golf Thai – Malaysia ke-6 2013 Phuket

photo credit : Jawatankuasa Penganjur PSU Phuket

day 1 loch palm

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

day 2 red mountain

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

kemera semi pro

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Sejarah Kg Sungai Bunyi

sekolah dewasa zaman P.Ramlee

sekolah dewasa zaman P.Ramlee – gambar sarul

-is- Suhaimi (pakar sejarah kampung)

Kampung Seri Bunian, Pontian
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.

SEJARAH SEKOLAH SUNGAI BUNYI (gambar di atas)

Sejarah Sekolah

By Lee Potter on Wednesday, June 15, 2011 at 5:27pm

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Pontian bermula apabila sebuah bangunan sekolah yang pertama didirikan secara gotong royong dalan tahun 1947. Bangunan sekolah yang asal itu didirikan secara menumpang di tapak tanah Masjid Jamek Kampong Sungai Bunyi, Batu 35 yang ada sekarang ini. Sekolah ini di beri nama “ SEKOLAH MELAYU PARIT HAJI ISMAIL ”. mengambil sempena nama pengasas kampong ini.

Tenaga pengajar sekolah ini pada awal penubuhannya ialah Cikgu Mohd. Abidin bin Haji Salleh (Allahyarham). Tuan Haji Ahmad bin Sono sekarang menetap di Kg. Seri Ladang, Rengit, Batu Pahat dan Cikgu Mohd. Noh bin Idrus yang sekarang ini menetap di Kampong Rambah, Pontian. Gaji tiga orang tenaga pengajar ini ditampung oleh penduduk kampung.

Pada bulan Jun 1949, bangunan itu diserahkan pentadbirannya kepada Jabatan Pelajaran Johor. Nama “Sekolah Melayu Parit Haji Ismail” dipinda kepada “Sekolah Melayu Sungai Bunyi“. Khidmat ketiga-tiga orang guru rakyat ini ditamatkan tempoh perkhidmatannya. Cikgu Mohd. Jani bin Abd. Wahab selaku guru besar berkhidmat di Sekolah Melayu Sungai Bunyi sehingga persaraannya pada 30 Januari 1975 setelah berkhidmad selama lebih kurang 26 tahun.

Pada tahun1959, melalui usaha gigih guru besar dan penduduk kampung Parit Haji Ismail (sekarang ini Kampung Sungai Bunyi, Batu 35) sebidang tanah seluas 2E 1R 12P dibeli. Tanah tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Johor untuk dibangunkan di atasnya sebuah bangunan sekolah baru yang lebih sempurna bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang ada. Bangunan baru yang dibina di atas tapak yang baru menelan kos kira-kira RM52,000. Perasmian bangunan sekolah baru ini telah dilakukan pada 26 Jun 1962 oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hassan bin Haji Yunos (Allahyarham).

Zaman berlalu, era Pendidikan Kebangsaan pesat menuju ke arah reformasi dan kemajuan. Bangunan-bangunan sekolah baru didirikan di sana-sini bagi menggantikan bangunan-bangunan yang lama yang tidak sesuai untuk menampung keperluan pendidikan yang kian bergerak pesat memenuhi kehendak semasa. Bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih sempurna inilah maka didirikan sebuah bangunan sekolah dua tingkat di atas tapak tanah yang sama bagi menggantikan bangunan lama.

Bangunan sekolah dua tingkat yang ada sekarang ini telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 dengan menelan belanja anggaran RM737,000.00. Ketika itu, sekolah berada di bawah pengurusan Encik Jalalludin bin Ibrahim selaku guru besar. Perasmian bangunan konkrit dua tingkat ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB. Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad pada tanggal 16 April 1983.

Pada tahun 1998, sebuah lagi bangunan sekolah tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM1.3 Juta telah dibina dan siap sepenuhnya pada pertengahan 1999. Pembangunan fizikal sekolah yang ketika itu di bawah tadbiran Encik Marjono bin Marsam turut  dilengkapi sebuah Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Guru, Bilik Gerakan, Pusat Sumber serta enam buah bilik darjah. Dengan terbinanya bangunan baru ini diharapkan dapat menampung pertambahan murid yang semakin meningkat, di samping memberi pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan warga sekolah.

Sejarah pembangunan Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi yang digerakkan oleh keutuhan dan kesinambungan lapan orang tenaga pentadbir yang mantap dan berdedikasi jelas sekali berjaya menjana dan memacu pembangunan fizikal yang kondusif, kecemerlangan akademik dan kegemilangan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi. Sejak tahun 2001 hingga kini sekolah di bawah pimpinan Puan Hajah Shafila binti Jumaat. Tidak dapat disanggah Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi kini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah ternama malah pernah beberapa kali mengharumkan nama daerah dan negeri di persada kebangsaan.

