Hikayat Antah Berantah – SM Hassan

landscape sunset twilight park

Photo by Zukiman Mohamad on Pexels.com

Ingatan Mesra Sejarah Lama

Tersebutlah kisah di zaman purba, Antah Berantah negeri bernama, Rajanya adil dan bijaksana, Tetapi lemah dan tiada berdaya.

Ramailah menteri lupa daratan, Sehingga rakyat menjadi bosan, Sehingga rakyat menjadi benci, Keluarga DiRaja dan para menteri.

Bertambahlah lagi hasad dan dengki, Cela mencela Caci mencaci…, Kekanda Raja yang pernah bertahta, Turut menghasut rakyat jelata.

Satu hari musuh pun datang, Ketuanya panglima yang telah dibuang, Dikumpul segala musuh yang ada, Tak kira saitan atau manusia.

Musuh menyerang negeri yang lemah, Tentera dan rakyat berpaling tadah, Antah Berantah rosak binasa, Rakyat jelata menjadi hamba.

Antah Berantah Tinggal Sejarah, Negeri termasyhor hilanglah sudah, Bangsa yang mulia menjadi hina, Yang tinggal hanya Hikayat Lama.

Pentadbiran Negara – nota ceramah PTM2013

Low Flying Helicopter In Action

Low Flying Helicopter In Action (Photo credit: thienzieyung)

sunset @ the Parliament

sunset @ the Parliament (Photo credit: nadi0)

National Monument

National Monument (Photo credit: Balaji Dutt)

Parlimen Malaysia

 Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan:

  • 1 Hal ehwal luar negara.
  • 2 Pertahanan
    3 Keselamatan
    4 Undang-undang
    5 Kewarganegaraan
    6 Jentera kerajaan persekutuan
    7 Kewangan
    8 Perdagangan
    9 Perkapalan
    10 Perhubungan dan pengangkutan
    11 Kerja-kerja persekutuan
    12 Kajian,siasatan dan penyelidikan
    13 Pendidikan
    14 Ubat dan Kesihatan
    15 Buruh dan keselamatan sosial
    16 Kebajikan Orang asli
    17 Pekerjaan profesional
    18 Hari kelepasan am
    19 Pertubuhan yang tidak diperbadankan
    20 Kawalan terhadap musuh tanaman
    21 Akhbar, penerbitan, percetakan
    22 Penapisan
    23 Panggung wayang dan empat hiburan
    24 Syarikat kerjasama/ Koperasi
    25 Pelancongan
    26 Perkhidmatan Bomba
    27 Semua yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan
  • Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

    1 Hukum,Syarak dan hal ehwal agamaIslam.
    2 Tanah Pertanian dan perhutanan.
    3 Kerajaan tempatan.
    4 Perkhidmatan lain bercorak tempatanseperti perlesenan panggung wayang dan tempat hiburan awam.
    5 Kerja air
    6 Hari kelepasan am
    7 Perpustakaan, muzium, monumen,rekod purbakala dan sejarah, tapak danpeninggalan zaman purba
  • Senarai negeri tambahan bagi Sabah dan Sarawak :

    1 Undang-undang dan adat istiadat bumiputera.
    2 Perbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri.
    3 Pelabuhan
    4 Ukuran Tanah
    5 Kereta api Sabah
    putrajaya

Jadual kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kerajaan negeri dan persekutuan bertanggungjawab terhadap bidang kuasa masing-masing.

Senarai bersama merupakan tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan persekutuan.

Senarai bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

  • 1 Kebajikan sosial
    2 Biasiswa
    3 Taman Negara
    4 Perancangan bandar dan wilayah
    5 Penjagaan haiwan
    6 Kesihatan dan kebersihan awam
    7 Parit dan tali air
    8 Pemulihan
    9 Hiburan awam
    10 Perhubungan