Category Archives: bola kampung
kriteria pemain bolasepak UTM
Berikut adalah kriteria dan ciri ciri yang dipertimbangkan untuk menjadi pemain bolasepak UTM;
Borang penilaian pemain UTM def
Borang penilaian pemain UTM fwd
Borang penilaian pemain UTM gk
Borang penilaian pemain UTM mf
strategi berpasukan – bolasepak
1) Strategi Menyerang
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Menghasilkan gol
c) Kaedah latihan menggunakan simulasi dan perlawanan-perlawanan percubaan.
d) Analisis kekuatan diri pasukan contohnya pasukan UTM mempunyai peyerang yang berkaliber iaitu akan menggunakan peluang yang dapat untuk menjaringkan gol. Jadi latihan yang ditumpukan hanyalah untuk menajamkan lagi keupayaan penyerang itu menggunakan peluang. Formasi latihan 4 lawan 4, 2 lawan 2 akan menjadikan penyerang itu dilatih secara khusus dan bertubi-tubi untuk meningkatkan kemahiran menjaringkan gol.
e) Sekiranya kekuatan pasukan UTM mempunyai barisan pemain pertengahan yang mampu menghasilkan gol. Keadaan ini akan menjadi kelebihan kepada pasukan sebab jentera serangan pasukan UTM adalah lebih ramai iaitu 2 penyerang dan 4 pemain pertengahan yang boleh menjaringkan gol juga.
f) Saiz yang baik juga berfungsi untuk keadaan-keadaan tertentu contohnya saiz yang tinggi boleh digunakan untuk menerima hantaran bola tinggi seperti dalam situasi sepakan penjuru, lontaran bola kedalam hantaran silang dari tepi padang. Penyerang atau pemain yang tinggi adalah mempunyai kelebihan untuk mejaringkan gol berbanding pemain yang rendah secara fizikal dalam situasi bola di udara. Manakala bola diatas padang peluang yang dimiliki adalah sama brgantung kepada kelincahan dan ketangkasan penyerang berkenaan.
2) Strategi Bertahan
a) Keberkesanan bergantung kepada kekuatan pasukan sendiri dan pasukan lawan
b) Objektif Mempertahankan gol dari dibolosi lawan
c) Prinsip pertahanan ialah bertentangan dengan prinsip menyerang. Situasi latihan boleh digabungkan dalam sesi latihan bersama pemain penyerang. Pemain pertahanan akan diuji sesama sendiri dalam latihan-latihan yang diaturkan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
d) Pemain pertahanan biasanya dikaitkan dengan saiznya yang lebih gagah berbanding posisi lain
e) Kekuatan fizikal dan kebijaksanaan menjagka tipu helah pasukan lawan adalah cirri-ciri penting seorang pertahanan yang baik.
3) Strategi Khusus
a) Kebijaksanaan percaturan jurulatih pasukan dan pemain-pemain sendiri
b) Objektif – mempelbagai peuang dan menyelamatkan keadaan
c) Kaedah Formasi pasukan contoh 4:3:3, 4:4:2, atau 3:5:2 boleh diaplikasikan berdasarkan kekuatan pasukan lawan. Pemilihan `set piece’ yang sesuai bergantung kepada situasi permainan seperti sepakan percuma, sepakan sudut, kaedah serang balas, lontaran bola ke dalam adalah contoh yang boleh dibuat dalam sesi latihan. Latihan yang bertubi-tubi akan memastikan kemahiran strategi ini dapat diterjemahkan dalam permainan yang sebenar.
d) Kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang bolasepak dapat membantu seseorang pemain menggunakan advantage dari kelemahan undang-undang itu. Contohnya undang-undang ofsaid, undang-undang ini boleh dimanipulasikan menjadi strategi kepada pasukan untuk menyerang pasukan lawan.
e) Peraturan am kejohanan yang menetapkan format tertentu pertandingan dijalankan. Selalunya peraturan ini mempunyai ruang kelemahan yang mendorong pasukan bertanding dapat menentukan siapakah pasukan lawannya dipusingan seterusnya. Kelemahan peraturan pertandingan ini perlu dianggap sebagai peluang kepada pasukan untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagai mana pun keadaan ini jarang-jarang berlaku dan hanya pegawai pasukan dan sebahagian kecil pemain sahaja yang berminat menggunakan kelemahan ini sebagai peluang.
1991-2012 remaja masuk veteran
Add a description With Zulhazmi Musa, Azri Phin, Abu Hurairah Ahmad, Mohd Rabiie, Mohamad Helmi Abdan, Din Shah, Shaikh Azhar Shaikh Ahmad, Zulfatah Dzulkarnain and Masnawi Miskam at Stadium UUM.
