Kiriman Hj Arifin Group Tn Hj 1438H maktab85
Hj Abd Hamid:
Hj Abd Hamid:
TAHUKAH ANDA BAHAWA ADA 70 JENIS DOSA-DOSA BESAR
CARA HILANGKAN DOSA BESAR ADALAH PERLU BERTAUBAT NASUHA
HINDARI 70 DOSA BESAR INI :
Ada 70 macam dosa besar yang disebut dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) oleh Adz-Dzahabi (الذهبي). Alasan dan dasar hukumnya dapat dilihat sendiri dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) karya Adz-Dhahabi.
Syirik atau Menyekutukan Allah SWT
Membunuh manusia
Melakukan sihir
Meninggalkan solat
Tidak mengeluarkan zakat
Tidak berpuasa tanpa alasan yang kuat pada bulan Ramadhan
Tidak mengerjakan Haji walaupun berkemampuan
Derhaka kepada Ibu Bapa
Memutuskan silaturahim
Berzina
Melakukan liwat atau homoseksual
Memakan riba
Memakan harta anak yatim
Mendustakan Allah SWT dan rasul-Nya
Lari dari medan perang
Pemimpin yang menipu dan kejam
Sombong
Saksi palsu
Meminum minuman beralkohol
Berjudi
Menuduh orang baik melakukan zina
Menipu harta rampasan perang
Mencuri
Merompak
Sumpah palsu
Berlaku zalim
Pemungut cukai yang zalim
Makan dari harta yang haram
Bunuh diri
Berbohong
Hakim yang tidak adil
Memberi dan menerima rasuah
Wanita yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya
Membiarkan isteri, anak atau ahli keluarganya yang lain berbuat keji dan memudahkan anggota keluarganya tersebut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut kemudiannya boleh kembali berkahwin dengan suaminya terdahulu (perbuatan cina buta).
Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran.
Riak atau suka membangga diri.
Ulama yang mempunyai ilmu tetapi tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain.
Khianat
Mengungkit-ungkit pemberian
Mangingkari takdir Allah SWT
Mencari-cari kesalahan orang lain
Menyebarkan fitnah
Mengutuk dan mendoakan keburukan untuk umat Islam
Mengingkari janji
Percaya kepada sihir dan nujum
Derhaka kepada suami
Membuat patung
Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
Menggangu orang lain
Berbuat zalim terhadap yang lemah
Menggangu jiran tetangga
Menyakiti dan memaki orang Islam
Derhaka kepada hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
Melabuhkan pakaian bagi lelaki
Lelaki yang memakai sutera dan emas
Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
Sembelihan untuk selain dari Allah SWT
Seorang yang mengaku bahawa orang lain sebagai ayahnya.
Berdebat dan bermusuhan
Enggan menyedia dan memberikan kemudahan air
Mengurangi timbangan
Merasa selamat daripada kemurkaan Allah SWT
Putus asa dari rahmat Allah SWT
Meninggalkan solat berjemaah tanpa alasan yang kuat
Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”
Ada sahabat… dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.
Ada sahabat… dia macam gula. Sedap bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi… tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁
Ada sahabat… dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.
Ada sahabat… dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving… terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.
Ada sahabat… dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺
Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting
Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah 😍😎😎😀
semoga tahun 2019 ukhwah semakin erat….mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bergelar sahabat…
Prof Dr Rosman YPY Kirimkan – SEJARAH DAERAH PONTIAN
Daerah dikenali sebagai #Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.
Pada zaman dahulu kawasan pantai barat #Johor dari Kukup hingga #Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudian dikenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.
Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya Selat Kukup masa itu adalah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang terserempak didapatinya dengan senangnya.
Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementerara itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.
Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan #Arab dari #Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.
Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke barat daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari #Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya kepada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketika itu berpusat di Tanjung Kupang.
Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jerqam Batu.
Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari #Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besar atau estet di #Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke #Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat menghubungkan Kukup dengan Singapura belum ada.
Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnay kepada pengusaha=pengisaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dari hasil yang dikeluarkannya.
Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatinya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun kepada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telah diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.
Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini.
Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.
Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat #British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.
Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato’ Ali Haji Ahmad).
Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
B.R. Whitehouse: 1921 – 1923.
F.K. Wilson: 1923 – 1924.
Sheehan: Jun 1924 – Julai 1924.
Sbden: Julai 1924 – November 1924.
Miller: 1 Disember 1924 – 31 Disember 1924.
J. Huggin: 1924 – 1926.
Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secara membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Consession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.
Pada tahun 1921, usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.
Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapat pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besar. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.
Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.
Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke #BatuPahat dan #Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.
Akhirnya Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi pusat bandar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebagai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegawai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.
The difference between Intelligence and Wisdom!
I found this worthy reading:
Intelligence leads to arguments.
