Rahsia Wajah bercahaya

hasmizul:AMALAN SUAMI YANG BERCAHAYA WAJAHNYA KETIKA TIDUR

Bertanya seorang isteri kepada Ustadz di satu majlis ilmu. 

“Ustadz, saya melihat suami saya sedang tidur. Berselimut hingga ke kepalanya tertutup, tetapi terdapat cahaya di wajahnya, hingga cahaya tsbt menembus selimut.. 

menurut pengalaman Ustadz…

Kira2 amalan apa saja yg telah dilakukan suami saya sehingga wajahnya bercahaya..?”

Jawab ustadz:

“Wahai ibu, suamimu itu sesungguhnya sedang whatsapp


The best day 

Kamsaini konngsi pengalaman KGUTM

An Inspirational speaker said: “The best days of my life were the days I spent with another man’s wife”.Audience were in shock and silence. He added: “and she is my mother”. A big round of applause and laughter followed.                 

One Man who listened to the speech decided to crack this at home. After dinner, he said to his wife: the best days of my life were the days I spent with another man’s wife….     

After a moment he tried to recall the second line…… 

By the time he regained his senses, he was on hospital bed, recovering from burns of hot water poured by his wife. 😀😀😀         

MORAL LESSON: Don’t copy if you do not know how to paste.

Emak Bapak & Anak

Kamsaini cerita motivasi keluarga KGUTM

Seorang anak nak kawin tapi dimarahi ibunya kerana masih belajar…tggu dah kerja…kata ibunya…Dia mengadu pd bapa nya….

Bapanya menjwb…”mak ko tu memang mcm tu,,

Bapak ni yg dah kerja pong mak ko tak kasi kawin…😄😄

*Wang Nafkah Bulanan Isteri:* *Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua*

Bos Hj Abdul Malik  ingatkan staf USE

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu. 

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham. 

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham. 

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya. 

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku. 

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU. 

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB. 

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa. 

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya. 

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan. 

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga. 

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga. 

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi. 

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. 

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu. 

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan? 

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada. 

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah. 

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis. 

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita. 

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah. 

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan. 

#DrMahyuddin!

Lelaki idaman wanita

Kiriman pm dr razali hcp 13 kgutm

Awek : “Abang kerje kt mna..?”
Abang : Abang berniaga dik.. ada la kedai emas 2, restoran 1, chalet 5 buah kat utara ni, Dan 4 buah kedai juai
henpon..

Awek : (terkejut) Abang tinggal kt maner?
Abang : “Lagenda Height”

Awek : (wah! mesti kaya ni)Rumah abang mesti besar kan??
Abang : Takder lah, rumah pun harga 300 ribu jer..

Awek : (terbaek) kereta abang mesti banyak kan??
Abang : Sikit jer, cuma ada Mercedes, BMW, Jaguar, VW ….dan Range Rover

Awek : (waa…ni bakal suami ni) Abang dah ada isteri??
Abang : haa.. tu la.. sampai sekarang belum ada isteri..

Awek : (terbaek..boleh jadi laki ni) Abang merokok??
Abang : merokok kan tak baik untuk kesihatan tubuh badan

Awek : (sihat tuu) Abang minum minuman keras tak??
Abang : Tak minum…haramm

Awek : (Perghh..) Abang main judi?
Abang : Judi?? menghabiskan duit je main judi..lagipun berdosa.

Awek : (sweetnye abang ni)Abang kaki disko??
Abang : Heh..Abang tak suka buang masa dik..

Awek : (Ish..abang ni memang hebatlah) Abang pernah pergi Haji?
Abang : 3 kali haji, 6 kali umrah

Awek : (Subhanallah..calon suami ku syuurgawii) Hobi abang apa??

Abang : Bohong orang..

Hahaaaaa….

😝😝😝😝😝😝😝😝😝

Kenakan grup n org lain pulak😂😂😂😂😂😂😂😂😂

aku perati aje

*Petua mudah utk sampai awal subuh di masjid*

tips Presiden KGUTM

Ada dua sahabat, Mat & Din yang selalu berlumba-lumba untuk menghadiri shalat jamaah Subuh di masjid.

