Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.
Tag Archives: fairplay
strategi berpasukan – bolasepak
1) Strategi Menyerang
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Menghasilkan gol
c) Kaedah latihan menggunakan simulasi dan perlawanan-perlawanan percubaan.
d) Analisis kekuatan diri pasukan contohnya pasukan UTM mempunyai peyerang yang berkaliber iaitu akan menggunakan peluang yang dapat untuk menjaringkan gol. Jadi latihan yang ditumpukan hanyalah untuk menajamkan lagi keupayaan penyerang itu menggunakan peluang. Formasi latihan 4 lawan 4, 2 lawan 2 akan menjadikan penyerang itu dilatih secara khusus dan bertubi-tubi untuk meningkatkan kemahiran menjaringkan gol.
e) Sekiranya kekuatan pasukan UTM mempunyai barisan pemain pertengahan yang mampu menghasilkan gol. Keadaan ini akan menjadi kelebihan kepada pasukan sebab jentera serangan pasukan UTM adalah lebih ramai iaitu 2 penyerang dan 4 pemain pertengahan yang boleh menjaringkan gol juga.
f) Saiz yang baik juga berfungsi untuk keadaan-keadaan tertentu contohnya saiz yang tinggi boleh digunakan untuk menerima hantaran bola tinggi seperti dalam situasi sepakan penjuru, lontaran bola kedalam hantaran silang dari tepi padang. Penyerang atau pemain yang tinggi adalah mempunyai kelebihan untuk mejaringkan gol berbanding pemain yang rendah secara fizikal dalam situasi bola di udara. Manakala bola diatas padang peluang yang dimiliki adalah sama brgantung kepada kelincahan dan ketangkasan penyerang berkenaan.
2) Strategi Bertahan
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Mempertahankan gol dari dibolosi lawan
c) Prinsip pertahanan ialah bertentangan dengan prinsip menyerang. Situasi latihan boleh digabungkan dalam sesi latihan bersama pemain penyerang. Pemain pertahanan akan diuji sesama sendiri dalam latihan-latihan yang diaturkan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
d) Pemain pertahanan biasanya dikaitkan dengan saiznya yang lebih gagah berbanding posisi lain
e) Kekuatan fizikal dan kebijaksanaan menjagka tipu helah pasukan lawan adalah cirri-ciri penting seorang pertahanan yang baik.
3) Strategi Khusus
a) Kebijaksanaan percaturan jurulatih pasukan dan pemain-pemain sendiri
b) Objektif – mempelbagai peuang dan menyelamatkan keadaan
c) Kaedah Formasi pasukan contoh 4:3:3, 4:4:2, atau 3:5:2 boleh diaplikasikan berdasarkan kekuatan pasukan lawan. Pemilihan `set piece’ yang sesuai bergantung kepada situasi permainan seperti sepakan percuma, sepakan sudut, kaedah serang balas, lontaran bola ke dalam adalah contoh yang boleh dibuat dalam sesi latihan. Latihan yang bertubi-tubi akan memastikan kemahiran strategi ini dapat diterjemahkan dalam permainan yang sebenar.
d) Kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang bolasepak dapat membantu seseorang pemain menggunakan advantage dari kelemahan undang-undang itu. Contohnya undang-undang ofsaid, undang-undang ini boleh dimanipulasikan menjadi strategi kepada pasukan untuk menyerang pasukan lawan.
e) Peraturan am kejohanan yang menetapkan format tertentu pertandingan dijalankan. Selalunya peraturan ini mempunyai ruang kelemahan yang mendorong pasukan bertanding dapat menentukan siapakah pasukan lawannya dipusingan seterusnya. Kelemahan peraturan pertandingan ini perlu dianggap sebagai peluang kepada pasukan untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagai mana pun keadaan ini jarang-jarang berlaku dan hanya pegawai pasukan dan sebahagian kecil pemain sahaja yang berminat menggunakan kelemahan ini sebagai peluang.
Pasukan Bolasepak UTM 2013
Bolasepak adalah sejenis sukan yang dianggap sebagai sukan emas
golden sport’ kerana kesan sampingan sukan ini dapat mempengaruhi iklim ekonomi sesebuah tempat. Banyak peluang-peluang pekerjaan seperti pemain, pegawai, pengkritik, penyelidik, peminat setia, penerbit buku dan telivesyen.
Sukan yang paling popular ini juga berdepan dengan cabaran dengan kaki judi dan perasuah. Mereka mengambil kesempatan populariti sukan ini untuk menambah nila-nilai negetif seperti bertaruh dan mengatur perlawanan. Akibatnya sukan ini menjadi popular dikalangan mereka yang suka berjudi atau bertaruh.
Adalah menjadi tanggungjawab peminat tulen sukan ini memastikan unsur-unsur negatif dalam bolasepak dapat dicegah dan dihindarkan. Nilai-nilai kebersihan dalam permainan iaitu
fair play’ di dalam dan luar padang sentiasa ditekankan oleh pegawai dan penggiat sukan ini.Di peringkat university di Malaysia sukan ini merupakan sukan yang masih popular dan menjadi pilihan pertama dikalangan pelajar-pelajar lelaki. Bolasepak boleh dianggap alat yang dapat meningkat harga diri seseorang pelajar di universiti. Tambahan lagi apabila pasukan itu mencapai kejayaan dalam pertandingan dalam kejohanan yang disertai.
Semangat Kesukanan
- Falsafah `Semangat Kesukanan’ menekankan perkara berikut:Falsafah `Semangat Kesukanan’ menekankan perkara berikut:
- Menghormati undang-undang permainan.
- Menghormati pegawai dan patuh kepada segala keputusannya.
- Menghormati atlet atau pemain lain, termasuk pihak lawan.
- Pertandingan yang adil dan saksama.
- Menjaga dan mengekalkan maruah dalam semua keadaan dan mempercayai bahawa kemenangan tidak menentukan segala-galanya.