*Wang Nafkah Bulanan Isteri:* *Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua*

Bos Hj Abdul Malik  ingatkan staf USE

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu. 

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham. 

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham. 

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya. 

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku. 

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU. 

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB. 

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa. 

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya. 

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan. 

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga. 

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga. 

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi. 

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. 

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu. 

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan? 

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada. 

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah. 

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis. 

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita. 

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah. 

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan. 

#DrMahyuddin!

*13* Senyumlah dan tertawalah 😃😄😁😆😀😜😝

Hj Malik Bos USE – berkongsi

Dikutip dari Buku Karya Ausberg 49 tahun buku yang berjudul “THE LAST LECTURE”
(Pengajaran Terakhir) yang menjadi salah satu buku best-seller di tahun 2007.””
KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,

 terdiri atas  

–Personality, 
–Community and 
–Life.  

Berikut penjelasannya:
   A. PERSONALITY:
1. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.
2. Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif
3. Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.
4. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.
5. Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.
6. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).
7. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.
8. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.
9. Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.
10. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.
11. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.
12. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.
13. Senyumlah dan tertawalah.
14. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

      B. COMMUNITY:
1. Hubungi keluarga Anda sesering mungkin
2. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.
*3
. Ampuni setiap orang untuk segala hal
4. Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.
5. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.
6. Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.
7. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

           C. LIFE:

1. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.
2. Allah menyembuhkan segala sesuatu.
3. Lakukan hal yang benar.
4. Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.
5. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.
6. Yang terbaik belumlah tiba.
7. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.
8. Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.
9. Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. So, be happy.

Mati tak menunggu Tua….Mati tidak menunggu sakit…nikmati hidup….sebelum hidup tidak bisa dinikmati.

Sahabatku !,

Saat membaca dan selesai menyemak semua hal di atas, saya mohon kepada sahabat2 untuk berkongsi tulisan ini dengan “orang” yang kita cintai, “teman” sepermainan kita, “teman” sepejabat, mahupun “orang” yang tinggal dengan kita.

Pengetahuan ini tidak hanya akan memperkaya kita, tetapi juga orang disekeliling kita

KERANA BAIK HADIR UNTUK MEMBAHAGI HAL” YANG BAIK…!!

Status Facebook Serupa

Analisis Hj Hassan hcp 17 KGUTM

Kalau haiwan ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki aku malam ni…

CICAK : isteriku tersepit pintu…menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sbb I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh…

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang betol la…dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye…wei bro!! lain kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw…agak-agah laa weyy😖😖

Lelaki idaman wanita

Kiriman pm dr razali hcp 13 kgutm

Awek : “Abang kerje kt mna..?”
Abang : Abang berniaga dik.. ada la kedai emas 2, restoran 1, chalet 5 buah kat utara ni, Dan 4 buah kedai juai
henpon..

Awek : (terkejut) Abang tinggal kt maner?
Abang : “Lagenda Height”

Awek : (wah! mesti kaya ni)Rumah abang mesti besar kan??
Abang : Takder lah, rumah pun harga 300 ribu jer..

Awek : (terbaek) kereta abang mesti banyak kan??
Abang : Sikit jer, cuma ada Mercedes, BMW, Jaguar, VW ….dan Range Rover

Awek : (waa…ni bakal suami ni) Abang dah ada isteri??
Abang : haa.. tu la.. sampai sekarang belum ada isteri..

Awek : (terbaek..boleh jadi laki ni) Abang merokok??
Abang : merokok kan tak baik untuk kesihatan tubuh badan

Awek : (sihat tuu) Abang minum minuman keras tak??
Abang : Tak minum…haramm

Awek : (Perghh..) Abang main judi?
Abang : Judi?? menghabiskan duit je main judi..lagipun berdosa.

Awek : (sweetnye abang ni)Abang kaki disko??
Abang : Heh..Abang tak suka buang masa dik..

Awek : (Ish..abang ni memang hebatlah) Abang pernah pergi Haji?
Abang : 3 kali haji, 6 kali umrah

Awek : (Subhanallah..calon suami ku syuurgawii) Hobi abang apa??