Namun si Mat selalu mendahului si Din

Din bertanya, “Bagaimana engkau selalu mendahuluiku?”.

Dijawab, “Aku punya dua isteri yang selalu membantuku untuk cepat hadir jamaah.”

Bila mendengar jawapan Man, siDin amat teruja, lalu dia pun kawin dua.

Alhamdulillah Din sekarang tidur di masjid..!

din dan mat dlm cerita ni nama samaran ahli yang belum daftar KGUTM

wpid-IMG-20140226-WA0007.jpg

*PENTING UNTUK SUAMI*

kiriman besmuhamad sdpb 8788

5 PUNCA ISTERI KELUAR PINTU BELAKANG

Isteri ini anugerah dan amanah utk org lelaki. Jagalah baik-baik. Kebanyakkan suami hari ini tidak beri tumpuan pada isteri. Akibatnya kebelakangan ini banyak kes isteri keluar ikut pintu belakang berlaku. Menurut kajian Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca berlakunya kejadian isteri keluar pintu belakang. Antaranya ialah :

1) mengambil daun pandan, serai dan daun kunyit yang ditanam di belakang rumah.

2) menjemur kain baju di ampaian.

3) membakar ikan terubuk.

4) memberi makan ayam, itik.

5) Bersembang dgn jiran belakang rumah. 

Sekian, terima kasih 😝😝😝

Salam Aidiladha maaf zahir dn batin🙏🙏🙏

*CERITA DIBALIK SITUASI*

Hisham SDPB kongsi cerita
“`Situasi 1

Suatu hari orang kampung berniat untuk melakukan sholat hajat memohon turunnya hujan.

Waktu mau sholat banyak orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang anak yang membawa payung. Karena dia yakin doanya akan dikabulkan Allah
Itulah yang dinamakan KEYAKINAN.

Situasi 2

Bila Anda melambungkan bayi ke udara, dia tertawa sebab dia tahu Anda akan dapat menangkapnya.
Itulah yang dinamakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3

Setiap malam ketika kita tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set alarm untuk kita bangun pada esok hari.
Itulah yang dinamakan

HARAPAN.
Teruslah memasang “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN, dan HARAPAN” kepada Allah Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu Segalanya.

Situasi 4

Bila Anda bertemu seorang wanita cantik dan dari keluarga baik2, Anda ingin menikahinya, tetapi wajah isteri Anda selalu muncul di pikiran.
Itulah yang dinamakan

KETAKUTAN….

:D:D:D

Situasi 5

Anda di situasi 4 tapi tetap melamar wanita tersebut
Itulah yang dinamakan

KEBERANIAN…

😄😄😄

Situasi ke-6

Saat melamar wanita nan cantik itu, tiba2 istri Anda muncul
Itulah yang dinamakan

KETAHUAN

:mrgreen::mrgreen::mrgreen::mrgreen::mrgreen:
Situasi ke-7

Ketika Anda pada situasi 6 istri datang dengan anak, serta keluarga besar mengizinkan acara tersebut tetap berjalan demi menjaga nama baik Anda.

Itulah yang dinamakan

KEAJAIBAN

Situasi ke-8

Setelah Anda pulang dan tampak segalanya berjalan dengan baik, aman, dan tentram istri Anda tersenyum sambil menyuguhkan kopi kesukaan Anda lalu tiba-tiba Anda tak sadarkan diri

Itulah yang dinamakan

KERACUNAN“`

:D:D:D

img_3435

Roti Hangit

Usop Sadimon Kirim – 5sc4

Seorang anak menceritakan:

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: “Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit.”

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

“Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.

Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.

Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
Selamat bertugas 😊

Uda & Jan

Kamsaini kirim – KGUTM

Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok me:renung ke arah rumah si janda. Si janda perasan dan datang menegur si duda, “Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu”. Pak Uda menunduk lalu menjawab, “Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan”. Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, “Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?”. Mak Jan tersenyum dan menjawab, “Sudi..”. Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.

Pada malam itu, Pak Uda gelisah. Dia tidak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi. Terpaksalah dia bertanya sekali lagi dengan telefon. Nak datang rumah tak molek pulak dah malam-malam ni.
“Hello.. Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?” mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, “Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati. Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi”.
😂😂😂😂😂

img_2079