KISAH DAN TELADAN

Kiriman Hisham – SDPB

Kisah benar yang menarik
Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.

Dengan lemah lembut &  penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 500, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM500,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik  itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM499, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…….

Moral of the story :
cari mak cik tu (mungkin janda)..
😆😆😆😆

poster fbn

poster fbn

TUA & USIA

Kiriman cikgu Roslani – SDPB

[Blog]LencanaSekolah

Panduan utk mereka yg dah tua & yg tak perasan dah tua … :D:D:D                        Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! – By canang

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan.

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

  1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

  1. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

  1. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

  1. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

  1. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

  1. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

  1. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

  1. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

  1. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

  2. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

  3. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

  4. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

  5. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

  1. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

  1. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

  1. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

  2. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

  3. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

  1. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

  1. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  1. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

  2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

  3. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

  4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

  1. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis.

UniMAP.svg

Hamil

kiriman hisham – sdpb

TAKUT HAMIL… Zai mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya.

ZAI : (ketakutan) Makkk… mana bapak.
IBU : Bapak keluar. Kau dah kenape ?

ZAI : (dgn nada perlahan) Minta maaf mak… Kemungkinan Zai hamil.
IBU : (terkejut) Apa ?

ZAI : (gementar) Zai hamil.
IBU : Aaahhh!! Tak mungkin. Kau sakit perut je tu. Kau gi rehat sane!

ZAI : Tapi sejak kebelakangan niy. Zai selalu muntah2…Makk..
IBU : (rasa geram) Ahh! Paling pun masuk angin je perut kau tu. Bubuh minyak anginlah. Sembuh jugak kau tu nanti.

ZAI : (tersedu-sedu) Hikss..hikss… Tapi kenapa sekarang Zai suka makan yang masam mak ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup la kau
berangan ZAIHIŔUDDIN. Mak lempang jugak kau nanti. Lelaki mane booleh
mengandung!…

aku perhati je perangai kau

aku perhati je perangai kau

Puji Bini

Kiriman Hisham SDPB
image

Ada 1 orng suami br dgr kuliah d masjid.berkaitan ucapan terima kasih penghargaan kpd isteri.30 thn dia dh berkahwin..tapi blom pernah ucap terima masih pd isterinya… 
Balik dr masjid dia berazam utk ucap terima kasih pd isterinya tanda penghargaan.
Sampai d rumah isterinya menghidangkan nasi goreng utk mkn mlm..sebaik menjamah 2-3 suap..si suami terus ucap terima kasih Dan puji melambung2 akan kesedapan nasi goreng tersebut…
  Tiba2 isterinya bercekak pinggang dgn Mata terbeliak n berkata…”dah 30 tahun sy masak nasi goreng abg x pernah puji pun…bila mkn nasi goreng yg ni puji bukan main lg…”
“Aii…puji pun salah ker?” Tanya si suami terpinga2..,
Bininya menjawab dgn marah..”sbb nasi goreng tu janda sebelah rumah yg bagi..”#$$%%%#..;'”*💃💃:twisted::twisted::twisted::o:o🏃🏃🏃💨💨💨
image

Bidaah malam jumaat

Kiriman prof Tn Baharom – KGUTM

Dialog suami sunni vs istri wahabi seputar sunnah-bidaah

Pada rabu mlm khamis, suami istri sdang mluangkan masa d ruang tamu.

Isteri : abang.. esok khamis mlm jumaat kan ☺?

Suami : ye.. knp 😃?

Isteri : esk abang dduk je la d rumah.. tiap2 mlm ke surau.. lagi2 mlm jumaat.. dok buat bidaah baca yasin… sesat tu bang… masuk neraka…

Suami : eh eh… pandai2 je awak ni… mana ad sesat…. kan baca quran tu… kan dlm quran allah suruh kita bca quran ?

Isteri : mmg la dlm quran allah sroh baca quran… tapi nabi x buat pn kan bacaan yasin mlm jumaat? Tu bkan sunnah.. ianya bidaah.. sesat.. masuk api neraka….

Suami : laa.. xksah la nabi buat ke tidak.. tp dlm quran ada dasarnya secara umum sroh baca quran… maka ia bkan bidaah… tp sunat… baca quran kan?

