Tips menemani isteri shopping raya.

🐝🏈Siri Jenaka Bangsawan🍒 sheikh al-mun bulan puasa

Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan.

Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu.

Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut.

Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman

Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya.

Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan.

Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba2 ada di sebelah kiri atau kanan, kadang2 hilang terus. Kena call baru jumpa.

Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller.

Ketika isteri sedang pilih2 pakaian dan tanya, cantik tak pakaian tu, jangan cakap semua cantik, tapi pandai2 la komen..

“Macam senget sikit..”

“Warna terang sangat..”

“Rasa2 yang tu lagi sesuai..”

Dan seumpamanya walaupun di mata kita semua nampak sama saja. Isteri kadang2 bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja2 nak manja dan tengok apa kita jawab. Dia tahu citarasa kita bukan best sangat pun.

Maka pandai2 bagi pendapat untuk hiburkan hatinya.

Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita kena berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu tu. Isteri biasanya akan tergoda macam nak tergolek atas lantai kalau nampak offer 50%, 70% dan ke atas. 

“Bang… Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana Nak dapat ni bang, ni rezeki kita dengan anak2 ni bang. Kalau lambat kompem habis bang! Wajib beli ni!”

Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.

Kita mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat dari bersenam di Gym. Sebaliknya isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira.

Kalau kita rasa kita kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat dari kita.

Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah2 nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping.

Di rumah mereka penat jaga anak dan berhias untuk kita. Jarang2 sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas kita sebagai suami. 

Jika rasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat dari anda. Bersyukurlah… 😊

🏈🐝 Al Mun🍆🍇

Engkau Isteri Yang Ku Sanjungi 

abg raman A&Y inc kirim

RENUNG TENUNG HARI INICerita utk direnungkan….

Kisah Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot Ini Kerana…

Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis…

Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?”

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

“Jom.”

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

“Awak nak dapur macam tadi, ya?”

Dia jawab,

“Nak sangat. Tapi…”

Aku mencelah.

“Tapi?”

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”

Aku terdiam. Senyum paksa.

“Abang tahu impian awak..”

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya.”

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian…

Masuk balik kereta. Senyum.

“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”

Isteri dan anak-anak serentak jawab, “Nak!” SAGIJA PA SYSTEM JB

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI

hisam jek5sc4 sdpb8788 kirim

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa….
Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, “Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini”. Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. “Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah.”

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, “Cakap apa ni?”

Abah ulang lagi “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?”

“Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia.”

Emak engkau menjeling sinis, “Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu”

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Mata emak engkau masih pandang kelain, “Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2”

Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?”


“Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak” 

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, “Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya”.

Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,

“Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak”

Abah tanya lagi “Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

“Patutnya saya yang tanya soalan itu”

“Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”

Emak engkau renung abah dan dia kata ” Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia”

“Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?”

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. “Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?”

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi. 

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Bumi henti bergegar

kamsaini KGUTM cerita

Seorg suami menyesal menceraikan isterinya, lalu call isterinya,Suami: “Syg, maafkan abg, abg nak rujuk semula.”


Isteri: “Disebelah abg ada gelas tak?”

Suami: “Hah gelas?.. xde.. Kenapa?

Isteri: “Klu begitu pg dapur ambik gelas sekarang”

Suami: “Ok dah ada, nk buat apa dgn gelas ni?”

Isteri: “Lemparkan gelas itu ke lantai!”

Suami: “Abg dah lempar… kenapa?”

Isteri: “Sekarang kembalikan gelas itu seperti sediakala.. tidak mungkin boleh.. begitu juga lah hati ini.”

Suami: “Uikk.. gelas nya x pecah la SAYAANG.. gelas plastik!

Isteri: “Eeeeeek…😒😳…Ok lah, Lepas Maghrib dtg jemput kat rmh mak.”

lailatul kadar – edisi biasa dengar

saleh sdpb 8788 cerita – poster al mun HGolfUTM

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid ” kata Abah separuh memerintah.          Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib.


Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

” Kenapa? ” tanya Abah.

” Lailatuqadar ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? ”

” Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah.

selamat beramal di mlm2 terakhir ramadhan.

cerita no 2 – presiden kgutm hantar

Ni kisah benar yang diceritakan dari turun temurun. Kabarnya berlaku di tahun 50an. Lokasinya di negeri 9.