Wisdom leads to settlements.
Intelligence is power of will.
Wisdom is power OVER will.
Intelligence is heat, it burns.
Wisdom is warmth, it comforts.
Intelligence is pursuit of knowledge, it tires the seeker.
Wisdom is pursuit of truth, it inspires the seeker.
Intelligence is holding on.
Wisdom is letting go.
Intelligence leads you.
Wisdom guides you.
An intelligent man thinks he knows everything.
A wise man knows that there is still something to learn.
An intelligent man always tries to prove his point.
A wise man knows there really is no point.
An intelligent man freely gives unsolicited advice.
A wise man keeps his counsel until all options are considered.
An intelligent man understands what is being said.
A wise man understands what is left unsaid.
An intelligent man speaks when he has to say something.
A wise man speaks when he has something to say.
An intelligent man sees everything as relative.
A wise man sees everything as related.
An intelligent man tries to control the mass flow.
A wise man navigates the mass flow.
An intelligent man preaches.
A wise man reaches.
Intelligence is good
but wisdom achieves better results.
Terjemahan Google
Perbezaan antara Perisikan dan Kebijaksanaan!
Saya dapati bacaan yang layak ini:
Perisikan membawa kepada hujah-hujah.
Kebijaksanaan membawa kepada pemukiman.
Perisikan adalah kuasa kehendak.
Kebijaksanaan adalah kuasa OVER akan.
Perisikan adalah panas, ia terbakar.
Kebijaksanaan adalah kehangatan, ia menghibur.
Perisikan mengejar pengetahuan, ia mengarahkan pencari.
Kebijaksanaan mengejar kebenaran, ia memberi inspirasi kepada pencari.
Perisikan memegang.
Kebijaksanaan adalah melepaskan diri.
Perisikan membawa anda.
Kebijaksanaan membimbing anda.
Seorang lelaki yang bijak mengira dia tahu segala-galanya.
Seorang lelaki bijak tahu bahawa masih ada sesuatu yang perlu dipelajari.
Orang pintar selalu cuba membuktikan maksudnya.
Seorang lelaki yang bijak tahu tidak ada gunanya.
Orang pintar dengan bebas memberikan nasihat yang tidak diminta.
Seorang lelaki yang bijak menyimpan nasihatnya sehingga semua pilihan dipertimbangkan.
Orang pintar memahami apa yang sedang dikatakan.
Seorang lelaki yang bijak memahami apa yang tidak diketahui.
Lelaki cerdas bercakap apabila dia mengatakan sesuatu.
Seorang lelaki yang bijak berkata ketika dia mempunyai sesuatu untuk dikatakan.
Lelaki cerdas melihat segala sesuatu sebagai relatif.
Seorang lelaki yang bijak melihat semuanya sebagai berkaitan.
Lelaki cerdas cuba mengawal aliran jisim.
Seorang lelaki yang bijak menavigasi aliran jisim.
Seorang lelaki cerdas mengajar.
Seorang lelaki bijak mencapai.
Perisikan adalah baik
tetapi kebijaksanaan mencapai hasil yang lebih baik.
Artinya: Nabi Saw berkata, “Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram (tersentuh api) neraka? Para sahabat berkata, “Iya, wahai Rasulallah!” (Sahih Ibn Hibban)
Beliau menjawab, “(Haram tersentuh api neraka) orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl”
Penjelasan:
Hayyin (rendah hati/tawaduk) – (lawan sombong bongkak berlagak -)
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan dzahir maupun batin. Tidak labil gampang marah, grusah-grusuh dalam segala hal, penuh pertimbangan. Tidak gampangan memaki, melaknat dan ngamuk tersulut berita yang sampai padanya.
Layyin (lemah lembut ketegasan) – (lawan Bengis kasar maki hamun -)
Orang yang lembut dan kalem, baik dalam bertutur-kata atau berbuat. Tidak kasar, main cantik sesuai aturan, tidak semaunya sendiri, segalanya tertata rapi. Tidak galak yang suka memarahi orang yang berbeda dan tidak mentolerirnya sedikitpun. Identik tidak suka melakukan pemaksaan pendapat.
Qorib (mesra peramah akrab senyum tatasulila) – (lawan kerek -)
Supel, akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan orang yang diajak bicara. Tidak acuh tak acuh, cuek-bebek, gampang berpaling. Biasanya murah senyum jika bertemu dan wajahnya berseri-seri dan enak dipandang.
Sahl (membantu berkorban memudahkan orang lain) – (lawan berkira kira -)
Orang yang baik hati memudahkan urusan, tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan membuat orang lain lari dan menghindar
Keempat kata memiliki makna yang mirip, sama dan saling melengkapi dalam bingkai Akhlaqul karimah.