Abang : Bohong orang..

Hahaaaaa….

😝😝😝😝😝😝😝😝😝

Kenakan grup n org lain pulak😂😂😂😂😂😂😂😂😂

aku perati aje

*Petua mudah utk sampai awal subuh di masjid*

tips Presiden KGUTM

Ada dua sahabat, Mat & Din yang selalu berlumba-lumba untuk menghadiri shalat jamaah Subuh di masjid.

Namun si Mat selalu mendahului si Din

Din bertanya, “Bagaimana engkau selalu mendahuluiku?”.

Dijawab, “Aku punya dua isteri yang selalu membantuku untuk cepat hadir jamaah.”

Bila mendengar jawapan Man, siDin amat teruja, lalu dia pun kawin dua.

Alhamdulillah Din sekarang tidur di masjid..!

din dan mat dlm cerita ni nama samaran ahli yang belum daftar KGUTM

wpid-IMG-20140226-WA0007.jpg

IKTIBAR DARI ANAK KECIL DEMAM KERANA NAK PEROLEHI SESUATU

kiriman ida sdpb8788 tulisan abdghaniharon
Teringat masa baru dapat anak pertama dulu,suatu hari anak sulong saya demam.Emak saya yang diberitahu bahawa cucunya demam, segera meriba anak kecil itu , kemudian emak berkata,”Ini demam nak boleh sesuatu,nak boleh berjalan kot.”Selang seminggu dua selepas anak saya pulih dari demam,saya lihat dia telah mula berdiri,mengayak -ayak badan seperti nak mula melangkah.Terdetik di hati,betul kata emak,budak itu demam kerana nak boleh sesuatu,nak berjalan,kerana dalam pengalaman membesar anak, bila mereka nak berubah kebolehan, mereka biasanya demam.Dari terlentang kpd meniarap, dari meniarap kpd merangkak,dari merangkak kpd bertatih,bercakap dan seterusnya.Adakah hal begini juga berlaku kpd anak anda? Berdasar sembang rakan jiran, memang kebanyakan bersetuju bahawa demam kanak-kanak,akan diikuti perubahan dirinya.

Mentafsir hal ini,kita akan menemui bahawa Allah akan beri ujian dulu sebelum diberi nikmatnya, anugerahnya.Jika kita tinjau pada sirah nabawiyah,Rasulullah diberi berbagai ujian termasuk kematian bapa saudara tempat ia bergantung, tetapi kemudiannya Allah jemput nabi Israk dan Mikraj untuk menyaksi kebesaran Allah.Jika nabi pun duji dan diberi anugerah,begitulah juga kita umatnya.

Cuba kita pejam mata,merenung masa lalu.Apa ujian,kepayahan yg kita pernah lalui yg akhirnya kita diberi anugerah dan ganjaran yg lebih baik.Ayah saya biasa dicuri kerbau yg menjadi punca rezekinya,tetapi Allah ganti dengan pekerjaan barunya bertukang rumah yg ditawarkan oleh seorang imam yg kebetulan pandai bertukang,akhirnya hidup kami sekeluarga berubah.Seorang ibu tunggal yg wang simpanan habis dibelanja bagi kes mahkamah anaknya,akhirnya dijemput ke tanah suci dengan dibiayai sepenuhnya dari orang lain.Saya melihat tsunami yg melanda negara ini dulu,akhirnya mengubah kehidupan nelayan Kuala Muda dg berpindah ke rumah taman milik sendiri yg dibina oleh kerajaan.

Saya nak mengajak anda mengambil iktibar dari anak kecil yg demam ini, utk diterjemah dlm hidup kita.Jika anak kecil demam kerana nak ‘perolehi’ sesuatu,kita yg dewasa jika diuji dg suatu kepayahan, bersabarlah,berbaik sangkalah mungkin Allah nak beri sesuatu kpd kita,mungkin ia anugerah,mungkin ia pengajaran,mungkin utk mengubah hidup kita.Bersedialah.Lagi pun Allah berfirman 

 ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”,( Ali ‘Imran. 190). “iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali ‘Imran. 191).

