Formula `win win’ bahasa jawa – suami isteri

Cikgu Azeman Sailin Kongsi kepaada ex sksb

5 ng.. – suami

NGOMAHI – Maknanya kalau lepas kawin jangan duduk bawah jambatan.
NGINGONI – Mesti mampu beri nafkah zahir.
NGELONI – Mesti ada ngeloni mampu beri nafkah batin.
NGAYEMI – Kemudian boleh berikan kedamaian.
NGAYOMI – Beri pendidikan.

5 e – isteri

  1. BAKTIE – Bukan badan kebajikan isteri-isteri menteri. Dalam bahasa jawa halus maknanya PATUH kepada suami.
  2. ATI-ATIE – Ni maknanya WASPADA dalam menjaga kehormatan diri seorang wanita.
  3. GEMATIE – Memberi Perhatian dalam melayani suami. Mengaturkan rumahtangga itu sifat seorang isteri.
  4. GEMIE – Pandai mengurus Ekonomi keluarga, sebab itu falsafah orang tua tua `kalau nak kawin carilah wanita yang ringan disumur, khidmat didapur, hangat di kasur. Maknanya ringan disumur rajin bekerja – tak ada bang! bang! bang! boleh buat kerja. Khidmat di dapur…… hangat di kasur…… kasur tu KATIL la. Tak boleh ulas lebih lanjut TV nasional ni..
  5. ULES ASIE – Ada rasa kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Kalau 5 ni ada dapatlah isteri tadi menjalankan peranan yang sempurna sebagai tulang rusuk yang paling kuat kepada kerjaya suami.

skema pemarkahan

  1. 5/5 = A+ Jangan Riak
  2. 4/5 = A+ Perlu tambah 1 markah
  3. 3/5 = A+ Perlu tambah 2 markah
  4. 2/5 = A+ Perlu tambah 3 markah
  5. 1/5 = A+ Perlu tambah 4 markah

Sembang Kosong Kosong (0-0) bulan puasa 2017

Hisham

DIAMTERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA
Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata “Ternyata diam boleh membatalkan puasa”..
Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam sarapan pagi
Diam-diam minum cendol
Diam-diam makan maggi
Diam-diam merokok
Diam-diam makan dalam kereta. 😅😂😂😂😂😝😝😝😝

Hisham
kalau rasa was was nak makan kurma , takut termakan yang kotor atau yahudi punya produk, makanlah kurma Melayu… mcm2 ada, kurma ayam, kurma kambing, kurma daging, kurma ikan, kurma sotong, kurma telur pun ada.. 😅😅😬😬

kurma kampong ini dia

Alpian
Untuk makluman semua:
Group kita akan mengadakan

Majlis Berbuka Puasa:
Tarikh: 28/05/2017 hingga Hari ini
Masa: wktu maghrib
Tempat: Di Rumah Masing- Masing.
Sekian Terima Kasih.😂😂😜😂🤣

Amorzam
Copy Paste….
Lawak gak + kisah benar staff bank malaysia raya…
😅
Syarat nak tukar duit raya..

Drpd seorang staff bank.

👇🏼👇🏼👇🏼
Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak..
Waktu pertukaran pulak ialah jam 9.30am – 11.30am.. selepas tu.. kami tak layan.. kami banyak kerja lain nak buat..
PERLU DI INGATKAN….
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..
2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat “tukar pakai duit ko dulu” adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..
3. Ayat “Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik” juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..
4. Statement “Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik” juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..
5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai ‘KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA’ kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??
6. Special Request seperti “Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara” juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..
7. Request “Bagi la kertas Ang Pow lebih sket” (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..
Sekian.. Harap maklum..
#CopyPasteKuliBankPunya

#SayaBukanOwnerBank

#sayabanyakkerjalain

#sayamakangajitakdaextracash
😂😂😂😂😂😂😂😂😂

img_3435

iman

Rohaya
KISAH SEDIH SEORANG SUAMI SELEPAS HARI RAYA

Isteri: “Abang buat apa tu?”
Suami: “Sedang baca buku.”
Isteri: “Habis, kenapa abang menangis?”
Suami: “Penghujung cerita dalam buku ni amat menyedihkan sekali.”
Isteri: “Buku apa yang abang baca?”
Suami: “Buku akaun bank abang….”

img_8915

sabar iman

Hisham
“Kak, kuih tepung pelita RM3, kuih puteri mandi RM2 pastu badak berendam rm2”
“Bungkus sekali?”
“Asing, nanti puteri mandi, air terpercik, terpadam pulak pelita.” 😅😅😅
“Ehhh…Badak berendam pon asing skali kak…nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak” 😂😂😂😂

CERITA MALAM TERAWEH

Pada suatu malam, selepas solat terawih seorang pemuda tergesa gesa ingin balik ke rumah. Didapati selipar Adidas yg baru di belinya telah diambil orang.
Lalu pemuda itu dgn penuh geram pergi berjumpa Pak Imam nak guna mikrofon.