Zaman dulu surau dibuat dari buluh. Buluh tu di belah 2. Dindingnya buluh. Lantainya buluh. Tangganya buluh. Lantainya pun buluh. Atapnya dari rumbia.

Tiba time solat, adalah jemaah tiap2 waktu kat surau tu. Dapatlah 7,8 orang dengan sorang imam yg dah tua dan uzur.Tapi taat jadi imam.

Nak dijadikan cite, satu insiden yg tak pernah terjadi. Masa tahyat akhir, imamtetiba saja menangis terisak2. Menitik air mata.

Makmum pun turut sebak jadinya. Kompom dapat lailatul qadar nih. Tapi dek lamanya menangis, makmum dah mula rase pelik.

Kot ya pun sebak, dapat lailatul qadar, apa pasal tak beri salam dari tadi? Kaki dah kebas2. Tak rase apa dah ni.

Dek tak dapat menahan sabar, sorang makmum bingkas bangun meluru ke pak imam.

“Apo kono eh imam? Lailatul Qadar ko?”

“Lailatul qadar abah kau. Tolo den tosopit kek colah buluh ni aaa…

AllahuAkbar

husin ismail 5sc4 sdpb 8788 kongsikan

Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu. 

Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.

Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.

Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain…
Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata. 
Inilah manusia… Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang “Hamba”.
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik. 
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.

Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 
Ingatlah…

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan…

Rumusan Fisiologi Puasa.

07/06/2016, 11:32:13 AM: ‪besmuhammad sdpb 8788: Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 – Hari 1-2

  • Gula dalam badan menurun.
  • Jantung berdegup perlahan.
  • Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
  • Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 – Hari 3-7

  • Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
  • Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
  • Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
  • Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 – Hari 8-15

  • Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
  • Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
  • Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 – Hari 16-30

  • Badan mula selesa dgn puasa.
  • Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Fasa 5 – Hari Raya Syawal

  • Badan jadi tak tentu arah..nafsu makan membuak tatkala terlihat ketupat dan rendang. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas……………
  • Dan darah menjadi naik dengan cepat ketika acc bank tiada berbaki…….dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji lama lagi nak masuk…😂😂😂😂

*S E K A D A R R E N U N G A N* – copy group sebelah

09/06/2016, 6:57:52 AM: Samad Sdpb8788: Copy dr group sekolah lama

S E K A D A R    R E N U N G A N (sebahagian dpd kasih ALLAH kpd umat Muhammad)

Umur kita terlalu singkat
… hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.
Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang
Hidup ini terlalu singkat
… ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.
Hidup ini terlalu singkat
…ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat  tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.
HIDUP INI TERLALU SINGKAT…JANGAN SIA-SIAKAN…
HARAP PNJGKAN KPD SHBT2 LAIN…
📚 *MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA*
  1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
  2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap mlm.
  3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
  4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
  5. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
  6. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
  7. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
  8. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
  9. Pastikan *bersahur* setiap hari.
  10. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
  11. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
  12. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
  13. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
  14. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
  15. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.
  16. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
  17. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
  18. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
  19. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
  20. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
  21. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
  22. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
  23. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara2 yg dilarang.
  24. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
  25. Perbanyakkan *amalan2 sunat* – solat sunat rawatib.
  26. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
  27. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
  28. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
  29. Menjaga *Ikhtilat* – hubungan antara lelaki dan perempuan.
  30. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
  31. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT – *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.
  • 💟 Mudah2an kita semua mendapat segenap Bantuan untuk dapat melaksanakannya,
  • Aamiin.. Aamiin.. ALLAHumma Aamiin

Senyum Sendiri Sendiri – whatsApp chat sdpb 87-88

08/06/2016, 5:07:56 PM: ‪anarohana:

Semalam pergi la bazaar ramadhan… cari kuih pelita

satu gerai tu penuh orang sampai sesak nafas lah nak kegerai tu… punyalah ramai manusia nak beli….

akhirnya saya dapat rapat dgn gerai tu… saya tanya orang sebelah.. kenapa ramai sangat kat gerai ni…. dia kata orang nak tengok  ” puteri mandi” 🙂🙂

Bes tu…badak berendam sekali lah

08/06/2016, 6:57:20 PM: ‪anarohana: C badak berendam x cntik

8/06/2016, 7:02:37 PM: ‪besmuhammad: Mat puteri mandi..Mcm mana mat..

