Ayah Dan Ibu

Kiriman Hisham SDPB

wpid-IMG-20140213-WA0010.jpg

Copy paste dr grup lain……..Assalamualaikum.copypaste dr group kwn2 skolah sy..

Ini cerita benar . Ini cerita petua seorang ayah untuk kebaikan anaknya. Kisah ini sangat dekat dengan diriku. Begini kisahnya:

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.

”Ada duit? Minta ayah sedikit…”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”5 ringgit?”

Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:

”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”

”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”

Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi  Beruntung lah sesiapa yg masih punyai ibu n bapa..

kesihatan buah pinggang

Suggested Foods

You are suggested to take more fruits and vegetable and avoid the foods that high in creatinine. Not all fruits and vegetables are good choice, you are suggested to eat more of the following foods:

  • Cabbage, Cucumber, Omega3-rich foods, Raw onions, Turnip, Garlic, Radishes, Cauliflower, Lettuce, Carrots, Oat bran, Tofu, Soy milk, Sprouts

Avoided Foods

The foods that are rich in creatinine, include meat, rich protein foods,animal organs etc. You are suggested to eat less of the following foods:

  • Butter, Red meats, White bread, Sweets, Diary, White flour, Caffein-containing drinks – tea, coffee

  • Beer, Wine

Diet Plan Suggestions

  • You need to keep your protein levels in check in order to keep your kidneys healthy from the inside.

  • You may need to take calcium supplements to prevent bone disease, and vitamin D to control the balance of calcium and phosphorous in your body. Ask your doctor, nurse, or dietitian.

  • In the early stages of chronic kidney disease, you do not need to limit how much fluid you drink. As your kidney disease becomes worse or when you are on dialysis, you will need to watch how much liquid you drink. In between dialysis sessions, fluid can build up in the body. Too much fluid will lead to shortness of breath, an emergency that needs immediate medical attention.

  • Do not use salt when cooking and take the salt shaker away from the table. Most other herbs are safe, and you can use them to flavor your food instead of salt. You may interest in: How to Lower Salt Foods in Kidney Disease Diet

Diet plan plays an important role in control high creatinine levels. However, the diet plan for you should be different from other. Only the personalized diet management can help take the greatest effects.

Tag: High Creatinine Level

previous:What Does Creatinine Level 1.8 Mean
next:Natural Chinese Medicine for One Kidney and Creatinine Level 2.5

What Does Creatinine Level 1.8 Mean

Creatinine is the waste product of muscular metabolism and its normal range in is 0.6~1.2 mg/dl, although this can differ from lab to alb, between men and woman and by age. But creatinine level 1.8 obviously is higher than the standard levels.

What does creatinine level 1.8 mean?

As mentioned above, creatinine is a kind of waste products. When your kidneys can work well, the excessive creatinine will be filtered out of the body. Thereby, usually high creatinine level is an indicator of kidney damages. When your creatinine level begins to elevate, it always tells that at least 50% of kidney functions has been damaged.

However, not all high creatinine levels totally result from kidney function decline. Some additional factors may also be the triggers, such as long-time standing, strenuous exercise, much intake of protein food etc. These causes lead to temporary high creatinine levels and in each of these conditions, high creatinine levels will be lower down spontaneously, causing no severe problems.

If you high creatinine levels last for a long time, it always indicates a kidney-related problems. If your creatinine level 1.8 exists longer than 7 days, you’d better to talk with a nephrologist and he or she will help find whether your kidneys are involved and how severe your condition is.

Experts divide the Chronic Kidney Disease into 5 stages, according to the severity of kidney damages. You can find creatinine 1.8 corresponds with CKD stage 2–a mild kidney damage, in the following CKD stages chart.

CKD stages stage 1 stage 2 stage 3 stage 4 stage 5
Serum Creatinine <1.6 mg/dl 1.6-2.0mg/dl 2.1-5.0 mg/dl 5.1-7.9mg/dl >8.0mg/dl

In this stage, usually patients feel no symptoms and maybe in some cases, they can feel high blood pressure, Back Pain, or mild nausea. This is not a severe condition, thereby, Diet changes and Natural Therapy will help make your kidney damage under control.

