Sejarah Bersokan Zaman Persekolahan 1978 -1990

Untuk rujukan anak cucu dan sedara mara – Jangan cakap atok tak share..!!

  • 1990 6 atas Mawar – Ketua Darjah, wakil sdpb 4×100 m – no2 MSSD
  • 1989 6 bawah sdpb – pelajar pra-u, Bendahari rumah merah (panglima), Pemain Hoki sdpb – Juara Sekolah Sekolah Johor – no3
  • 1988 5sc4 – Ketua Pasukan Bolasepak SDPB ke MSSD & MSSJ (b18) – Johan MSSD
  • 1987 4sc4 – Pemain Bolasepak SDPB (b18) – N.Johan MSSD, watan 35 – Johan B23 Pontian
  • 1986 3c – Pemain Bolasepak SDAHA (b15) N.Johan MSSD
  • 1985 2c – murid biasa takde ape
  • 1984 1d – form one ikut aje
  • 1983 Darjah 6 – Ketua Darjah SKSB – Pemain Bolasepak Johan Zon Selatan, Timor N Johan MSSD b12.
  • 1982 Darjah 5 – Pemain Bolasepak  Johan Zon Selatan Timor
  • 1981 Darjah 4 – Pemain Simpanan Pasukan SKSB

strategi berpasukan – bolasepak

tugasan kerja

tugasan kerja

1) Strategi Menyerang
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Menghasilkan gol
c) Kaedah latihan menggunakan simulasi dan perlawanan-perlawanan percubaan.
d) Analisis kekuatan diri pasukan contohnya pasukan UTM mempunyai peyerang yang berkaliber iaitu akan menggunakan peluang yang dapat untuk menjaringkan gol. Jadi latihan yang ditumpukan hanyalah untuk menajamkan lagi keupayaan penyerang itu menggunakan peluang. Formasi latihan 4 lawan 4, 2 lawan 2 akan menjadikan penyerang itu dilatih secara khusus dan bertubi-tubi untuk meningkatkan kemahiran menjaringkan gol.
e) Sekiranya kekuatan pasukan UTM mempunyai barisan pemain pertengahan yang mampu menghasilkan gol. Keadaan ini akan menjadi kelebihan kepada pasukan sebab jentera serangan pasukan UTM adalah lebih ramai iaitu 2 penyerang dan 4 pemain pertengahan yang boleh menjaringkan gol juga.
f) Saiz yang baik juga berfungsi untuk keadaan-keadaan tertentu contohnya saiz yang tinggi boleh digunakan untuk menerima hantaran bola tinggi seperti dalam situasi sepakan penjuru, lontaran bola kedalam hantaran silang dari tepi padang. Penyerang atau pemain yang tinggi adalah mempunyai kelebihan untuk mejaringkan gol berbanding pemain yang rendah secara fizikal dalam situasi bola di udara. Manakala bola diatas padang peluang yang dimiliki adalah sama brgantung kepada kelincahan dan ketangkasan penyerang berkenaan.

2) Strategi Bertahan
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Mempertahankan gol dari dibolosi lawan
c) Prinsip pertahanan ialah bertentangan dengan prinsip menyerang. Situasi latihan boleh digabungkan dalam sesi latihan bersama pemain penyerang. Pemain pertahanan akan diuji sesama sendiri dalam latihan-latihan yang diaturkan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
d) Pemain pertahanan biasanya dikaitkan dengan saiznya yang lebih gagah berbanding posisi lain
e) Kekuatan fizikal dan kebijaksanaan menjagka tipu helah pasukan lawan adalah cirri-ciri penting seorang pertahanan yang baik.

3) Strategi Khusus
a) Kebijaksanaan percaturan jurulatih pasukan dan pemain-pemain sendiri
b) Objektif – mempelbagai peuang dan menyelamatkan keadaan
c) Kaedah Formasi pasukan contoh 4:3:3, 4:4:2, atau 3:5:2 boleh diaplikasikan berdasarkan kekuatan pasukan lawan. Pemilihan `set piece’ yang sesuai bergantung kepada situasi permainan seperti sepakan percuma, sepakan sudut, kaedah serang balas, lontaran bola ke dalam adalah contoh yang boleh dibuat dalam sesi latihan. Latihan yang bertubi-tubi akan memastikan kemahiran strategi ini dapat diterjemahkan dalam permainan yang sebenar.
d) Kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang bolasepak dapat membantu seseorang pemain menggunakan advantage dari kelemahan undang-undang itu. Contohnya undang-undang ofsaid, undang-undang ini boleh dimanipulasikan menjadi strategi kepada pasukan untuk menyerang pasukan lawan.
e) Peraturan am kejohanan yang menetapkan format tertentu pertandingan dijalankan. Selalunya peraturan ini mempunyai ruang kelemahan yang mendorong pasukan bertanding dapat menentukan siapakah pasukan lawannya dipusingan seterusnya. Kelemahan peraturan pertandingan ini perlu dianggap sebagai peluang kepada pasukan untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagai mana pun keadaan ini jarang-jarang berlaku dan hanya pegawai pasukan dan sebahagian kecil pemain sahaja yang berminat menggunakan kelemahan ini sebagai peluang.

gear sinergy

1991-2012 remaja masuk veteran

Add a description With Zulhazmi Musa, Azri Phin, Abu Hurairah Ahmad, Mohd Rabiie, Mohamad Helmi Abdan, Din Shah, Shaikh Azhar Shaikh Ahmad, Zulfatah Dzulkarnain and Masnawi Miskam at Stadium UUM.

Like · · Stop Notifications · Share · Edit

pasukan bola Kg Sungai Bunyi – watan 35

  1. Tambahan nilai modal insan. Pasukan bolasepak yang tersohor dizamannya dalam daerahnya saja. boleh tahan lah, boleh cari makan juga, banyak juga pemain pemain yang ditawarkan pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan disebabkan bakat yang hebat dalam permainan bolasepak.

  2. Lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Pemain pemain bolasepak kampung ini diberikan pilihan yang cukup selesa iaitu sama ada mahu main bola atau menyokong team bola. Tidak menjadi masalah kepada mereka yang tidak terpilih dalam skuad bolasepak itu. mereka yang tidak tersenarai menjadi penyokong setia pasukan yang boleh juga menyumbangkan sesuatu sama ada sokongan moral atau meterial.

  3. pencapaian pasukan ini sangat membanggakan penduduk kampungnya. Hasilnya mereka memiliki satu perasaan harga diri yang tinggi dan bangga menjadi penyokong pasukan ini.

  4. kalau ada nak berikan maklumbalas, saya jemput….. cuma perbincangan sehingga cakerawala…. tak mampu aku nak nolong…

armadi bin ahmad