Guru Besar

By Lee Potter on Wednesday, June 15, 2011 at 5:39pm

Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Sungai Bunyi, Pontian

Bil       Nama                                                       Tahun
1  Cg. Mohd Abidin bin Hj. Salleh                  1947 – 1949
2  Cg. Mohd Jani bin Abd. Wahab                  1949 – 1975
3  Cg. Jalalludin bin Ibrahim                           1975 – 1984
4  Cg. Abdullah bin Abd. Rahman                  1984 – 1987
5  Cg. Makmur bin Marzuki                            1987 – 1993
6  Cg. Abd. Karim bin Mohamad                    1993 – 1996
7 Cg. Marjono bin Marsam                             1996 – 2001
8  Cg. Hjh Shafila binti Jumaat                        2001 – 2010
9  Cg. Hj. Abdul Jabbar bin Hj. Ahmad Shah   2010 – 2011
10 Cg. Md. Azman bin Jayus                           2011 – kini

marhaban sekampung - 1984

marhaban sekampung – 1984

rekod kerja – click LIKE

Senarai Terma

Timbalan yg dipertua pertisas

image

Terima kasih kepada ahli ahli yang dapat luangkan masa utk datang Hari raya raya anjuran pertisas.

Pesanan imam al ghazali. Selamat hari raya maaf zahir dan batin
image

Acara seterusnya marhaban.

Mohd Fazilah Abdullah telah dipilih menjadi Timbalan YDP PERTISAS 2013-14. Jom kita mengenali lebih lanjut mengenai beliau.

Dilahirkan di Gelang Patah, Johor dan kini menetap di Taman Mutiara Rini, Skudai. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kemudiannya, Diploma Pendidikan (Dip. Ed.) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Memulakan perkhidmatan di UTM sejak Julai 1995 dengan penempatan pertama di Pejabat Pendaftar (Bahagian Pembangunan Sistem – BPS) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO). Berpeluang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) selepas itu dan kemudiannya berhijrah pula ke Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL). Sejak Disember 2012 sehingga kini, diberi tanggungjawab berkaitan pengurusan akademik di Fakulti Alam Bina (FAB).

Antara jawatan yang pernah disandang selain tugas hakiki adalah sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kebajikan, Badan Kebajikan Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Pengerusi Kelab Keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (KAPPELA) dan kini, sebagai Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina.

Menamatkan zaman bujang sesama staf ketika berkhidmat di Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang merupakan penempatan kedua selepas Pejabat Pendaftar. Memiliki empat orang anak, dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang kini berusia antara tiga hingga 13 tahun.

Menonton program televisyen adalah hobi utama di masa lapang selain memperuntukkan ‘quality time’ bersama keluarga dengan bersiar-siar atau melancong.

Berikan komen dan kata-kata peransang kepada Mohd Fazilah 

Posted from WordPress for Android

Perjalanan terakhir seorang insan, sahabat dan rakan sekerja bernama Mohammed Tajuddin bin Osman (Allahyarham) – Al Fatihah

image

Salam semua,

Amat terkejut dan amat sedih & sayu bersama pemergiannya dibulan syawal yang mulia ini. Terlalu banyak memori yang dikongsikan bersama arwah. Mula mengenalinya apabila saya menjadi warga UTM Jalan Semarak KL pada awal Ogos 1982. Ketika ini arwah bertugas sebagai Pegawai Tadbir diPejabat Bendahari. Kenal tapi tidak mesra sehingga pada awal tahun 1988 kami mula mesra apabila bertugas di unit yang sama di Pejabat Pendaftar iaitu Unit C (Tadbiran Am). Duduk berkongsi bilik yang sama di bangunan pentadbiran.Arwah juga ditugaskan sebagai pegawai khas Naib Canselor ketika itu Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid menggantikan En Azham yang berpindah ke Skudai. Arwah seorang yang kuat bergurau dan suka mengusik. Kebetulan salah seorang abang saya namanya sama dengan nama arwah Tajuddin, jadi setiap kali apabila saya menelefon abang saya beliau akan menyahut dului. Begitu sifat beliau yang sangat suka bergurau. Salah satu habit arwah tak suka duduk dibilik bila buat kerja. Suka duduk diluar bersama staf lain.