Like · · Stop Notifications · Share · Edit
-
Azri Phin likes this.
-
Masnawi Miskam zaman muda2
-
Zulfatah Dzulkarnain masing2 dalam gambo ni masih slim n macho…aku rasa skrg ni semua pinggang dah saiz genap kat depan kot…hehe
-
Masnawi Miskam aku 32 sekarang berbanding 27 masa ni…peningkatan yang agak pesat
-
Armadi Bin Ahmad 1995 = 56kg 2010 = 84kg15 th = 28kg 1 th = 1.86kg (pertumbuhan yang konsisten – kearah membulat seperti bola)
-
Rozila Taib buat analisis diri sendiri…bagus tu en. armadi..membulat spt bola tu yg buat saya tergelak..
-
Azlan Haniff Haji Zakaria ni kalau tak silap IMTGT ni. huhuhuhuhu madi punya perut boleh tahan sekarang ni. bila nak turun padang ni madi……buat birdie lagi huhuhu
-
Armadi Bin Ahmad Huhu aku pun dah lama tak jumpa kau. Senang nanti boleh kumpul pemain bola pencen kita fun golfing sana sini..
-
Andrew W. Majanggim and Azri Phin like this.
-
Azri Phin klasik..one of the best team UUM ever had..sekrangni tengok liga U UUM dah corot…
-
Armadi Bin Ahmad Sejarah aje
-
Azlan Haniff Haji Zakaria yang maintain fit mawi jer kot…..lain lain…huhuuhuh
-
Armadi Bin Ahmad Huhhhh
-
Masnawi Miskam jambul paling tebal 1.fatah 2. koi 3. adrin/aku kongsi tempat
-
Azri Phin Hahaha…zaman tu pesen jambul…
-
Inshommudin Osman Hangpa mai penang kita arrange game..sini balun ada, fatah, black, mojo, mie unta, pak daq , naeim, aku…dlll …kita buat gathring kat utara pulak..amacam
-
Azlan Haniff Haji Zakaria bagiuh tu che mat….aku on jer. yang lain-lain?
-
Armadi Bin Ahmad Mohamad Helmi Abdan yang duduk sebelah koboi tu apa nama (org perlis tu)
-
Mohd Rabiie Bile blh reunited nihh..
-
Armadi Bin Ahmad 6 HB ni dah confirm lawan tuan tanah beii jom join skali
-
Mohamad Helmi Abdan duduk sebelah koboi 2 Marzimie
-
Mohd Rabiie sori tk dpt join。 krm slm bt d best。team ever。bravo
-
Armadi Bin Ahmad Insyallah skrg program d bukit kayu hitam golfing santai
-
Armadi Bin Ahmad Koboi pakai baju 18 tahun dulu
-
Mohd Rabiie Scoreline camne bro
-
Azlan Haniff Haji Zakaria tewas 4 – 0 la biie
-
Zulfatah Dzulkarnain Koboi…2 game awai tu xkira..so kira seri la utk 3rd half tu hehe
-
Azlan Haniff Haji Zakaria hahaha aku setuju….ok la biie..pembetulan 0 – 0 laaa.
-
Mohd Rabiie Ok la away game kira…@ home bile lak? Bkt jalil ker..
-
Mohamad Helmi Abdan Pasukan UUM yg Champion first IMT-GT tournement di Sintok UUM
pasukan bola Kg Sungai Bunyi – watan 35
- Tambahan nilai modal insan. Pasukan bolasepak yang tersohor dizamannya dalam daerahnya saja. boleh tahan lah, boleh cari makan juga, banyak juga pemain pemain yang ditawarkan pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan disebabkan bakat yang hebat dalam permainan bolasepak.
-
Lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Pemain pemain bolasepak kampung ini diberikan pilihan yang cukup selesa iaitu sama ada mahu main bola atau menyokong team bola. Tidak menjadi masalah kepada mereka yang tidak terpilih dalam skuad bolasepak itu. mereka yang tidak tersenarai menjadi penyokong setia pasukan yang boleh juga menyumbangkan sesuatu sama ada sokongan moral atau meterial.
-
pencapaian pasukan ini sangat membanggakan penduduk kampungnya. Hasilnya mereka memiliki satu perasaan harga diri yang tinggi dan bangga menjadi penyokong pasukan ini.
-
kalau ada nak berikan maklumbalas, saya jemput….. cuma perbincangan sehingga cakerawala…. tak mampu aku nak nolong…
armadi bin ahmad