But you are suggested to take treatments as soon as possible. If it develops into CKD stage 3, it will be hard to reverse the missing kidney functions. But to case of CKD stage 2, complete remission is possible. To achieve the goal, Special Diet,Chinese Herbal Medicine and Medicated Bath may be necessary.

previous:What Does Creatinine 6.8 Mean and What’s The Treatment for it
next:Diet Plan to Reduce High Creatinine Level

Awas, simpton penyakit buah pinggang
  • Buah pinggang perlu dijaga sempurna kerana ia menentukan tahap kesihatan. Foto: Sumber internet
  • Buah pinggang perlu dijaga sempurna kerana ia menentukan tahap kesihatan. Foto: Sumber internet

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang –  kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-pinggang-1.264000

SEGAR & CELIK

Kiriman profesor hasanan UTM

Kaedah mudah untuk segar dan celik semasa dengar khutbah, kuliah, belajar dan kerja.

Tekan kuat dan urut kuat bahagian;

1. Antara mata dengan side burn (rambut tepi).
2. Antara belakang kepala dan belakang leher.
3. Antara ibu jari dan jari telunjuk.

Boleh buat untuk 3 bahagian atau 2 atau 1 sahaja. Ini adalah kaedah seketika. Untuk kesegaran berpanjangan hendaklah cukup tidur, sentiasa beriadah dan banyak minum air kosong.

Boleh cuba di masjid, rumah, sekolah, universiti dan lain-lain. Sila sebarkan jika ianya baik.

Hasanan Md Nor

20140803-161127-58287493.jpg

Hari Raya AidilFitri – ibadah

Kiriman a manaf muslimin – info surau mutiara aula

17 ADAB MENYAMBUT EIDULFITRI

1.Takbir raya bermula maghrib 1 Syawal sehingga Solat Sunat Eidulfitri

2.Mencukupkan keperluan fakir miskin

3.Banyak berdoa kerana malam raya diantara waktu mustajab doa

4.Mandi sunat Eidulfitri

5.Memakai pakaian yang bagus dan berwangi-wangian bagi lelaki

6.Makan dahulu sebelum ke tempat Solat Sunat Eidulfitri(Sunat makan kurma 7 biji sebelum makan,makanan yang lain)

7.Melalui jalan yang berlainan sewaktu pergi dan balik dari tempat solat

8.Wajib membayar zakat fitrah sebelum Solat Sunat Eidulfitri

9.Mengajak kaum wanita ke tempat solat termasuk wanita yang haid untuk mendengar khutbah Eidulfitri

10.Solat Sunat Eidulfitri&mendengar khutbah di kawasan lapang

11.Ziarah menziarahi orang yang masih hidup(tidak digalakkan ziarah kubur pada 1 Syawal kerana hari raya disuruh gembira bukan bersedih)

12.Mengucapkan selamat Hari Raya dengan lafaz doa “Taqobballahuminni waminka”yang bermaksud “Moga Allah menerima amal saya&amal kamu”

13.Menyambut Eidulfitri penuh kesyukuran bukan dengan hiburan,maksiat & pergaulan bebas bukan mahram

14.Digalakkan bersedekah di Hari Raya seperti tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak

15.Tidak membazir dan boros di dalam berbelanja

16.Puasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawal(aulanya mula dari Syawal ke2-7)

17.Terus Istiqomah hasil tarbiah dari Madrasah Ramadhon dengan meneruskan amal ibadah wajib dan sunat seperti puasa sunat,solat sunat,beriktikaf di masjid,Qiamullail,menuntut ilmu,bersedekah,membaca Al Quran,berzikir dan sebagainya..
Ustaz Hj Muhaizan
PPPD jQAF Kluang

Kiriman zainudin hj alias – info surau mutiara aula
Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh
👆 bukan raya je.. sepanjang masa.. 👍👍

Bawang Musim Raya

Kiriman profesor hasanan UTM

onions garlic

Bawang merah boleh diguna sebagai usaha tambahan untuk mengubat dan mencegah penyakit biasa seperti selsema, batuk, demam dll pada musim raya.

Boleh diletak dalam kereta semasa perjalanan balik kampung dan ziarah menziarahi. Kereta ramai penumpang dalam ruang kecil dengan tahap kesihatan berbeza.

Boleh juga diguna masa bersesak ramai ramai memenuhi rumah ibubapa di kampung.