Pemuda itu membuat satu pengumuman.

“Sesiapa yang ambil selipar Adidas saya tolong hantar segera, kalau tidak saya akan bertindak sebagaimana arwah ayah saya pernah buat…”

Selepas pengumuman pemuda pergi ke tangga masjid.
Didapati seliparnya telah dikembalikan.
Pemuda itu bersyukur dan pergi berjumpa Pak Imam untuk mengucapkan terima kasih.

Pak Imam tanya dgn penuh perasaan ingin tahu :

“Apa yang ayah kamu pernah buat?”
Pemuda itu menjawab:

Ayah saya balik ke rumah berkaki ayam

😄

Momok diMomoknye

Giant USE suka kogsi dialog ini

momok

Anak : Ayah , Hantu Wujud Ke ?
Ayah : Tak , Hantu Tidak Wujud .
Anak : Orang Gaji Kita Cakap , Hantu Tu Wujud .
Ayah : Kemas Barang Kamu Sekarang !
Anak : Kenapa Pula Ayah ?
Ayah : Kita Mana Ada Orang Gaji !
Anak : Omg !!
Anak : Mak ! Kemas Barang Cepat !
Emak: Kenapa Pula ?
Anak : Ayah Cakap Rumah Nie Berhantu .
Emak : Ayah ? Ayah Sudah Meninggal Sebelum Kamu Dilahirkan!
Anak : Abang ! Betul Ke Ayah Kita Dah Meninggal ?
Abang : Ha ? Sapa Beri Tahu Kamu !
Anak : Emak Beritahu Tadi .
Abang : Emak Dah Meninggal Semasa Melahirkan Kamu
Anak : Haaa !!
Abang : Kamu Jaga Larhh Diri Sendiri Anak : KenapaPulak ?
Abang : Sebab Abang Telah Digugurkan 5 Tahun Sebelum Kamu Dilahirkan Anak : :.?!!?,,#/
Anak: lari sekuat hati nak nyorok kat umah jiran
jiran: kenape kamu belari ?
anak: semua ahli keluaga sy dah meninggal
jiran: Ron ! kemas beg pakaian kita sekarang !!
Ron: kenapa mak ?
jiran: rupa nya kita berjiran dengan hantu !
Ron : siapa bgtau mak ?
Jiran : kawan kamu salim
Ron : mak !! Salim dah meningga 2tahun lepas !
Ron : ayah ! cepat keluar dari sini kita berjiran dengan hantu !! ayah
Ron: sape kabo ke kamu ?
Ron : mak ayah
Ron : haaaahhhh ??!! mak kamu dah RIP sebelum melahirkan adik kamu !
Ron : kakak !!!! mari kita lari !!
kakak : why huny bunny Ron ?
Ron : kita berjiran malah tinggal dengan hantu !!!!!
kakak : siapa bilang ?
Ron : ayah !
kakak: Ron !!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah dah RIP semasa menghantar mak ke hospital semasa melahirkan kamu!!!
Ron: $#@*%$@
kakak: enough Ron … sebenarnya kami semua sudah tiada… kamu pun dah takda.. cukuplah bermain, mari balik ke kubur .. hari dah senja.. nanti kang kena sorok dek antu kopek.. moh deghaih…. Dalam perjalanan nk gi kubur..
Ros : (Nampak Ron dngan keluarganya) Ayahhh!!!
Pak Aji : Pasaipa ni?
Ros : Cheq nampak Ron dengan keluarga dia tengah jalan!
Pak Aji : Jadi?
Ros : Kan depa dah meninggal!
Pak Aji : Memanglah. Ayah pun dah meninggal 2 tahun lepas.
Ros : (Lari ke emaknya) Makkk!! Mak Aji : Awat ni?
Ros : Ayah dah meninggal! Mak Aji : Jadi?
Ros : Ros cakap dengan ayah tadi!
Mak Aji : Kamu pun tengah cakap dengan mak. Mak pun dah meninggal 3 tahun lepas sebab melahirkan adik kamu.
Ros : (Lari ke abang) Abanggg!!!
Abang : Awat hang duk jerit2 ni?
Ros : (Berhenti)
Abang : Pasaipa dengan hang ni?
Ros : (Ambik pistol tmbak kepala)
Abang : Ya Allah! Kenapa dengan hang ni? Dah gila ka apa?
Ros : Sudah lah. Abang pun dah mati kan?
Abang : Sebenarnya, aku bukan abang hang
Ros : Habis tu, ini siapa?
Abang : Aku orang bunian lah!
Ros : TIDAKKKK!!
Adik : Sudahlah kak. Jom pergi kubur Mak dengan ayah.mereka dah tunggu dah tu…
Ros : (ikut je lah) Tiba-tiba…
Pengarah : Cut!! Pandai kamu semua berlakon! Syabas! Saya nak kamu semua macam ni lah. Okay, itu saja setakat ini. Esok, kita sambung lain. Kemas barang cepat!!!! # woooit.. Serius Benar Korang Baca.. Dah2 la tu..forward kat org lain plak.. Dorang pun nk baca jugak …………..☝☝☝