Maka disebalik kepayahan dan kesusahan yg tertimpa kpd kita, yakinlah dihujung terowong yg gelap pasti ada sinar, dan itulah anugerah dari kejayaan melalui ujian Allah.Jika anak kecil yg belum mengerti hidup ini pun diuji,lebih lagilah kita yg dewasa dan sudah ada fikiran. Hanya orang yg bersabar akan mencapai kemenangan.Wallahu a’lam. abdghaniharon.

(Sertailah projek sedekah jariah rakan fb saya utk berbagai kerja sedekah jariah yg mingkin anda tidak berkesempatan. abd ghani haron)

poster fbn

*PENTING UNTUK SUAMI*

kiriman besmuhamad sdpb 8788

5 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik-baik. Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang. Antaranya ialah :

1) mengambil daun pandan, serai dan daun kunyit yang ditanam di belakang rumah.

2) menjemur kain baju di ampaian.

3) membakar ikan terubuk.

4) memberi makan ayam, itik.

5) Bersembang dgn jiran belakang rumah. 

Sekian, terima kasih 😝😝😝

Salam Aidiladha maaf zahir dn batin🙏🙏🙏

*CERITA DIBALIK SITUASI*

Hisham SDPB kongsi cerita
“`Situasi 1

Suatu hari orang kampung berniat untuk melakukan sholat hajat memohon turunnya hujan.

Waktu mau sholat banyak orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang anak yang membawa payung. Karena dia yakin doanya akan dikabulkan Allah
Itulah yang dinamakan KEYAKINAN.

Situasi 2

Bila Anda melambungkan bayi ke udara, dia tertawa sebab dia tahu Anda akan dapat menangkapnya.
Itulah yang dinamakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3

Setiap malam ketika kita tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set alarm untuk kita bangun pada esok hari.
Itulah yang dinamakan

HARAPAN.
Teruslah memasang “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN, dan HARAPAN” kepada Allah Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu Segalanya.

Situasi 4

Bila Anda bertemu seorang wanita cantik dan dari keluarga baik2, Anda ingin menikahinya, tetapi wajah isteri Anda selalu muncul di pikiran.
Itulah yang dinamakan

KETAKUTAN….

:D:D:D

Situasi 5

Anda di situasi 4 tapi tetap melamar wanita tersebut
Itulah yang dinamakan

KEBERANIAN…

😄😄😄

Situasi ke-6

Saat melamar wanita nan cantik itu, tiba2 istri Anda muncul
Itulah yang dinamakan

KETAHUAN

:mrgreen::mrgreen::mrgreen::mrgreen::mrgreen:
Situasi ke-7

Ketika Anda pada situasi 6 istri datang dengan anak, serta keluarga besar mengizinkan acara tersebut tetap berjalan demi menjaga nama baik Anda.

Itulah yang dinamakan

KEAJAIBAN

Situasi ke-8

Setelah Anda pulang dan tampak segalanya berjalan dengan baik, aman, dan tentram istri Anda tersenyum sambil menyuguhkan kopi kesukaan Anda lalu tiba-tiba Anda tak sadarkan diri

Itulah yang dinamakan

KERACUNAN“`

:D:D:D

img_3435

Sangka Terbaik

Cantik ayat ni …!

Kadang – kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit……

Kadang – kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab…….

Kadang – kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka……

Kadang – kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik…..

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA…….

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing……..

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, “Siapa mereka semua tu?”…..

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,_

“DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.” ….

TERIMA KASIH ADIK BERADIK

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg Barbara:
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang – maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd semua Adik beradik & Kawan2 yg kita ingati….. 😘😘😘😅😪👍

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

Assalamualaikum.. utk renungan kita bersama..drpd group sdpb
JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK
Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca:
🌷”Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..
🌷Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya
🌷Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..
🌷Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..
🌷Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..
🌷Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu
🌷Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: “Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..
🌷Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..
🌷Hiduplah di ats prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik”.✅
Kredit :Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahaya
✅semoga bermanfaat