Cara mudah ialah dengan mengerat dua beberapa ulas bawang merah tanpa mengupas kulit dan letakan dalam bekas terbuka dan diletak di beberapa tempat yang sesuai.

Selamat mencuba, berusaha dan berdoa agar Allah memberikan kesihatan terbaik kepada kita dan keluarga semasa beraya dan masa masa yang lain.

Hasanan Md Nor

FBN balik kg raya

FBN balik kg raya

Bawang merah yang berguna

kiriman profesor Hasanan – UTM

bawang-merah

Mendapat maklumat dari beberapa sumber, bawang merah boleh diguna untuk bantu hilangkan beberapa penyakit seperti demam, batuk, selsema, cirit birit, kudis dll.

Beberapa ulas bawang merah dikupas dan diletak dalam bekas terbuka seperti piring dan diletak di ruang dan bilik dekat tempat orang atau pesakit duduk dan tidur.

Ia dikatakan akan menyerap kuman dari udara. Mungkin juga wap bawang masuk melalui hidung ke dalam badan dan bertindak.

Saya telah cuba dengan mengupas kulit, memotong atas dan bawah bawang dan diletak di beberapa tempat. Hari kedua saya belah dua bawang tersebut dan hari ketiga saya belah empat.Tukar dengan bawang baru setelah nampak kering dan tiada bau lagi. Buang bawang yang telah diguna kerana telah dipenuhi kuman. Lagi fresh bawang dan lagi kuat bau, rasanya lebih efektif.

Alhamdulillah didapati kesan positif. Dicadangkan juga untuk diguna walaupun tidak sakit, sebagai pencegahan.

Selamat mencuba sendiri, menkaji dan terus amalkan jika berkesan dan memberitahu orang lain.

Anggaplah ini hanya sebagai usaha tambahan disamping jumpa doktor, makan ubat dsbnya.

Terus berusaha dan berdoa.

Hasanan Md Nor

Contohi Jerman – Juara Dunia

Kiriman dr Muhamad golfer UTM

Germany is a highly industrialized country. In such a country, many will think its people lead a luxurious life.

When we arrived at Hamburg , my colleagues walked into the restaurant, we noticed that a lot of tables were empty. There was a table where a young couple was having their meal. There were only two dishes and two cans of beer on the table. I wondered if such simple meal could be romantic, and whether the girl will leave this stingy guy.

There were a few old ladies on another table. When a dish is served, the waiter would distribute the food for them, and they would finish every bit of the food on their plates.

As we were hungry, our local colleague ordered more food for us.When we left, there was still about one third of un-consumed food on the table.

When we were leaving the restaurant, the old ladies spoke to us in English, we understood that they were unhappy about us wasting so much food.

“We paid for our food, it is none of your business how much food we left behind,” my colleague told the old ladies. The old ladies were furious. One of them immediately took her hand phone out and made a call to someone. After a while, a man in uniform from Social Security organisation arrived. Upon knowing what the dispute was, he issued us a 50 Euro fine. We all kept quiet.

The officer told us in a stern voice, “ORDER WHAT YOU CAN CONSUME, MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY. THERE ARE MANY OTHERS IN THE WORLD WHO ARE FACING SHORTAGE OF RESOURCES. YOU HAVE NO REASON TO WASTE RESOURCES.”

The mindset of people of this rich country put all of us to shame. WE REALLY NEED TO REFLECT ON THIS. We are from country which is not very rich in resources. To save face, we order large quantity and also waste food when we give others a treat.
(Courtesy: A friend who is now changed a lot)

THE LESSON IS:- THINK SERIOUSLY ABOUT CHANGING OUR BAD HABITS. Expecting acknowledgment, that u read the message and forward to your contacts.
VERY TRUE  -“MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY.”

Do forward..

 

FAKTA: KENALI SIAPAKAH MUFTI BESAR PALESTIN SYEIKH AMIN AL-HUSAINI DISEBALIK ADOLF HITLER.

“Mufti Besar Palestin Syeikh Amin Al-Husaini & Adolf Hitler “Nazi” ”

Antara video yang jarang sekali kita melihat di mana-mana media semasa termasuklah televisyen. Malah kita dibutakan mata tentang perjuangan Ulama. Maka disini disertakan wajah Mufti Besar Palestin.