Mim Dr: Tapi nak tanya dato N sifu pendidikan: Adakah lecturer itu guru?

sambutan hari guru

Mim Dr: Tapi nak tanya dato N sifu pendidikan:
Adakah lecturer itu guru?

Azman Arifin KGUTM: Soalan Yg bagus… soalan kbat..dato tolong jawap nak juga tahu😊😊

sekolah berok

Dr Muzammil FP : termasuk yg 👆
Prof Dato’ Najib Fp: Maaf Dr MIM, Man baru baca.. takde sifu2nya..
Prof Dato’ Najib Fp: Tapi cuba bagi juga pandangan lecturer itu guru ke.
Ianya hanya semantik, bahasa.
Guru tu ngajar sekolah, lecturer tu ngajar universiti IPT. Di UK, lecturer tdk melibatkan researck tapi tahap lebih tinggi perlukan research n writing iaitu senior lecturer (di USA=ass prof), reader (assoc prof), dan profesor. Prof dr bahasa perancis=teacher..

Prof Dato’ Najib Fp: Tugas guru secara konsepnya mengubah tingkahlaku manusia, contoh dr tidak tahu kepada tahu, iaitu melalui pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya, iaitu pengajaran/teaching. Bila berlaku perubahan tingkahlaku, maka adanya pembelajaran/learning.

Prof Dato’ Najib Fp: Kaedah mengajar adalah dr yg paling simple, iaitu lecture/one way communication, kepada yg paling inovatif seperti flip classroom atau elearning.

Prof Dato’ Najib Fp: Learning diukur bersandarkan objektif, dgn itu adanya mcm2 kaedah seperti OBE.

Prof Dato’ Najib Fp: Di univ pelajar tdk hanya diajar tahu ilmu tetapi juga diajar untuk tahu tambah ilmu iaitu melalui research dan juga tahu sebar ilmu kpd masyarakat, iaitu melalui penulisan artikel, buku dan pembentangan seminar dan perbincangan konferens. Dengan itu kaedah pengajaran lebih rencam, tdk seperti disekolah. Iaitu pelajar hanya perlu tahu baca tulis kira dan fakta2.

Prof Dato’ Najib Fp: Dgn itu lecturer adalah guru, cuma kaedah berbeza mengikut konteks.

Prof Dato’ Najib Fp: Guru lecturer professor trainer tutor ustaz educator fellow academician .. dll same aje tugasnya

Prof Dato’ Najib Fp: Sifu

Prof Dato’ Najib Fp: Di UK, semua tenaga pengajar IPT=lecture, senior lect, reader dan prof.
di USA, semua adalah professor, contoh, assistant prof, assoc prof, prof, distinguish prof

Prof Dato’ Najib Fp: Begitulah secara ringkas tuan2,, jgn boring dgr lecture, hehe,, 1:47


Dr Nazri Kamsah: Terbaik Dato’ Najib 😊
Azman Arifin KGUTM: 👍👍👍dato

Peserta forum hari GURU;

