Al fatihah

Nak forward cerita ini, moga ada iktibarnya: drpd hisham

SEDEKAH ALFATIHAH
image

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian ‘patah riuk’ jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

1616374_10202306181588278_1964268261_n
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

#share
Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin…

SALAM MAULIDUR RASUL

1533137_10202241675295661_1815781539_n

Kiriman Hisham smkdpb
Tazkirah versi jawa.
Assalamualaikum sedhulurku wong Islam . Alhamdulillah sokor kito dhadhi wong beriman seko cilik sampe sa i ki. Ontong temen yo seng nggawe apik apik wae nang dunio iki. Entok poholo. Seng nggawe orak karuan nyusah ee wong lain taubat yo. Ojo kepenak wae mengko nek wes ninggal melebu neroko. Orak ono wong lain seng keno bateri . Nek kito ninggal, kabeh kito tinggal le nang dunio iki. Ngomah gedi, duit akeh , kereto larang orak keno kito nggowo areng kobor. Seng nggawe kancan ne kito, amal poholo ne wae karo duo anak soleh ,sedekah jariah , ilmu berguno. Kito ejek orep ki nggawe lah sak akeh akeh ee amal poholo. Ojo nggawe duso amban dhino yo. Taubat karo istighfar akeh akeh . Insya Allah kito selamet dunio akhirat. Ameen..

Kiriman – cikgu mislin
Tazkirah Pengubat Hati buat renungan kita bersama.,:

Sebatang pokok dpt membuat jutaan btg mancis tetapi 1 btg mancis juga dpt membakar jutaan pokok..

Jadi, 1 fikiran negatif dpt membakar semua fikiran positif..
Mancis mempunyai kepala tetapi tidak mempunyai otak..
Oleh itu, setiap kali ada gesekan kecil, mancis akan terus terbakar..

Kita mempunyai kepala & juga otak..
Jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil..
Ketika burung hidup, ia mkn ulat..
Ketika burung mati, ulat pula mkn burung..

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku..
Jgn merendahkan siapapun dlmhidup..
Bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita..

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ADA yg lebih berkuasa drpd kita..
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa byk teman di sekeliling kita..
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sgt penting, jauh melebihi HARTA..

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih byk perkara yg belum kita kerjakan & setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu byk waktu yg terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan..

Hidup tidaklah lama..
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA..
Saling menghargai, saling membantu & memberi, juga saling menyokong..

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal & syarat sbb semuanya telah tertulis sebelum ianya terjadi seperti yg di ingat oleh Pencipta kita dan surah Al-Hadid ayat 22-24..

Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai…

1608666_10202193593493646_1144370493_n

“Manusia ini ibarat seperti 1 botol..
Botol yg sama..
1. kalau di isi air mineral,harganya RM1++
2. kalau di isi jus, harganya jadi RM 8++
3. kalau di isi Madu yaman, akan jd RM200++
4. kalau di isi minyak wangi, akan jd RM1000..
5. kalau di isi air longkang, ianya akan di buang dlm tong sampah kerana langsung xde harga & takda siapa yg suka..

Botol yg sama tapi harganya berbeza sb isi dalam nya berharga..
Manusia semua sama..
Yg membezakannya adalah iman & amal dlm dirinya yg akan menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH & lalu di buang ke dlm neraka..

Wallahuálam…

Kiriman – cikgu hanafiah
YANG SUDAH TU SUDAH…

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkn kesan negatif dlm diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 ‘share’..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar…dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka”..
“Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana”..
“Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit”..
“Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana.”..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah…
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

1558818_10202236220279289_1441586198_n

Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kite…bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjarannya.. Amiin..

Allahumma Aamiin..
#copypastetiadaniatlain#

nasihat cikgu mala

Hai oak akhirnya ko mcl jg dr petapaan
Berkongsi kegembiraan tu tak salah malah dtuntut asal jgn niat kt utk riak.

Kt kena ubah minda lama kt yg membuatkan org  kt mundur
Selalu negatif dgn kejayaan org lain, malu atas perkara yg baik, cuba jdikan ia motivasi utk diri pasti kt jadi manusia positif.
Ini pdgn pribadi sbb sy bangga jika kwn2 @ anak kwn2 berjaya, andai ada yg x berjaya dlm pljrn mkin b’jya dlm bdg lain atu sbgi manusia kan.

media group belia watan & group ting 6 smkdpb

7 sunnah – kiriman hisham

Very nicely written 

Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1543334_10202242583958377_217311977_n

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

al kauthar

pahala isteri

hari raya korban

alhamdulillah

awak ada 1 jam lagi

Posted from WordPress for Android

Bacaan DOA – Ayujuhana sdpb

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Hari Khamis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posted from WordPress for Android

Selamat Hari raya qurban

Kiriman cikgu mislin telok kerang
SEKADAR RENUNGAN

Untuk Renungan Kita sebelum menyambut Idul Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separh umur sedang memperhatikan jualan kami,

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan”
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
“Harga paling diskaunnya berapa?”
“RM250 bolehlah kak”. harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak…”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah… Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa”. Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak.”

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya….

Ya Allah…Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!” panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung”

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya….

Semoga Allah menginsafkan kita…

kiriman Hisham

kiriman Hisham

gotong royong di Kg Sg Bunyi – Hari raya korban 2013 (keluarga Ali, Nandong, Bangladesh)

15 Oktober 2013, Masjid Kg Sg Bunyi.

Posted from WordPress for Android

Malam pertama – kiriman rosalin

image

Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama didunia iaitu selepas kita bernikah.. pesanan untuk kita semua. Nasihat Kubur: 
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR’AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7).  Maka peringatan untuk diriku dan sahabatku persiapkanlah diri kita dengan amal dan semoga kita dikalangan hamba yang berjaya mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH” di penhujung nafas nyawa terakhir kita..

Posted from WordPress for Android

PAHALA BUAT SEORANG ISTeRI

Tazkirah pagi. – kiriman cikgu Mislin

  1. “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  2. “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  3. “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  4. “Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  5. “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  6. “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  7. “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!

Posted from WordPress for Android