Sekarang no 1 – tangkis watan

Sukan ini merupakan sukan yang kedua popularnya dikalangan penduduk kampung sg bunyi. Wak haji Abdu antara penduduk yang paling aktif bergiat dalam permainan ini. Pertengahan tahun 80an permainan ini dimainkan dihadapan rumah rumah yang memiliki halaman yang luas. dengan menggunakan batang buluh sebagai garisan pon jadi. Berbanding dengan bolasepak, penggiat sukan ini mempunyai bilangan pemain yang jumlahnya lebih kecil berbanding dengan pemain bolasepak.
Faktor kemudahan, kemahiran dan kos peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang lebih berbanding bolasepak menyebabkan penduduk kampung pada masa itu lebih meminati permainan bolasepak. Namun begitu kita tidak meminggirkan golongan minoriti ini, mereka juga di utamakan hingga terbinanya sebuah DSG yang boleh on 24 jam.

Armadi bin Ahmad

pasukan bola Kg Sungai Bunyi – watan 35

  1. Tambahan nilai modal insan. Pasukan bolasepak yang tersohor dizamannya dalam daerahnya saja. boleh tahan lah, boleh cari makan juga, banyak juga pemain pemain yang ditawarkan pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan disebabkan bakat yang hebat dalam permainan bolasepak.

  2. Lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Pemain pemain bolasepak kampung ini diberikan pilihan yang cukup selesa iaitu sama ada mahu main bola atau menyokong team bola. Tidak menjadi masalah kepada mereka yang tidak terpilih dalam skuad bolasepak itu. mereka yang tidak tersenarai menjadi penyokong setia pasukan yang boleh juga menyumbangkan sesuatu sama ada sokongan moral atau meterial.

  3. pencapaian pasukan ini sangat membanggakan penduduk kampungnya. Hasilnya mereka memiliki satu perasaan harga diri yang tinggi dan bangga menjadi penyokong pasukan ini.

  4. kalau ada nak berikan maklumbalas, saya jemput….. cuma perbincangan sehingga cakerawala…. tak mampu aku nak nolong…

armadi bin ahmad