  1. Profesor Dato’ Najib – Pensyarah Fakulti Pendidikan
  2. Prof Madya Dr Muhamad Ibrahim (MIM) – Pensyarah FKA
  3. Prof Madya Dr. Nazri Kamsah – Pensyarah FKM
  4. Dr. Muzammil – Pensyarah FP
  5. Azman – Pensyarah FGHT
  6. Pembaca tanpa soal – 50 ahli wasap UTM GOLF CLUB

Sahabat

Kiriman samad sdpb8788

Hari berganti hari tanpa terasa.
Usia kita semakin bertambah, namun serasa masih terus muda seperti dulu.
Waktu terus berjalan.

Dulu otot dan badan kita kencang, kini kendor.
Dulu kita gagah, kini mulai goyah.
Dulu kita kuat, kini beransur lemah.

Ingatlah kata-kata bijak :
•Besi itu kuat, tapi api dapat meleburkannya.
• Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya.
• Air itu kuat, tapi matahari mampu mengwapkannya.
• Matahari itu kuat, tapi awan bisa menghalanginya.
• Awan itu kuat, tapi angin mampu memindahkannya.
• Angin itu kuat, tapi manusia mampu mengendalikannya dengan layar perahu.
• Manusia itu kuat, tapi dosa dan nafsu duniawi dapat melemahkannya.
• Dosa itu kuat, tapi Iman bisa mengatasinya.
Maka, yang terkuat adalah :

IMAN dan KEBAIKAN, kerana TAK AKAN HILANG SETELAH KEMATIAN …
Dan yang paling indah dalam hidup ini adalah :
– Saat kita pergi ada yang mendoakan.
– Saat kita jauh ada yang merindukan.
– Saat kita sedih ada yang menghibur.
– Saat kita bertemu ada senyum yang Indah.
Tapi yang terindah dari segalanya adalah :

Ketika Allah masih berkenan memberikan NAFAS untuk kita hidup di hari ini & boleh bersilahturrahim, walaupun tidak bertatap muka tapi bersyukurlah kerana kita masih mampu bertegur sapa……
Mari kita senantiasa BERSYUKUR kepada NYA…

Yang perlu kita ingat setiap hari…kita dengan Alam Barzakh semakin dekat hari demi hari…
Selamat menikmati hari-hari tua yang indah

poster fb

WAHAI SAHABAT

Kiriman ida Sdpb8788

KITA akan bergelar arwah .
KITA akan dikafankan .
KITA akan diusung ke liang lahad .
KITA akan dikebumikan ..
KITA akan disoal oleh Mungkar Nakir .

Ingatlah kematian ..
Pesan memesan antara kita
Saat kelalaian menyelubungi diri
Ingatkanlah aku pada Pencipta,
Saat aku asyik bermain cinta,
Ingatkan aku pada mati,
Saat leka bertapak di hati,
Ingatkan aku pada yang Maha Pengasih,
Saat aku gila menagih kasih,
Ingat kan aku tentang Rahmat,
Saat aku kecewa teramat
Imam Asy Syaafi’ie pernah berkata

Berapa banyak orang sihat yang meninggal tanpa sakit…
Dan berapa banyak orang sakit namun tetap hidup bertahun tahun..
Berapa banyak anak muda yang ketawa.. terbahak bahak ketika petang dan pagi..
Padahal kain kafan untuknya sedang dijahit dia tidak menyedarinya…
Bila kita menuju kepada Allah, maka dunia di belakang kita. Jika kita mencintai dunia maka ia akan membawa kepada kebinasaan….

🦋Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya . Tetapi , manusia tahu betapa indahnya ia .

Seperti kamu ,

Kamu tak tahu betapa indahnya dirimu , tetapi Allah maha tahu…
Kita belayar dengan iman dan keyakinan
kerana hidup adalah hukuman di atas lautan.
Bila takut hendak melangkah.
Kita tak akan berjumpa arah.
Bila bersabar menahan marah.
Kita mendapat keredhaan Allah.
Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
Segala perbuatan menjadi ibadah.
Buatlah sesuatu kerana Allah.
Segala nya akan menjadi indah.

Bila banyak berbuat salah.
Hati tak tenang resah gelisah
kami berdoa padamu ya Allah

segenap kejujuran

agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimpi-mimpi kami
akan terselamat
menemui destinasi…

Jangan mengalah terus melangkah..
Hamba yang tabah tak pernah kalah.
Kita kembali kepada ALLAH.

