Pilihan ucapan

Kiriman Sunhaji SDPB

Dn’t say “0k”
Say “In Shaa Allah”

Don’t say “wow”
Say “SubhanAllah”

Don’t say “great”
Say “Masha Allah”

Don’t say “I am fine”
Say “Allahamdulillah”

Don’t say “Thanks”
Say “Jazakallahu Khair”

Don’t say “Take care bye”
Say “Fee Amanillah”

Don’t say “Hello”
Say “Assalamu alaikum Warahmatullah”

don’t delete the msg pls frwd to all muslims. .

Koleksi kad ucapan media sosial https://goo.gl/photos/6h6jUUg1rX25J8e77

SOBA

Kiriman miswan – team HEMA

TRUE STORY…

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi…?Siapakah yg membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah … adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering…
Nama Telaga itu Bi’ru Rummah         ( telaga pemanah )
Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn harga yg sgt mahal..
.Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut…
Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar…SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu… yahudi pun setuju … bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA… Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan…
Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan islam air percuma… jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli …
akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi…
Soba beli dgn 20,000 dinar …
kemudian dia waqafkan kpd org Islam… kemudian ada seorg sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA… SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar….?
Hartawan menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yg dibeli SOBA.
SOBA Madih x setuju.
Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya.
Maka SOBA menjawab ‘ALLAH’
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma…
Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat…
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank
atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.Duit itu akuirnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang… hasilnya nanti dibahagi kpd
dua … separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA … yg anehmya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya… inilah kelebihan Sedekah … oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyenarkan kisah ini dalam group dan fb anda… InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم….

  • DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
    Alor Setar

wpid-IMG-20131011-WA0002.jpg

 

Sakit

Kiriman Hisham SDPB

PERKONGSIAN PAGI INI. HIKMAHNYA SAKIT.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian pagi ini bermunafa’at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar…

GADIS MENANGIS SEDIH

Kiriman k cik – ypy

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan dua anak.

Satu malam, bekalan elektrik terputus. Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin.

Tiba-tiba ada yang mengetuk pintu…

Ternyata seorang anak miskin yang di sebelah rumahnya! Anak itu bertanya dengan risau,

“Kakak, ada lilin tak?”

Gadis itu berfikir, “JANGAN PINJAMKAN” nanti jadi satu kebiasaan untuk terus-terusan meminta.

Maka si gadis menjawab, “TIDAK ADA!”

Lalu si anak miskin berkata riang,

“Saya sudah agak kakak tak ada lilin, ini ada dua lilin saya bawakan untuk kakak. Kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tak ada lilin.”

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat….

Jauhi menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN atau TIDAK MAMPU.

Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yang kita PUNYA, tetapi seberapa banyak yang kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU.

Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA.

Jangan pandang sebelah mata

BELAJAR MENDENGAR DENGAN MATA DAN MELIHAT DENGAN HATI

BERSANGKA BAIK PELAJARAN YANG DIUTAMAKAN

Negatif kpd positif

Kiriman Hanafiah SDPB

Positive

Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~( dari seorang kawan FB ku)

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

“Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

“Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?”

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah”.

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

“Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa’at

Hari Raya AidilFitri – ibadah

Kiriman a manaf muslimin – info surau mutiara aula

17 ADAB MENYAMBUT EIDULFITRI

1.Takbir raya bermula maghrib 1 Syawal sehingga Solat Sunat Eidulfitri

2.Mencukupkan keperluan fakir miskin

3.Banyak berdoa kerana malam raya diantara waktu mustajab doa

4.Mandi sunat Eidulfitri

5.Memakai pakaian yang bagus dan berwangi-wangian bagi lelaki

6.Makan dahulu sebelum ke tempat Solat Sunat Eidulfitri(Sunat makan kurma 7 biji sebelum makan,makanan yang lain)

7.Melalui jalan yang berlainan sewaktu pergi dan balik dari tempat solat

8.Wajib membayar zakat fitrah sebelum Solat Sunat Eidulfitri

9.Mengajak kaum wanita ke tempat solat termasuk wanita yang haid untuk mendengar khutbah Eidulfitri

10.Solat Sunat Eidulfitri&mendengar khutbah di kawasan lapang

11.Ziarah menziarahi orang yang masih hidup(tidak digalakkan ziarah kubur pada 1 Syawal kerana hari raya disuruh gembira bukan bersedih)

12.Mengucapkan selamat Hari Raya dengan lafaz doa “Taqobballahuminni waminka”yang bermaksud “Moga Allah menerima amal saya&amal kamu”

13.Menyambut Eidulfitri penuh kesyukuran bukan dengan hiburan,maksiat & pergaulan bebas bukan mahram

14.Digalakkan bersedekah di Hari Raya seperti tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak

15.Tidak membazir dan boros di dalam berbelanja

16.Puasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawal(aulanya mula dari Syawal ke2-7)

17.Terus Istiqomah hasil tarbiah dari Madrasah Ramadhon dengan meneruskan amal ibadah wajib dan sunat seperti puasa sunat,solat sunat,beriktikaf di masjid,Qiamullail,menuntut ilmu,bersedekah,membaca Al Quran,berzikir dan sebagainya..
Ustaz Hj Muhaizan
PPPD jQAF Kluang

Kiriman zainudin hj alias – info surau mutiara aula
Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh
👆 bukan raya je.. sepanjang masa.. 👍👍

Kurma terbaik

Kiriman Ewan watan

Sekadar perkongsian ilmu.

grafik FBN

grafik FBN

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sendiri pun baru tahu…

Jadi…

Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu….

Allahua’lam…

20140704-173521-63321325.jpg

Batal puasa

Kiriman Yambi watan

image

Antara perkara yang boleh membatalkan puasa

MELUDAH
Meludah boleh membatalkan puasa jika air ludah itu jatuh di atas sepinggan mee goreng. lantas anda membersihkannya menggunakan lidah.

MENJERIT
Menjerit juga boleh membatalkan puasa sekiranya jeritan itu bertujuan untuk memesan sepinggan mee bandung lantas anda makan mee bandung itu ketika berpuasa sambil menikmati segelas air tebu.

MEMBERUS GIGI
Memberus gigi boleh membatalkan puasa sekiranya anda memberus gigi selepas gelincir matahari (selepas pukul 12:00 tengah hari) sambil berkumur dengan air sirap bandung sehingga habis dua gelas.

BERLARI
Berlari juga boleh membatalkan puasa sekiranya anda berlari sambil minum air kotak perisa Mango. Selain itu berlari sambil minum air kotak perisa coklat juga boleh membatalkan puasa.

MENGURAT
Mengurat juga boleh membatalkan puasa apabila anda mengurat seorang gadis cantik sambil mengorek hidung,  kerana menyangka telah masuk waktu berbuka.

Jutawan tawaduk

Kiriman Hisham SDPB

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB…

berniaga

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln…
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10…

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
“Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln…
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapakan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
Tenung mata & baca “ayat ayat pengasih”..
Hehehe…

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

change

* Catatan ini tulisan
Dato’ Roslan Ab Hamid…