Kesah Pemandu Bas

En Hazalee SUB panjangkan

bas balik kampung

Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut…“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu…

“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab…

“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”

(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…
So ada 3 org sengau d sini:

Penumpang 1

Pemandu bas,

Yang baca ni…
Yg membaca ni pun sengau jugak hahaha…..

Hahan hahah( jgn marah)

Lawak ikan Paus & Kera

M.Hafiz USE buat lawak rumahtangga

Seorang isteri meminta izin dari suaminye untuk belajar berenang kat kolam renang tak jauh dari rumah mereka.
Isteri : abang, saya nak belajar berenang lah, nanti buleh slim sikit kot body saya ni kalau selalu berenang;
Suami : jangan merepek la sayang… tak payah la…. ikan paus tu hari2 berenang, tak kurus pun.. gemok ade le…

Suatu hari si isteri hendak kepasar untuk membeli barangan dapur. Si suami berpesan;
Suami : yang.. nanti tolong belikan buah buahan sikit ye..
Isteri : nak buat apa..?
Suami : nak makan la… buang toksin, bagi sihat sikit, kulit licin semua.
Isteri : aaaah.. tak payah berangan la.. kera yang dalam hutan tu hari2 makan buah, hodoh jugak !!!.
Wahahaha………………….

Hilangkan stress………………..

img_8490

Pak Amir integriti tinggi

Kuliah Prof Dato Najib hcp 18

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.

  • Jin Tasik: “Kenapa dengan kau?”
    Pak Amir: “Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.”
    Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.Jin Tasik: “Inikah kapak kamu?”
    Pak Amir: “Tidak.”
    Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

    Jin Tasik: “Inikah kapak kamu?”
    Pak Amir: “Tidak.”
    Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.

    Jin Tasik: “Inikah kapak kamu?”
    Pak Amir: “Tidak, kapak aku buruk sahaja.”
    Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

    Jin Tasik: “Inikah kapak kamu?”
    Pak Amir: “Ya, itulah kapak aku.”
    Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.

    Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..
    Jin Tasik: “Kenapa kau bersedih?”
    Pak Amir: “Isteriku jatuh ke dalam tasik.”
    Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.

    Jin Tasik: “Inikah isteri kau?”
    Sambil menangis Pak Amir menjawab… “Ya..”
    Jin Tasik pun marah,
    “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?”

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
“Aku bukan lupa daratan atau penipu…
Kalau aku kata ‘tidak’ pada Nora Danish… kau akan bawakan pula Erra Fazira… kalau aku katakan ‘tidak’, kau akan bawakan pula Emma Maembong… kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku… Dan bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka berempat padaku… Aku yang dah tua lg kencing manis ni tak mampu nak tanggung semua…”

Moral of the story… jagalah kesihatan… jgn sampai kena kencing manis…. rugi brooo!😂!😝!😅

Siti Penternak Jaya

Kamaini hcp 18 buat cerita

Senyum sejenak bersama hj taha….hehehe..
Di suatu kawasan pedalaman di #######, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

“Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan….

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Siti.

Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut ku.”

Man buat, perlahan sekali.

“Buka, setokin ku..”

Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”

Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”

The best day 

Kamsaini konngsi pengalaman KGUTM

An Inspirational speaker said: “The best days of my life were the days I spent with another man’s wife”.Audience were in shock and silence. He added: “and she is my mother”. A big round of applause and laughter followed.                 

One Man who listened to the speech decided to crack this at home. After dinner, he said to his wife: the best days of my life were the days I spent with another man’s wife….     

After a moment he tried to recall the second line…… 

By the time he regained his senses, he was on hospital bed, recovering from burns of hot water poured by his wife. 😀😀😀         

MORAL LESSON: Don’t copy if you do not know how to paste.

Emak Bapak & Anak

Kamsaini cerita motivasi keluarga KGUTM

Seorang anak nak kawin tapi dimarahi ibunya kerana masih belajar…tggu dah kerja…kata ibunya…Dia mengadu pd bapa nya….

Bapanya menjwb…”mak ko tu memang mcm tu,,

Bapak ni yg dah kerja pong mak ko tak kasi kawin…😄😄

Status Facebook Serupa

Analisis Hj Hassan hcp 17 KGUTM

Kalau haiwan ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki aku malam ni…

CICAK : isteriku tersepit pintu…menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sbb I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh…

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang betol la…dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye…wei bro!! lain kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw…agak-agah laa weyy😖😖

Lelaki idaman wanita

Kiriman pm dr razali hcp 13 kgutm

Awek : “Abang kerje kt mna..?”
Abang : Abang berniaga dik.. ada la kedai emas 2, restoran 1, chalet 5 buah kat utara ni, Dan 4 buah kedai juai
henpon..

Awek : (terkejut) Abang tinggal kt maner?
Abang : “Lagenda Height”

Awek : (wah! mesti kaya ni)Rumah abang mesti besar kan??
Abang : Takder lah, rumah pun harga 300 ribu jer..

Awek : (terbaek) kereta abang mesti banyak kan??
Abang : Sikit jer, cuma ada Mercedes, BMW, Jaguar, VW ….dan Range Rover

Awek : (waa…ni bakal suami ni) Abang dah ada isteri??
Abang : haa.. tu la.. sampai sekarang belum ada isteri..

Awek : (terbaek..boleh jadi laki ni) Abang merokok??
Abang : merokok kan tak baik untuk kesihatan tubuh badan

Awek : (sihat tuu) Abang minum minuman keras tak??
Abang : Tak minum…haramm

Awek : (Perghh..) Abang main judi?
Abang : Judi?? menghabiskan duit je main judi..lagipun berdosa.

Awek : (sweetnye abang ni)Abang kaki disko??
Abang : Heh..Abang tak suka buang masa dik..

Awek : (Ish..abang ni memang hebatlah) Abang pernah pergi Haji?
Abang : 3 kali haji, 6 kali umrah

Awek : (Subhanallah..calon suami ku syuurgawii) Hobi abang apa??

Abang : Bohong orang..

Hahaaaaa….

😝😝😝😝😝😝😝😝😝

Kenakan grup n org lain pulak😂😂😂😂😂😂😂😂😂

aku perati aje

*Petua mudah utk sampai awal subuh di masjid*

tips Presiden KGUTM

Ada dua sahabat, Mat & Din yang selalu berlumba-lumba untuk menghadiri shalat jamaah Subuh di masjid.

Namun si Mat selalu mendahului si Din

Din bertanya, “Bagaimana engkau selalu mendahuluiku?”.

Dijawab, “Aku punya dua isteri yang selalu membantuku untuk cepat hadir jamaah.”

Bila mendengar jawapan Man, siDin amat teruja, lalu dia pun kawin dua.

Alhamdulillah Din sekarang tidur di masjid..!

din dan mat dlm cerita ni nama samaran ahli yang belum daftar KGUTM

wpid-IMG-20140226-WA0007.jpg

*PENTING UNTUK SUAMI*

kiriman besmuhamad sdpb 8788

5 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik-baik. Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang. Antaranya ialah :

1) mengambil daun pandan, serai dan daun kunyit yang ditanam di belakang rumah.

2) menjemur kain baju di ampaian.

3) membakar ikan terubuk.

4) memberi makan ayam, itik.

5) Bersembang dgn jiran belakang rumah. 

Sekian, terima kasih 😝😝😝

Salam Aidiladha maaf zahir dn batin🙏🙏🙏