IN SHAA ALLAH

APA ITU KENTUT ??!! 😱💣😤😠😡😖😣😳🤢🤔😀😃💣

Cikgu fadilah adha rock sdpb dah lama tak bercerita….
🤗 Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda.

🤗 Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal.

🤗Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

🤗Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama

Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

🤗Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

🤗Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat.

🤗Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

🤗Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit…

SELAMAT HARI KENTUT SEDUNIA

🤗🤗🤔😜🤔🤗🤗🤗🤗

sabar aje yang cerita ni pon ok GAS

 

Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk

photo credit mamin

Noridin sksb7883 kongsi

Skg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.
Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan

membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis

Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada

pelajar kaum Cina dan India.

Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara

bomoh Melayu dan syaitan.
Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya …… mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang

tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau

wahai syaitan yang direjam”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun

menjawab…
“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan…

Tak Menarik Hati, Tiada Memikat…

Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik…. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh… Aduhaiii …… Lemah lembut gayanya……
Keh keh keh ……

Berikan apa yang kita idamkan

Pahringalib rengkel kongsi

SIAPA KATA HARTA TIDAK BOLEH DIBAWA MATI ??
Haji Osman. Pemilik salah sebuah pengusaha kilang batik & pakaian terkemuka di Semenanjung, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta tidak begitu berharga baginya. Seakan dunia ini telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin pandangan mata dari orang yg dunia di tangannya & akhirat di hatinya.

Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.

“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka.. “bagaimana caranya agar kami seperti Haji Osman. Boleh berniaga maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan… Hingga seperti Haji Osman, bersedeqahnya terasa ringan”.

“Wah”, sahut Haji Osman tertawa, “Antum salah alamat!”

“Mengapa?”…

Kalian datang pada orang yg salah…. Saya ini SANGAT SAYANG PADA HARTA DAN SUKA PADA HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki “.

“Sebab apa?”..

“Oleh kerana sangat cinta & sayangnya saya pada harta, SEHINGGA SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Sebenarnya saya TIDAK MAHU BERPISAH dengan kekayaan saya. Makanya sementara saya masih hidup ini saya titipkan dulu.

  • Tumpangkan pada masjid,
  • Tumpangkan pada anak yatim,
  • Tumpangkan pada fakir miskin,
  • Tumpangkan pada surau,
  • Tumpangkan pada pondok pengajian,
  • Tumpangkan pada pejuang fii sabilillah.
  • Tumpangkan pada Guru2 Agama
  • Tumpangkan pada karyawan yg rajin Ibadah.
  • Tumpangkan pada saudara-mara dan sahabat handai yg sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah ada yg berkenan mahu ditumpangi, saya senang sekali.

Alhamdulillah ada yg sudi diamanahi, saya bahagia sekali.

InsyaAllah… DI AKHIRAT NANTI SAYA BOLEH AMBIL BALIK, APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.

Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur & di akhirat”.

“Jadi..!” Siapa bilang harta tidak dibawa mati….?

Harta itu dibawa mati….!!! Caranya ? …

JANGAN BAWA SENDIRI… Minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, orang-orang yang berjuang di jalanNya dan lain-lain..

kerana anak & keluarga, saya cuma bagi pakai kain putih sahaja..

Terus sahaja SHARE jika bermanafaat.

*BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING..*

Cikgu Sam Jek sksb kirim

IMG_9136

Menurut kajian terbaru, byk meminum air kosong blh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dgn makan daging kambing…
Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, blh dpertikaikn..
Ujikaji tlh dbuat selama 3 màlam trhdp 2 org peserta yg dpilih secara rambang.
Mlm 1:

Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B dberi 2 botol air mineral 500ml.

  • Reaksi keduanya Normal.
    Mlm ke2 :

Peserta A dberi kari kambing dn peserta B dberi 3 btl 500ml air mineral.

*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.
Malam terakhir :

Peserta A dberi kambing bakar dn B, 2 botol air mineral 1 liter.

• Reaksi A masih Normal manakàla B emotional.

Peserta B telah mengamuk dgn membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata ‘Kalau hari2 air kosong, mati la aku!!
Kesimpulan ujikaji:

Dgn hanya meminum air kosong shj, boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dpt dikawal jika dibandingkn dgn memakan daging kambing..