Isteri memberontak dan merajuk krana suaminya telah sesat sebab baca yasin malam jumaat…. suaminya tido seorg diluar malam tu…

~~~~~~~~

Keesokkan pagi, mereka x btegur sapa…. suami pg ke kerja dan istrinya awal2 lg ke rumah jiran, cek kiah untuk mngumpat cek nab…..

Pada pkol 6:30 ptg si suami pulang dri kerja…. si suami memanggil istrinya…. lalu istrinya dtg dlm keadaan nak tak nak…

Suami : yang…. abang rasa selama ni abang dalam keadaan sesat la…. 😔

Isteri : hah!!! Sedar pn!!! Baik awak taubat sekarang…. tp knp tiba2 awak bole “dpt hidayah” ni?

Suami : td abang dgr ceramah d tmpat kerja… ustaz tu kata POLIGAMI tu sunnah nabi… nabi buat… abng menyesal lah kahwin sorg… bidaah.. sesat ni sbb x ikot nabi.. abng xnk msuk neraka… abang pn xnk heret syg masuk neraka skali sbb kesesatan abg kerana kahwin seorg…. tlg sign jup *sambil tunjuk borg poligami

Isteri : hah 😱? Apa abg ckap ni….😡? Kahwin sorg xlan sesat kot… kan quran kata kita bole kahwin 1 dan 2 atau 3 atau 4 jika mampu….? Abg xyah nak ngada2 kahwin lagi ye!!!

Suami : mmgla dlm quran secara umumnya kahwin 1 ada asasnya…. tp nabi x buat…. jd ianya bidaah… sesat.. neraka tu….

Isteri : *terdiam mcm monyet 🙊… xlah abg… mana ad cmtu… xkan islam sesempit itu?

Suami : hahahahahahahahahahahahaha….. tu la awak…. ikot lagi wahabi yg kononnya sunnah sgt… pastu kerja mngumpat…. ajak pg dgr ceramah dri ulama xnak…. saya saja berkias la…. borg ni pn saya yg taip sendri.. saja nak test keilmuan dan kesunnahan awak tu…. mcm tu la quran mngajar kita…. slagi ada dasar dalil… sesuatu amalan tu x sesat x bidaah walaupn nabi xbuat… xda ke nerakanya kalau baca yasin… yg ke nerakanya ialah mengumpat…. dah… saya nak bsiap ke surau…. nak “buat bidaah” baca yasin ni….

Isteri : *dgn penuh malu… ye la bang… syg mnx maaf…..syg dah faham metod fiqah islam.. baca yasin x bidaah… syg nak ikot jgak baca yasin… jom jom…. mlm ni abg xyah tido luar lagi… mlm jumaat kan? ☺😊😚😘😍

2015/01/img_6360.jpg
Poster FBN

Cuti Rehat 2015

Kiriman PM Dr. Abdullah HEMA

Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan.

Nota : Slot diatas tidak mengikut cuti negeri. Sesuai juga aktiviti bersama keluarga, kenduri kendara perkahwinan, kahwin 😘😍 dan melancong ke johor, vietnam, bangkok & bandung, europe 😜

OMG

Kiriman Azman – KGUTM

  1. When ur life is in darkness……
    Pray 2 God and ask Him 2 free u from darkness….. and
    If u r still in darkness..Pls pay ur TNB bill.

  2. When a man opens the door of his car for his wife,
    You can be sure of one thing;
    Either the car is new or the wife.

  3. An angry zzzz man entered a shop and shouted :
    Where’s my free gift with this cooking oil?
    Shopkeeper : What free gift??
    zzzz man : Oi, here got put “Cholesterol FREE!”

  4. If u need ADVICE, SMS ME,
    If u need DARLING, CALL ME,
    If u need HELP, E-MAIL ME,
    IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan KAMI.

  5. What’s the difference between stress, tension and panic?
    Stress is when wife is pregnant,… Tension is when girlfriend is pregnant.
    Panic is when both are pregnant.

  6. Grammar Teacher: Do you know the importance of a period?
    Kid: Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted, dad got a heart attack
    & our driver ran away…

  7. A young boy asks his Dad :”What is the difference between confident and confidential?
    Dad says: “You are my son, I’m confident about that. Your friend over there, is also my son, that is confidential.

logo gtb

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Kiriman Rohaya SDPB

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MANGSA BANJIR KELANTAN

Saya amat mengalu-alukan sukarelawan dari dalam dan luar Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bahkan pihak Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan bantuan dari rakan-rakan Negara luar dan semalam warga Bangladesh turut membantu kita dalam gotong-royong perdana, sebelum ini para sukarelawan dari Palestin, Thailand dan Singapura turut datang ke Kelantan membantu memberi bekalan makanan dan pakaian disamping melakukan misi membersih rumah ke rumah.

Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dilaman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan dan meminta mereka keluar dari Kelantan kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan. Jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan saham dosa dalam diari amal kita, sebaliknya tumpulah kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.

Saya yang diberi amanah menaungi rakyat Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir di Negeri ini. Penghargaan khas kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negara Thailand, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pasukan Keselamatan, Tentera, Polis, Pertahanan Awam, Bomba, Rela, Pihak Hospital serta Pasukan Perubatan, Ahli-Ahli Korporat, Usahawan-Usahawan, Semua NGO, Pertubuhan-Pertubuhan Profesional, Sukarelawan dari Palestin, Thailand, Singapura, Bangladesh, Para Dermawan dari dalam dan luar Negeri dan juga orang perseorangan. Pengorbanan masa, tenaga bahkan jiwa raga tidak akan dilupakan dan Allah pasti mengganjarinya.

Kepada mana-mana pihak yang terus ingin berbakti dan menyumbang bagi pembangunan semula pasca banjir bolehlah menyalurkannya ke: Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 03018010080024 atas nama penerima: Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 15 Rabiul Awwal 1436/ 6 Januari 20