Kursus Isu Cabaran Tindakan dan Pelaksanaan: Panduan Terkini 2021

  1. Isu dan Cabaran Tindakan dan Pelaksanaan

2. Pembangunan dan Pengayaan Kerjaya Penjawat Skim Sukan

3. Webinar Kelab Sains Sukan UTM 2021 tabiat ke2

Halatuju Stategik Sukan UTM

4. Dapatan Kajian Terhadap Penjawat Skim Sukan di UA 2021 – DR. HANAFIAH BIN AYUB (A.M.N) Universiti Putra Malaysia

5. Prinsip Penetapan Matlamat. Renungan pagi di HEP2021. Team building Pengadil Nasional PBNJ tabiat ke2

6. Pengurusan Acara Sukan. Bahagian 1. Bahagian 2.

7. Ini Bukan Rahsia. Renungan Pagi HEP 12 Jan 2022 csf

8. Bicara Pentadbir bil.1/2022 – Kesepaduan Kumpulan tabiat ke6

9. Enam Topi Pemikiran – Renungan pagi HEP 1 Jun 2022

10. Keberanian Strategik – Keberanian strategik dalam zaman yang tidak menentu

11. Menyesal Kemudian Tiada Gunanya – Renungan pagi 11 Okt 2023 Persembahan tabiat ke6

SIRI MESEJ INTEGRITI 4 : JOM JADI POSITIF!

Salam Ramadan dan salam mesra kepada semua warga UTM,

Hari ini mesej integriti yang ingin dikongsi adalah berkenaan berfikiran positif. Kita semua pernah mengalami situasi dimana apabila kita dilanda masalah, kita cenderung menyalahkan seluruh dunia atas apa yang berlaku terhadap kita. Berikut adalah 10 tips berfikiran positifyang boleh memberikan anda nafas baru untuk anda meneruskan urusan dalam hidup.
1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikiran tentangnya sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda., 
 
2. Berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif! 
 
3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkanlah diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif, 
 
4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi LUARAN, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus, 
 
5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang – barang anda. Anda perlu dikelilingi barang – barang yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, gambar seni dan apa sahaja yang bermakna buat diri anda, 
 
6. Jika ada seseorang memberitahu bahawa ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN SESUATU, maka ambillah ia sebagai cabaran untuk anda membuktikan bahawa anda boleh melakukannya. Jika anda berjaya menunjukkan pada mereka bahawa ia boleh dibuat, anda mungkin menjadi inspirasi atas kejayaan tersebut, 
 
7. Apabila anda merasa kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa, anda harus mengingatkan diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada Tuhanyang menguji kita. Yakin bahawa pasti ada HIKMAH di sebalik setiap apa yang berlaku, 
 
8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dengan kerja – kerja kebajikan. Keadaan ini akan menyedarkan kita bahawa ada manusia lain yang hidup dengan beban dan masalah yang lebih besar daripada kita, dan mereka mampu menempuhinya. Ini akan menyebabkan anda TERKESAN DARI SEGI EMOSIONAL DAN KEROHANIAN, ketika membantu mereka, 
 
9. Belajar untuk menghilangkan tekanan. Masalah yang kecil akan kelihatan sangat besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda dari tekanan dan hadapi setiap situasi dengan fikiran yang tenang, dan tips terakhir, 
 
10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah, namun mengekalkannya adalah cabaran untuk anda. Jadikan ia TABIAT anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
 
Oleh itu, diharapkan 10 tips ini dapat anda manfaatkan, supaya kita sama – sama lebih berjaya dan mencapai kesihatan dalam minda.  
 
Sekian, terima kasih. 
MORAL : Anda adalah apa yang anda fikirkan. Justeru, jangan biarkan persekitaran mempengaruhi hidup anda, namun anda yang perlu mempengaruhi persekitaran.Jadi,Jom Jadi Positif!
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

7 perangai – stephen covey

kiriman mo hamidon A&Y inc – persembahan

ORANG BERJAYA ADA 7 PERANGAI INI
Yang mana feveret anda?

Mungkin ada di antara anda yg pernah membaca buku yg ditulis Stephen Covey: The 7 habits of highly effective people. Buku klasik yg wajib dibaca baca jika anda mahu menjadi insan yg berjaya. Berikut saya kupaskan dgn pantas:

1.BE PROACTIVE

Orang berjaya ialah orang yg proaktif. Orang gagal adalah orang yg suka komplen. Semuanya salah orang lain dan dia lah mangsa keadaan. Orang berjaya cari jalan utk selesaikan masalah dan mencari peluang!

2.BEGIN WITH END IN MIND

Bayangkan apa yg anda nak orang kata tentang diri kita semasa pengkebumian kita nanti. Nak orang kata kita ni seorang yg pemalas dan perosak? Atau nak orang puji kita. Tentang apa yg kita nak orang puji kita? Adakah kita nak dikenali sebagai seorang yg banyak menyumbang kepada masyarakat? Cuba bayangkan apa penghujung yg kita mahukan dan pastikan segala tindak tanduk kita selari dengan penghujung ini!

3. PUT FIRST THINGS FIRST

Orang berjaya sentiasa lakukan apa yg penting dan tahu apa yg perlu dilakukan. Orang gagal ni pelik, dia tak buat apa yg dia tahu itu adalah penting. Dan paling memalukan, dia cakap je lebih, buat nye tidak! Cakap tak serupa bikin!

4.THINK WIN-WIN

Orang berjaya sentiasa mencari jalan utk menang-menang. Orang gagal ni kemut dan kedekut, tak faham bahawa dirinya boleh berjaya sekiranya semua pihak boleh menang Salam sesuatu perhubungan. Dia hanya mahu orang lain kalau untuk dirinya menang! Orang berjaya akan cari jalan pastikan semua menang!

5.SEEK 1ST TO UNDERSTAND

Orang berjaya akan cuba memahami keadaan orang lain sebelum mahu dirinya difahami. Dalam maksud ni dan bukan senang nak buat. Orang gagal hanya memikirkan diri sendiri.

6.SYNERGIZE

Orang berjaya tahu bahawa kalau dia berkolaborasi dan bekerjasama dengan orang lain, lebih banyak yg boleh dicapai, kejayaan yg lebih besar dapat dicapai. Orang gagal tak nak bekerjasama, dan hanya nak buat seorang diri!

7.SHARPEN THE SAW

Ada kisah seorang yg cuba memotong pokok. Beliau ambil masa yg terlalu lama. Datang seorang sahabatnya dan dia nasihatkan utk asah gergaji itu. Tetapi dia kata: Nak tajamkan gergasi akan ambil terlalu lama! Tak ke sengal orang macam ni? Tapi sama je macam kita. Selalu tak nak labur kan masa utk kita tajam kan kehadiran kita dan selalu nak ambil jalan mudah yg akan ambil lebih lama utk berjaya!

CnP