DOA & sedekah – Hisham & Yazid

Kiriman hisham
Ada seorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid..sikap budak tu dilihat oleh
imam, dan imam tu berasa hairan..Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut..
“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”
Budak tu pun jawab.
“Cikgu saya pesan,senyum itu sedekah.
saya takda duit nak sedekah,jadi
saya senyum jelah kat tabung tu
~senyum itu sedekah~

image

DOA banyak banyak

Kiriman Yazid – Group sdpb
Kisah Doa Termakbul
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.

Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.

Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. “Aku buat beginilah yang jadi begini.” “Doa aku makbul!” “Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.” Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha.

Pak Ali Yang Jujur

Kiriman Yat Nordin

Kisah Pak Ali yang jujur
ada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu
api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu
kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-
pari tasik kepada Pak Ali.
Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak
perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu
memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang
sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke
dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari
Tasik kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Abli menjawab… “ya, itulah isteriku…”
Pari-pari pun marah, “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur
satu masa dulu telah menjadi tamak”
.
image

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, “Aku bukan tamak,
kalau aku kata ‘tidak’ pada Angelina Jolie… kau akan bawakan
pula Pamela Anderson…kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah
kau bawakan isteriku…bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan
mereka bertiga padaku…”. Aku yang miskin ni tak mampu
tanggung mereka semua”.

hahahahhahahhaha

Halal suci dan bersih

Kiruman ari
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal…
Mari fikir-fikirkan..

“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu… pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam utk kepentingan diri sendiri,melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa… bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.”

Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja…

KEBERKATAN YANG DICARI

Al fatihah

Nak forward cerita ini, moga ada iktibarnya: drpd hisham

SEDEKAH ALFATIHAH
image

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian ‘patah riuk’ jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

1616374_10202306181588278_1964268261_n
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

#share
Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin…

SALAM MAULIDUR RASUL

1533137_10202241675295661_1815781539_n

Kiriman Hisham smkdpb
Tazkirah versi jawa.
Assalamualaikum sedhulurku wong Islam . Alhamdulillah sokor kito dhadhi wong beriman seko cilik sampe sa i ki. Ontong temen yo seng nggawe apik apik wae nang dunio iki. Entok poholo. Seng nggawe orak karuan nyusah ee wong lain taubat yo. Ojo kepenak wae mengko nek wes ninggal melebu neroko. Orak ono wong lain seng keno bateri . Nek kito ninggal, kabeh kito tinggal le nang dunio iki. Ngomah gedi, duit akeh , kereto larang orak keno kito nggowo areng kobor. Seng nggawe kancan ne kito, amal poholo ne wae karo duo anak soleh ,sedekah jariah , ilmu berguno. Kito ejek orep ki nggawe lah sak akeh akeh ee amal poholo. Ojo nggawe duso amban dhino yo. Taubat karo istighfar akeh akeh . Insya Allah kito selamet dunio akhirat. Ameen..

Kiriman – cikgu mislin
Tazkirah Pengubat Hati buat renungan kita bersama.,:

Sebatang pokok dpt membuat jutaan btg mancis tetapi 1 btg mancis juga dpt membakar jutaan pokok..

Jadi, 1 fikiran negatif dpt membakar semua fikiran positif..
Mancis mempunyai kepala tetapi tidak mempunyai otak..
Oleh itu, setiap kali ada gesekan kecil, mancis akan terus terbakar..

Kita mempunyai kepala & juga otak..
Jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil..
Ketika burung hidup, ia mkn ulat..
Ketika burung mati, ulat pula mkn burung..

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku..
Jgn merendahkan siapapun dlmhidup..
Bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita..

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ADA yg lebih berkuasa drpd kita..
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa byk teman di sekeliling kita..
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sgt penting, jauh melebihi HARTA..

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih byk perkara yg belum kita kerjakan & setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu byk waktu yg terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan..

Hidup tidaklah lama..
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA..
Saling menghargai, saling membantu & memberi, juga saling menyokong..

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal & syarat sbb semuanya telah tertulis sebelum ianya terjadi seperti yg di ingat oleh Pencipta kita dan surah Al-Hadid ayat 22-24..

Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai…

1608666_10202193593493646_1144370493_n

“Manusia ini ibarat seperti 1 botol..
Botol yg sama..
1. kalau di isi air mineral,harganya RM1++
2. kalau di isi jus, harganya jadi RM 8++
3. kalau di isi Madu yaman, akan jd RM200++
4. kalau di isi minyak wangi, akan jd RM1000..
5. kalau di isi air longkang, ianya akan di buang dlm tong sampah kerana langsung xde harga & takda siapa yg suka..

Botol yg sama tapi harganya berbeza sb isi dalam nya berharga..
Manusia semua sama..
Yg membezakannya adalah iman & amal dlm dirinya yg akan menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH & lalu di buang ke dlm neraka..

Wallahuálam…

Kiriman – cikgu hanafiah
YANG SUDAH TU SUDAH…

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkn kesan negatif dlm diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 ‘share’..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar…dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka”..
“Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana”..
“Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit”..
“Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana.”..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah…
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

1558818_10202236220279289_1441586198_n

Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kite…bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjarannya.. Amiin..

Allahumma Aamiin..
#copypastetiadaniatlain#

nasihat cikgu mala

Hai oak akhirnya ko mcl jg dr petapaan
Berkongsi kegembiraan tu tak salah malah dtuntut asal jgn niat kt utk riak.

Kt kena ubah minda lama kt yg membuatkan org  kt mundur
Selalu negatif dgn kejayaan org lain, malu atas perkara yg baik, cuba jdikan ia motivasi utk diri pasti kt jadi manusia positif.
Ini pdgn pribadi sbb sy bangga jika kwn2 @ anak kwn2 berjaya, andai ada yg x berjaya dlm pljrn mkin b’jya dlm bdg lain atu sbgi manusia kan.

media group belia watan & group ting 6 smkdpb

Handbook 2014

kiriman cikgu hanafiah

            HEALTH

  1. Drink plenty of water.
  2. Eat Breakfast like a king,Lunch like a prince & Dinner like a beggar.
  3. Live with the 3 E’s–
  4.         Energy,
  5.         Enthusiasm &
  6.         Empathy.
  7. Make time to pray.
  8. Play more games.
  9. Read more books than you did in 2013.
  10. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
  11. Sleep for 7 hours.
  12. Take a 10-30 minutes walk daily And while you walk, Smile.

          PERSONALITY

  1. Don’t over do. Keep your limits.
  2. Don’t take urself so seriously.  No one else does.
  3. Don’t waste your precious energy on gossip.
  4. Dream more while you are awake.
  5. Envy is a waste of time. You already have all you need.
  6. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past.
  7. That will ruin your present Happiness.
  8. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
  9. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
  10. No one is in charge of your happiness except you.
  11. Smile and laugh more.
  12. You don’t have to win every argument, agree to disagree.

SOCIETY

  1. Call your family often.
  2. Each day give something good to others.
  3. Forgive everyone for everything.
  4. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
  5. Try to make at least three people smile each day.
  6. What other people think of youis none of your business.

                         LIFE

  1. Do the right thing!
  2. GOD heals everything.
  3. However good or bad a situation is, it will  change.
  4. No matter how you feel, Get up,   Dress up and Show up. The best is yet to come.
  5. When awake in the morning thank GOD for it.
  6. Your Inner most is always happy. So,
  7.  be happy.

 LAST BUT NOT THE LEAST

             Please Forward / share This To Everyone Whom You Care about.

                I Just Did

Tai chi

Tai chi

Pasukan Bolasepak UTM sebelum 2013

KOLEKSI 10 TAHUN DULU – cuma untuk ingatkan Alumni UTM

strategi permainan

mengatasi lawan

semangat kesukanan penting

pep talk

fikirkan boleh

menang

baiknya bolasepak

Kugiran – otai otai satu famili

image

Minat dgn muzik juga adalah kelebihan yang ada dekat kampong ini. Kalau dah kemarok sampai ada yang naik seh sbb bercampor dgn ilmu kuda kepang.
Hah itu semua cerita lama lama. Skrg ni dah masuk veteran pon nampak skill tak hilang. Angan angan nak masuk battle of the band, sampai jadi macam kumpulan Metallica. Apakan daya kalau Bolasepak stendet bola kampong kalau band ini pon stendet kampong aje. Kategori underground heavy metal. Syarikat pairing hitam pon tak brani nak ambik band ini sbb terlalu mahal.
APA APA pon mereka juga bangga dgn minat Dan kemahiran yang dapat ditunjukkan kepada semua peminat di kampong sungai bunyi.

speaker hp aku tak boleh tahan burst. sorry audio tak best