Ibu

Kiriman rashidah ismail SDPB

3:17PM, 01/05/2014] Hj Awang Imam: “Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?”

Jawapan Ustaz :

“BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan
ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang
boleh melihat cacat cela mu yang
tersembunyi dari pandangan mata mu dan
masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata
mu, baginya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang
menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar
suami.

renungan sepintas lalu…
Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa…
…. Kirimkan pd WANITA yg kamu sayangi…
…. Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan
agar tau bahwa WANITA…..ciptaan Allah yg istimewa..

[3:17PM, 01/05/2014] Hj Awang Imam:

⇩wajah IBU paling→ cntik
⇩masakan IBU paling → sedap
⇩kata IBU paling→ beharga.
⇩Doa IBU paling→makbul
⇩restu IBU palingDi berkati.,

IBU SANGAT SEMPURNA
DI MATA KITAA :”)          SELAMAT HARI IBU KPD SEMUA IBU DLM GROUP NI

wpid-img_20140510_223045.jpg

Tips memasak

Kiriman tipah SDPB
GOOD INFO TO SHARE!?

Utk ibu2 yg sdg dn akan memasak jgn letak garam ketika memasak. Buat mcm org Arab depa msak tawaq habiaq tp bila nk mkn bru ltk garam. Sunnah nabi bagus utk kesihatan pun. Baca ni :

  • Fakta: KHASIAT GARAM
    Kita disogok dgn fakta palsu.”Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi… ni protokol yahudi.”
    Back to cara hidup nabi… Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan …

Sampai di tempat baru…nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru…
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau …kenapa?
Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa’ utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita …ini sunnah Nabi…

Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil “bubuh garam atas darat” mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

#Plz fowrd pada rakan lain
~Sharing is caring~ Wallahua’lam…

sila jumpa doktor utk periksa kesihatan 

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

Kiriman Hisham & hanafiah – sdpb

1. belilah beberapa buah kerusi/bangku, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah n madinah).

2. Inisiatif – sedekah:
letakkanlah d jendela bilikmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.

3.Inisiatif – sedekah:
sisihkanlah dri hasil upah jerih payahmu, sedikit untuk d sumbangkan kpd anak yatim.

4.Inisiatif – sedekah:
belilah sekantong plastik sarung tangan n kaki, agar bisa d berikan kepada para pekerja.

5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu n besedekahlah dengan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga n kerabat atau sahabat), belilah 1/2 buah karton air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kmudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif – sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, terkhusus kpd mereka2 yg sedang d timpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Inisiatif – sedekah:
jngan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat kjhatan kpdmu dri menggibahi, mengadu domba, n mendzalimimu.

10. Inisaitif- sedekah:
kirimkan brodcast ini ke semua sahabatmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan d beri pahala kerana nya. ..

dr zakir

dr zakir

20140124-074335.jpg

10 tip utk yg nak jadi parent

kiriman hisham sdpb

Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent….dah jadi parent…. Yang Baru jadi parent semula…. Sama2 kite amalkan…. Terutama tip yg no 6 tu….

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Pemadam dgn pensil

Tazkirah jumaat – Hisham SDPB

image

Perbualan antara pemadam dan pensil :

……….
الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
📏Apa khabar kawan?

القلم: لستُ صديقكِ!

✏Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا
📏Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.
✏Kerana aku benci kamu.

الممحاة: ولمَ تكرهني
📏Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!

✏Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .

📏Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!

✏Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .

✏Engkau salah dan sombong!

الممحاة: لماذI

📏Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

الممحاة: أما زلتَ تكرهني

📏Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

فرحتِ الممحاة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

أحبتـــي

Sahabat-sahabatku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

📄📄📄📑📑📑

Nasihat – Hari pekerja

Kiriman hj wan golfer UTM

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.
  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
  • Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.
  • Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
  • Mencuci dan melipat timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
  • Mendapatkan banyak komplen dari pelangan kita menandakan bahwa pelangan kita masih ada.
  • Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar
  • Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.
  • Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.
  • Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang megambil berat padaku.
  • Dan kerana aku megambil berat tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.
  • Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Aamiin.
assalaimualaikum semua sahabatku..
Selamat Menyambut Hari Pekerja.

image

bad advice

Kemalangan mengerikan semua

Kiriman Fadilah SDPB

Karangan budak darjah 4 dari sek keb… bertajuk: “Kemalangan ngeri yg pernah saya lihat” Copy paste dr kiriman rakan guru Very funny n enjoy to read ……….

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya pengsan. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke 8 kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu pengsan.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya pengsan.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan pengsan. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan pengsan juga.

 

20140124-075043.jpg

saya tukar beberapa perkataan yang lebih ringan timbangannya

 

Resipi lesong batu

Kiriman hj wan golfer utm

Seorang Motivator berkata:

“Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku.”

Hadirin terkejut dan terpaku.. Beliau kemudian menambah,

“Dia adalah ibuku.”

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah.

Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

“Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku.”

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator.

Ketika matanya terbuka, dia tersedar dirinya terbaring di katil hospital, pengsan akibat dihentak dengan batu lesung..

Moral of the story:

image

Don’t copy, if you can’t paste.
photo credit yat sdpb

20140502-200101.jpg