Pada penghujung 1988 kami berdua berpindah ke Skudai dan Januari 1989 maseh bertugas dalam unit yang sama Unit Tadbiran Am. Sama-sama membangunkan Unit Tadbiran Am. Kami tinggal di taman perumahan yang sama iaitu BBU. Pada awal perpindahan saya menyewa rumah sangat hampir dengan rumah yang arwah beli (rumah sekarang) Jln Padi Mahsuri 5/2 jadi hubungan kami terus rapat sebagai jiran dan rakan sekerja. Tambahan pula isteri kami berdua guru dan anak ketiga kami rakan sekelas di SKBBU sehingga ke Sekolah Men. Tasik Utara JB.Menjadikan hubungan kami sekeluarga amat ikrab bagaikan adik beradik.

Pada pertengahan 1991 saya berpindah ke FSains dan tak lama kemudian arwah pula berpindah ke Unit Latihan Pejabat Pendaftar. Pada tahun ini juga saya sekeluarga berpindah ke rumah sendiri di BBU juga, yang agak jauh sedikit dari rumah arwah. Hubungan mesra kami kendur seketika jarang berhubung berkaitan dengan kerja. Walaubagaimana pun sering bertemu di kedai, pasar & masjid di BBU. Dan setiap kali shawal kami saling kunjung mengunjungi rumah masing-masing.Ketentuan Allah pada tahun 1996 apabila arwah dinaikkan pangkat ke N2 Penolong Pendaftar Kanan di FSains arwah menggantikan tempat saya yang diarah berpindah ke BPA Pej. Pendaftar. Hubungan rapat kami kembali terjalin kerana arwah menjadikan saya sumber rujukan dalam urusan akademik FSains. Apabila arwah berpindah ke FKE dan lagi sekali arwah menjadikan saya sumber rujukan begitulah juga semasa arwah bertugas di FKM. Seterusnya hubungan kerja kembali kendur jarang berhubung apabila arwah diarahkan bertugas di SPACE. Dan apabila arwah bertugas di Akademi Bahasa lagi sekali kami saling berhubungan.

Begitulah serba sedikit memori yang dapat dikongsikan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat .Ammen ya rabbal alamin.

P/s. Pada rakan-rakan yang berkelapangan majlis tahlil dirumah arwah akan diadakan pada malam ini & esok malam selepas maghrib.

Wassalam.

ZAINUL RASHID ABU BAKAR
Deputy Registrar,
School of Graduate Studies,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor.

Tel: 607-5537780
Fax: 607-5537800
e-mail: zainulra@utm.my/zainulra@gmail.com
Website: http://www.sps.utm.my

—– Original Message —–
From: Mohd Fazilah bin Abdullah

To:

Cc:

Date: Wednesday, August 14 2013 9:46 PM

Subject: Perjalanan Terakhir Seorang Insan, Sahabat & Rakan Sekerja Bernama MOHAMED TAJUDDIN OSMAN (Allahyarham)

Alhamdulillah…urusan persemadian allahyarham di Perkuburan Bukit Alif telah diselesaikan menjelang Maghrib sebentar tadi. Ketika bersalaman dengan ketiga-tiga waris allahyarham sebelum meninggalkan tanah perkuburan, mereka telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada saya yang rasanya turut ditujukan kepada semua rakan allahyarham yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Terima kasih juga daripada seluruh kepimpinan PERTISAS atas sedikit masa yang telah diluangkan dengan menziarahi keluarga allahyarham. Mungkin selepas ini akan terasa sedikit kelainan kerana tiada lagi ‘usikan manja’ daripada allahyarham melalui email group ini. Iringan doa moga allahyarham ditempatkan bersama para syuhada. Ameen ya rabbal alamin.

inovatif .entrepreneurial .global
MOHD. FAZILAH BIN ABDULLAH
Timbalan Pendaftar / Deputy Registrar
Fakulti Alam Bina / Faculty of Built Environment
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Extn. : 57401 D/L : 07-5557401
Fax : 07-5557411 (Academic Office)
H/P : 019-7405204 (6217)

Posted from WordPress for Android

Fwd fwd sampai kat aku. – gurau senda Hari raya

image

Punyalah tak senonoh kelakuan orang yang digambarkan dalam katun ini. Nilai integriti menjadi keraguan satu pihak. Manakala nilai keikhlasan juga tercemar akibat keraguan. Ini adalah unsur pencemaran dan pencerobohan sistem sosial tradisional. Mudah mudahan tak ada berlaku raya tahun ini.

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin

Posted from WordPress for Android