08/06/2016, 7:03:19 PM: Samad Sdpb8788: sensor..

08/06/2016, 8:02:54 PM: Ida:  👀👀👀👀 !!!!!!!!!?????

08/06/2016, 10:10:35 PM:

PM umumkan bonus:

  1. TV3 = RM500
  2. TV9=RM500
  3. TV1=RM500
  4. NTV7=RM500

Jmlah=RM2000

Jgn risau….👆blum cmpur astro lg umum.bnyak tu😆😆😆😁

08/06/2016, 10:12:32 PM: Roslenda Sdpb8788: 😄😄😆😆

08/06/2016, 10:16:26 PM: ‪anarohana: Gelak beso ko ye lin. ..

08/06/2016, 10:24:00 PM: Roslenda Sdpb8788: byk dpt tu na

08/06/2016, 10:24:22 PM: Roslenda Sdpb8788: boleh le ko blik pontian raya ni 😄😄.

08/06/2016, 10:31:12 PM: Mat Salleh: Untunglah kerja gomen. Dptlah duit raya anak buah. 08/06/2016, 10:47:52 PM: Ida: 😁😁😁😁😁

09/06/2016, 4:59:13 AM: ‪besmuhammad: 2016-06-09-VIDEO-00002080.mp4
09/06/2016, 8:47:53 AM: Ida: 👀👀👀👀👀

09/06/2016, 8:56:40 AM: Hasbullah Sdpb 8788: Hahnhah hah

09/06/2016, 9:21:27 AM: mala 5sc4: 🙈🙈🙈🙈

09/06/2016, 12:11:42 PM: X Sdpb Fadzil: JANGAN DAHULUKAN BUKA PUASA DENGAN KURMA

Memulakan makan kurma semasa berbuka adalah tidak sihat. Baru dengar ceramah agama, masa buka puasa kita makan kurma dulu sebelum ni kan? Ustaz cakap tadi kurma tak boleh, yang boleh Rutab atau Tamar. Ustaz cakap, buka puasa tu kita buka makan la Rutab atau Tamar dulu dengan air suam. Lepas itu kita solat dulu

Jangan makan kurma, sebab kurma ni macam-macam kurma  ada, ada kurma ayam, kurma daging, kurma kambing.

DIAM TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata “Ternyata diam boleh membatalkan puasa”.

Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya :

  1. Diam-diam sarapan pagi
  2. Diam-diam minum cendol
  3. Diam-diam makan maggi
  4. Diam-diam merokok
  5. Diam-diam makan dalam kereta

Senarai kuih di bln ramadhan yg perlu anda cuba..rugi x cuba..

  1. Kuih paling gangster → Lompat Tikam
    Kuih paling sexy → Puteri Mandi
  2. Kuih paling keji → Taik Itik
  3. Kuih bajet cute → Cek Mek Molek
  4. Kuih untuk awet muda → Seri Muka
  5. Kuih paling alim → Kuih Ketayap
  6. Kuih penyakit lelaki kronik → Batang Buruk
  7. Kuih suka pukul → Kuih Lompang
  8. Kuih dalam zoo → Badak Berendam
  9. Kuih yg bangun sendiri → Kuih Bangkit
  10. Kuih org tak mandi → Kuih Bau-lu
  11. Kuih paling tenteram → Kuih Makmur
  12. Kuih paling jauh → Kuih Almond London
  13. Kuih kaki ah long → Kuih Pau
  14. Kuih paling lembab → Kuih Siput
  15. Kuih paling munafik → Kuih Talam Dua Muka…..🌾🌾

Pilihan d tangan anda😂😂😂
SELAMAT BERPUASA…mohon ampun & maaf.

Nota Bab Puasa – Tulisan Juman USE

group use

Ulangkaji Bab Puasa
Niat Puasa :

“Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”

Syarat Wajib Puasa :
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa :
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa :
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada’kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua – (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada’ Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.
Kalau Tidak Di Qada’ Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada’ Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada’ Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada’ Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada’ Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

Tingkatan Puasa :
1. Puasa Umum – Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus – Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus – Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja’riah.

Insya Allah …
😀😀😀

Sekadar ulangkaji buat kita semua.