar omak cakap td…
Mak: Laaa iyo ko?

TUA & HARTA

Kiriman Hisham – SDPB

Assalamualaikum..
“RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA”

  1. Sisa hίdυρ semakin pendek:
    » yg boleh kita makan, makanlah;
    » yg boleh kita pakai, pakailah;
    » yg Ingin kita beli, belilah;
    » kalau masih mampu memberi, berilah;
    » masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

  1. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil ‘pergi’.

  2. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

  3. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
    Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

  4. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan — semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
    Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
    Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada…
    dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
    Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

  5. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
    Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
    Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
    tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar…
    Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
    Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

  6. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas…  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 🙂

http://youtu.be/zflvfFZxIWQ

TUA & USIA

Kiriman cikgu Roslani – SDPB

[Blog]LencanaSekolah

Panduan utk mereka yg dah tua & yg tak perasan dah tua … :D:D:D                        Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! – By canang

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan.

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

  1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

  1. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

  1. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

  1. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

  1. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

  1. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

  1. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

  1. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

  1. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

  2. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

  3. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

  4. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

  5. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

  1. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

  1. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

  1. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

  2. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

  3. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

  1. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

  1. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  1. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

  2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

  3. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

  4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

  1. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis.

UniMAP.svg