Ini antara wajah Mufti Besar Palestin iaitu Syeikh Amin Al-Husaini (ca. 1895 – July 4, 1974, أمين الحسيني,) yang telah dilantik menjadi Mufti Besar Palestin pada umur lebih kurang 25tahun.

Didalam video ini juga menunjukkan kehadiran Syeikh Amin Al-Husaini yang disambut oleh Adolf Hitler ketika ketibaannya di Jerman.

Didalam video ini juga menunjukkan keakraban antara Syeikh Amin Al-Husaini dengan divisi askar didalam pasukan Adolf Hitler.

Ada juga askar dari Bosnia, mereka memakai tarbus turki dan menyertai didalam pasukan Adolf Hitler dan kelihatan mereka sedang solat dan bersama Syeikh Amin Al-Husaini. Wallahualam

Akhir hayat Syeikh Amin Al-Husaini pada umur 79tahun dan meninggal di Lubnan kemudian perjuangannya di Palestin diteruskan oleh saudaranya iaitu Yaseer Arafat. Al-Fatihah.

—————————-
Dari Akhbar Utusan Malaysia pada 2006

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-

orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam, katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini, katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel, katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive#ixzz375hQTjYp
© Utusan Melayu (M) Bhd

—————————

Setiap perkara ada buruk baiknya. Maka belajarlah kalian dari SEJARAH
Insyaallah.

Apa-apapun saya kagum dengan pendirian Syeikh Amin Al-Husaini yang tegas.

Adakah Adolf Hitler seorang yang baik? Hanya ALLAH yang mengetahui.

Video ini bukan untuk membela Adolf Hitler ataupun Jerman tetapi untuk membuka mata betapa jahatnya Bangsa Yahudi. Harap Maklum.

Jika ada sebarang kesilapan, mohon teguran dari sahabat-sahabat semua. Insyaallah.

Sama-sama kita berdoa dan membaca Doa Qunut Nazilah untuk rakyat Palestin .

Al-fatihah buat pejuang-pejuang Palestin

Dari: HAMBA ALLAH
Like page Jom Dakwah Bersama Ulama

Ayah

keluarga tok mat

keluarga tok mat

Kiriman Alpian SDPB

APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH … ..

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari…..
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Men going at kan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya,” Telefon Kah Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja…”

Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita….Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg… Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak”Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??”.Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata”Tidak Boleh!”..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya…Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau…Ayah Marah Kita…Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar…
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya…Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk m
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa “Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya”.

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

Kawan kawan

Kiriman halim Seratang SDPB

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :-

  1. TA’ARUFFAN
    Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
    pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
    pejabat pos, ATM, dan lainnya.

  2. TAARIIHAN
    Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
    misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
    satu asrama, dan sebagainya.

  3. AHAMMIYYATAN
    Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
    tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

  4. FAARIHAN
    Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti golf, moto,
    teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya
    .

  5. AMALAN
    Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

  6. ADUWWAN
    Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita… Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :
“Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati…”

(Surah Ali Imran 3:120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :

“Allahumma Ya Allah… selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”

  1. HUBBAN LIMAANAN
    Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib
    sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya.

Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta’ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan LENYAP di Akhirat.

Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :

“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan”

(Surah Az-Zukhruf 43:67).

20140714-181606-65766287.jpg

Lawak Gajah

Kiriman Hisham SDPB

lawak petang…
#Kisah seorang murid pintar#
Dlm sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya

Guru: murid2…binatang apa yg bermula dr huruf ‘G’?
Dgn pantas seorg murid berdiri dan menjawab…Gajah cikgu…lalu dia dipuji oleh cikgu.

Guru: soalan seterusnya..binatang apa yg bermula dgn huruf ‘D’?
Semua murid diam………lalu murid td berdiri dan menjawab…” Dua gajah cikgu”….murid2 lain mula ketawa…cikgu mulai marah..

Guru: awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya…binatang apa yg bermula dgn huruf ‘M’?

Semua murid diam…….lalu bdk td jawab lgi….”Mungkin gajah”…..

Guru: awak keluar dan berdiri di pintu…….…
Soalan terakhir…binatang apa yg bermula dgn huruf ‘J’ ?

Semua murid2 diam…guru menunggu murid menjawab tp semua hanya diam….lalu murid tadi menjawab……” Jangan jangan gajah”….

Comel 

20140714-182603-66363450.jpg