Total Quality Management

Kiriman Sarul – watan

tqm

Gentle reminder…
Untuk Staff MRA berkenaan dgn kualitu kerja kita…harus diterapkan dalam diri kita

Kisah Simbolis, Yang Mungkin Biasa Terjadi Pada Diri Kita.

Seorang ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat ‘property developer’ ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya tetapi dgn syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.
Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati KS tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.

Saudaraku seakidah… Sebenarnya, ini lah yg akan terjadi pada setiap dari kita… Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat… Kita beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.
Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya.. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.

Allah ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

“Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya”. [Fush-shilat: 46]

Untuk sama2 kita renungkan.

tqm1

Aku nak jadi apa?

Kiriman Hanafiah – SDPB

marhaban sekampung - 1984

marhaban sekampung – 1984

Friday, January 21, 2011
JADILAH SIAPA SAJA
Jadilah pelaut kau tahu lautan hidup bergelora,
Jadilah petani kau kenali keringat sawah ladang,
Jadilah pengayuh beca kau rasai roda lelah seharian,
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperolehi sesuap nasi,

Jadilah penukang atau pengukir belum pasti makmur memahat diri,
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan,
Jadilah pemanjat kelapa kemana pelepah melambai keadilan,

Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi,
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni,
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tau harga diri,
Jadi pelukis karyamu alam tidak terhakis siang malam,
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam,

Jadi penulis bergelar sasterawan merakam adab,
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat,
Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar,
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar,
Jadi pelatih jangan tau maki herdik oleh letih lesu nafsu marah,
Jadi pensyarah tau kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah,

Jadi perancang di situ berfikir selok belok ekonomi rakyat,
Jadi peguam fasih lidahmu kelak kebenaran hukum terletak,
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat,
Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri,
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi,

Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing,
Jadi engkaulah pengawaswarga agar tau melalui musim,
Jadi Perdana Menteri tau berperi sedia berani mati,
Jadi permaisuri di sisi hikmah raja selalu bestari,
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf,
Jadi penggerak jauhi nahi munkar jasabakti diselangi takruf,
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri,
Jadi satu cangkir yang setiap kita akan menghirupnya,
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!

Dato’ Hj A.Aziz Deraman
Kuala Lumpur
1 Mei 2002
Taufik Hidayah at 4:33 PM
Share

Assalamualaikum…

Tingkatkan Prestasi dengan Perkataan

Contoh kata-kata perangsang kepada atlet

a) Keyakinan Diri
1. Aku boleh buat
2. Aku punyai keistimewaan
3. Aku cukup bersedia
4. Aku akan buktikan kepada semua
5. Aku akan tunjukkan kemampuanku
6. Sudah tentu aku boleh
7. Aku layak untuk menang
8. Tak rugi kalau aku mencuba
9. Tak pasti lawan menang kali ini
10. Kalau orang lain boleh kenapa aku tidak

juara liga masum 92

b) Konsentrasi
1. Tumpukan sepenuh perhatian
2. Bayangkan kejayaan yang akan mendatang
3. Pastikan arah tuju kamu
4. Fikirkan sebaiknya
5. Tarik nafas panjang-panjang
6. Pasang niat untuk menang
7. Keep your mind to the target
8. Be in the game
9. Pejamkan mata, pekakkan telinga dengar suara hati kamu
10. Fokus

c) Daya Tahan
1. Come on, sikit lagi
2. Teruskan, jangan berhenti
3. Ya, kamu boleh
4. Buktikan keupayaan kamu
5. Sikit lagi, atasi masa kamu sendiri
6. Boleh, boleh tahan lagi
7. Yes, masih kuat untuk teruskan lagi
8. Tahan, sikit lagi. Tak lama
9. Ok! Stay cool
10. Come on tahan 2,3 minit lagi

d) Daya Juang
1. Jangan cepat mengalah
2. Kuatkan semangat
3. Terus maju
4. Usaha lagi
5. Ayuh! Teruskan lagi
6. Pastikan kita menang
7. Pasang niat untuk menang
8. Serlahkan kekuatan sebena
9. Tunjukan kehebatanmu
10. Inilah masanya untuk buktikan

hadapi kegagalan

e) Menghadapi kegagalan
1. Never mind
2. It’s a challenge
3. Try again
4. Cuba lagi
5. Jangan putus asa
6. Come on! You can do better

Hashimah Shaari & Mohd Sofian Omar Fauzee(2004), Membantu membina ketahanan Mental. Shah Alam : Karisma Publication Sdn Bhd.

Buletin UTM bronco Sukipt 2

buletin sekreteriat kontinjen UTM

buletin SUKIPT 1 buletin SUKIPT 2 buletin SUKIPT 3 buletin SUKIPT 4 buletin SUKIPT 5 buletin SUKIPT 6 buletin SUKIPT 7 Ringkasan Pencapaian UTM SUKIPT 2014 sukipt 2_medal_taly

Buletin rasmi drpd jawatankuasa pengelola

buletinsukipt1 buletinsukipt2 buletinsukiptbil4 buletinsukiptl3 buletinvol5 buletinvol6 buletinvol7 buletinvol8 buletinvol9 buletinvol10 buletinvol11 buletin12

Pungutan pingat UTM

UTMfg_medal_taly2

Halal suci dan bersih

Kiruman ari
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal…
Mari fikir-fikirkan..

“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu… pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam utk kepentingan diri sendiri,melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa… bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.”

Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja…

KEBERKATAN YANG DICARI

Pasukan Bolasepak UTM sebelum 2013

KOLEKSI 10 TAHUN DULU – cuma untuk ingatkan Alumni UTM

strategi permainan

mengatasi lawan

semangat kesukanan penting

pep talk

fikirkan boleh

menang

baiknya bolasepak